Khamis, Jun 06, 2013

ISU KG SELAMAT PELABUHAN, PKR AMBIL ALIH SETELAH UMNO BN GAGAL UNTUK SELESAIKAN.



Ulasan Taming Sari Moden
Isu pencemaran debu akibat  dari pemprosesan bijih besi dari tapak simpanan dalam kawasan Kampung Selamat Pelabuhan telah menjadi rungutan sejak sebelum menjelang PRU 12 lagi, namun tidak ada sebarang tindakan yang dilakukan untuk menangani isu tersebut. Ini telah menuimbulkan kemarahan kepada seluruh penduduk kampung, bahkan bagi orang UMNO sendiri, mereka sanggup membubarkan cawangan UMNO Kg Selamat Pelabuhan kerana marah kepada pimpinan yang tidak melakukan sebarang tindakan, bahkan isu ini terus menerus dibiarkan begitu saja. Ahli Cawangan Kg Selamat Pelabuhan telah pun bermesyuarat dan bersepakat akan bubarkan cawangan dan menutup bilik gerakan menjelang PRU 13 nanti.


Apakah Impak jika tidak menyelesaikannya? 
Kerajaan akan dianggap tidak peka dengan permasalahan rakyat, dan ini sudah tentu bercanggah dengan konsep 1Malaysia.

Walaupun tidak semua masalah ini dapat diselesaikan, namun menjelang PRU 13 sekurang-kurangnya isu ini ada sedikit pergerakan kearah penyelesaian yang bakal melegakan hati rakyat. Di cawangan ini terdapat 400 orang pengundi yang pada bila-bila masa meninggalkan UMNO BN jika gagal menyelesaikan isu ini sebelum PRU 13.

Kemarahan penduduk kampung telah begitu memuncak sekali, sehinggakan mereka akan memanggil TV3 untuk membuat liputan mengenainya.

Isu ini telah menarik beberapa agensi kerajaan untuk membuat analisa dan cuba membantu mengetengahkannya sebagai isu peringkat negeri Pahang. Antara agensi yang begitu bersungguh-sungguh membantu adalah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) sendiri. Pegawai Parlimen JASA Indera Mahkota, Encik Norazli Bin Aziz telah beberapa kali turun padang, dan pernah datang ke Kampung tersebut bersama Bekas Ketua Penerangan UMNO Bahagian Indera Mahkota, Encik Abdullah Shukor, melihat sendiri keadaan pencemaran tersebut. JASA telah mengangkat isu ini setiap 2 hari sekali ke bahagian pemprosesan isu diibupejabatnya di Kuala Lumpur sebagai menunjukkan betapa penting isu ini lebih daripada masalah LYNAS yang selalu digembar-gemburkan di Indera Mahkota, namun isu ini hanya tinggal isu, rakyat terus dihimpit derita. Agensi kerajaan juga mempunyai kemampuan yang terbatas dalam menangani isu tersebut. JASA dan agensi lain telah berbuat yang terbaik. Tiada pihak yang dapat merasakan isu ini menentukan menang kalah UMNO BN di DUN Beserah dan Parlimen Indera Mahkota. Tiada siapa yang tampil memberikan bantuan ke arah penyelesaian isu.

JASA juga pernah mencadangkan supaya diadakan satu sessi dialog Muhibbah antara pimpinan UMNO-BN dengan ahli-ahli cawangan tersebut, dan Dato Seri Diraja MB Pahang patut turun padang melihat sendiri situasi masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung tersebut. Dicadangkan juga Syarikat Pemaju terbabit seperti YAR Resources Sdn Bhd, IBAM Mining Sdn Bhd dan Mustika Rimba Sdn Bhd dapat duduk semeja bersama JKKK Kg Selamat Pelabuhan berunding menyelesaikan masalah tersebut sebelum terlambat. Namun, cadangan hanyalah lakaran diatas kertas dan laporan, tidak menyelesaikan masalah rakyat.

Walau bagaimanapun oleh kerana telah terlalu banyak aduan dibuat ke sana kemari, maka Encik Abd Manaf bin Muda selaku Ketua Kampung yang bertanggungjawab ke atas kesihatan seluruh penduduk kampung telah membuat aduan kepada penerbit Buletin Utama TV3 pada tarikh 07.09.2012.


 Surat-surat yang pernah dihantar kepada Pengerusi Pelombong2 bijih besi


Gambar-gambar yang menunjukkan tahap pencemaran yang kritikal dialami oleh penduduk kampung

Bukti klinikal oleh pakar perubatan
ttg bahaya habuk dan pencemaran yang
telah mengakibatkan berbagai-bagai penyakit kepada penduduk
kampung akibat pemprosesan bijih besi di kampung tersebut.


Akhirnya satu memorendum telah dihantar ke TV3, namun tidak ada sebarang jawapan dan tindak balas sehinggalah ke hari ini.

Kajian telah menunjukkan bahawa isu ini akan menjadi penanda aras menang kalah UMNO BN dalam PRU 13. Jika perlukan sokongan padu kepada BN, maka isu ini perlu diselesaikan segera. Selama hampir 2 tahun pihak JASA telah menghantar isu ini ke bahagian pemprosesan isu, dan selama 2 tahun itu kemana saja rayuan di buat supaya ada pihak yang akan tampil membantu menyelesaikan masalah ini. Namun, tiada mana-mana pihak yang tampil paling tidak mengomentari isu tersebut. Jelas, UMNO BN telah kalah teruk dalam PRU13 yang lalu. PKR telah memenangi Parlimen Indera Mahkota dan PAS sendiri menang bergaya di DUN Beserah.

Kecewa dengan sikap UMNO BN, ketua Kampung Selamat Pelabuhan telah memanggil PKR dan PAS sendiri berbincang dan mereka bersetuju untuk menyelesaikan isu tersebut, setuntas-tuntasnya. Video dalam youtube diatas sebagai bukti bahawa isu ini telah diambill alih oleh PKR dan PAS.

Alangkah ruginya UMNO BN. Cuba bayangkan, apakah yang akan terjadi sekiranya PKR dan PAS memang dapat menyelesaikan isu di atas? Bermakna rakyat keseluruhannya akan terhutang budi, dan cengkaman kuat dihati rakyat ini tidak akan memungkinkan UMNO BN merampas balik Indera Mahkota dari tangan PKR PAS sampai bila-bila, kerana ternyata mereka telah jadi penyelamat kepada rakyat yang menderita, khususnya penduduk Kampung Selamat Pelabuhan. Dan bayangkan berapa ramai ahli UMNO BN yang akan meninggalkan parti berkenaan kerana kecewa dan hilang keyakinan kepada kekuatan parti dalam mendahulukan rakyat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ADUKAN ISU DAN MASALAH ANDA