Khamis, Disember 03, 2009

BERMAZHAB SYAFIE KAH KITA?




Oleh Taming Sari
Taming Sari agak tertarik membaca penulisan artikel Mohd Yaakob Mohd Yunus dalam ruangan Cetusan dan pandangan dalam Sinar Harian Pahang ms N15, bertarikh 29 November, 2009.

Ahad, Oktober 18, 2009

TRANFORMASI BN, PEMBANGKANG MULAI RESAH




"Manusia ada kelemahan, kekurangan dan kelebihan masing-masing.

Sabtu, Oktober 10, 2009

PENAFIAN YANG MERUNTUHKAN KEPERCAYAAN RAKYAT.



PENAFIAN YANG MERUNTUHKAN KEPERCAYAAN RAKYAT…

FAKTA DAN KEBENARAN

HAKIKATNYA SEPANJANG PENTADBIRANNYA TAN SRI ISA TIDAK PERNAH DISABITKAN SEBARANG DAKWAAN RASUAH ATAU SALAH GUNA KUASA KE ATAS DIRI BELIAU.KESALAHAN BELIAU DALAM ETIKA KEMPEN UMNO MERUPAKAN KESALAHAN POLITIK TANPA SESEN PUN MEMBABITKAN DANA AWAM. BELIAU TELAH PUN DIHUKUM DI ATAS KESALAHAN POLITIK TERSEBUT DAN SEKARANG TIADA SIAPA YANG BERHAK MENAFIKAN HAKNYA UNTUK DIBERIKAN PELUANG YANG KEDUA.

PEMBANGKANG BERKATA BELIAU TIDAK BOLEH BERTANDING DALAM PILIHAN RAYA KECIL DUN BAGAN PINANG.SEBALIKNYA, KATA BELIAU, DATUK SERI ANWAR IBRAHIM DAN LIM GUAN ENG PERNAH MENJALANI HUKUMAN PENJARA TETAPI MEREKA DIBENARKAN PULA BERTANDING.

(link :abangtuah.blogspot.com sila klik)

Oleh Salafi Abu Amri Zulfiqar

Kepada pengundi-pengundi di N13 DUN Bagan Pinang, Salafi ucapkan selamat menjalankan tugas, amanah dan tanggung jawab. Salafi setuju dengan pendapat Dr Asri Zainal Abidin, bekas mufti Perlis, bahawa pilihanraya tersebut, bukan sekadar masing-masing parti berusaha untuk menang, tetapi pemilihan kepimpinan perlulah amanah, dan berkemampuan untuk melaksanakan kepimpinan yang sebenarnya. Beliau menulis dalam blognya “Minda tajdid” (sila klik disini)

Peringatan Untuk Pengundi Pilihanraya Kecil Bagan Pinang

Disiarkan pada Oct 09, 2009 dalam kategori Wawancara, Kenyataan & Penjelasan |


Saya menasihatkan kepada penyokong kedua-dua parti yang bertanding agar sentiasa memikirkan kesan tindakan mereka pada nilaian agama, tanpa dipengaruhi emosi atau semangat yang tidak terkawal.

Jika kita sesama muslim bergaduh dan ‘berperang’ antara satu sama lain, apa yang akan terjadi kepada masa depan umat Islam dalam negara ini?!

Saya tidak mahu menyeru kepada parti kerana parti itu hanya nama yang dicipta yang perjalanannya ditentukan oleh insan-insan yang mendokongnya, justeru saya menyeru kepada individu-individu yang menyokong atau mendokong kedua-dua parti bahawa tanggungjawab yang lebih utama dalam hidup mereka yang lebih utama melebihi parti adalah tanggungjawab terhadap Islam; maka mereka dalam apapun tindakan hendaklah memastikan masa depan Islam tidak tercalar dengan apa yang mereka lakukan.

