Ahad, Jun 21, 2020

PRK DUN CHINI : "PILIH PEMIMPIN YANG UNTUNGKAN RAKYAT"

Calon BN, Mohd Sharim Md Zain (kanan) bersama dua calon Bebas, Mohd Shukri Ramli dan Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin (kiri) ketika diumumkan sebagai calon yang bertanding bagi PRK DUN Chini. - Foto BERNAMA


PILIH PEMIMPIN YANG MEMBAWA UNTUNG RAKYAT”
Oleh: Norazli bin Aziz S.ag.M.A.

Pemimpin itu adalah orang yang adalah kemampuan  mengambil peranan mempengaruhi orang lain kearah melakukan kebaikan-kebaikan, begitulah pandangan Prof.Madya Burhanuddin Jalal, pensyarah di Jabatan Kenegaraan Kepimpinan dan Ketemadunan Fakulti Pengajian dan Pengurusan Universiti Pertahanan Nasional.

Atau dalam ertikata lain, kepimpinan itu berkemampuan menggerakkan orang lain untuk bangkit untuk melakukan kebaikan-kebaikan ke tengah-tengah masyarakat Sebab itu seorang pemimpin yang sentiasa mengajak kepada kebaikan, mampu memberi contoh kebaikan-kebaikan, akan menyebabkan orang yang dipimpinnya akan mencapai keberuntungan. Tidak akan pernah rugi dunia dan akhirat.
Untuk memilih pemimpin dalam konteks pemilihan kepimpinan politik melalui sistem demokrasi di negara kita, hendaklah calon yang diketengahkan itu mempunyai prinsip dan keperibadian yang boleh menguntungkan rakyat, samada dunia mahupun akhirat. Jangan kita sangka, memilih pemimpin itu, terlepas dari hisab Allah SWT di Yaumul Makhsyar nanti. Ada golongan manusia yang akan dicampakkan ke dalam api neraka jahannam bukan kerana melakukan dosa-dosa mencuri, merogol, berjudi dan sebagainya ketika di dunia, tetapi kerana mereka salah dalam melantik kepimpinan.

ADUKAN ISU DAN MASALAH ANDA