Mereka hendaklah selalu ingat amaran Nabi s.a.w:

“Sesungguhnya darah kamu, harta kamu, maruah kamu adalah haram antara kamu (untuk dicemari), seperti haramnya (mencemari) hari ini (hari korban), bulan ini (bulan haram) dan negeri ini (Mekah). (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Mengenai pemilihan, saya tetap dengan pegangan saya yang saya telah sebutkan sejak dulu dalam berbagai media iaitu ‘undi atau pilih berdasarkan calon’. Lihat kualiti calon, bukan lihat jenama parti. Pilih calon yang baik pada nilaian agama dan berkemampuan pada nilaian politik.

Dalam istilah siyasah syar’iyyah disebut al-Quwwah dan al-Amanah; yang ada kekuatan atau kemampuan atau ketangkasan melaksanakan tugas serta amanah terhadap tugasan tersebut. Inilah dua ciri yang disebut dalam al-Quran (maksudnya):

Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja ialah yang kuat lagi amanah” (Surah al-Qasas:26).

Gabungan dua ciri ini penting dalam apa tugasan yang hendak diserahkan kepada seseorang. Jika sekadar berkemampuan sahaja, tapi tidak amanah, maka penyelewengan akan berlaku. Jika sekadar amanah sahaja tetapi tidak berkemampuan atau tangkas dalam tugasnya, maka tanggungjawab akan terbengkalai.

Pengundi Bagan Pinang hendaklah dengan teliti menilai perkara ini. Maka kesimpulannya; pilihlah yang berkemampuan dan amanah. Maka dengan itu anda memenuhi tuntutan Islam.

-DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN, USM, P.PINANG.

Ulasan Salafi:

Jadi, pengundi Bagan Pinang, harus memahami bahawa pemilihan kepimpinan haruslah dianggap sebagai suatu ibadah kepada Allah, justru kepimpinan itu sendiri adalah suatu proses menyempurnakan ibadah kepada Allah swt. Sebab itu rasulullah saw bukan sekadar menyuruh umat islam solat, puasa, zakat dan haji sahaja malah Rasulullah saw terpaksa berhijrah demi mewujudkan khilafah, kepimpinan Islam. Untuk apa kepimpinan itu? Supaya dapat memperlengkapkan ta`abbudiah (perhambaan), untuk menyuburkan tumbuhnya perlaksanaan syari`at dlm negaranya dan dapat merealisasikan dan memperkasakan perlaksanaan agama dalam kehidupan masyarakat. Jadi, fahamilah bahawa memilih kepimpinan itu juga sebagai satu ibadah dan tanggung-jawab yang sangat dititik beratkan dalam islam. Tangan yang memangkah kertas undi tidak akan terlepas dari perhitungan Allah swt di akhirat nanti.

Firman Allah swt dlm suroh Yaasin: ayat 65

الْيَوْمَ نَخْتِمُ عَلَىٰ أَفْوَاهِهِمْ وَتُكَلِّمُنَا أَيْدِيهِمْ وَتَشْهَدُ أَرْجُلُهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ ﴿٦٥﴾

“Pada hari ini Kami tutup mulut-mulut mereka dan dibenarkan tangan-tangan mereka berkata-kata kepada Kami dan kaki mereka menjadi saksi diatas setiap perbuatan dan usaha-usaha mereka..”

Amat mendukacitakan telah berlaku beberapa insiden pukul, tumbuk ala samseng sebelum menjelangnya hari pilihanraya kecil tersebut. Ini membuktikan bahawa demi memenangi idealogi parti masing-masing, bangsa kita sanggup menghalalkan kekerasan dan pertumpahan darah sesama mereka. Padahal sistem demokrasi yang mahu ditegakkan itu bukan berasal dari Islam sendiri, dan nawaitu (niat) melaksanakan demokrasi itu adalah demi mempertahankan dan membela nasib rakyat dan umat islam.

Salahuddin Ayub, Pengarah Induk Pilihanraya PAS DUN Bagan Pinang menegaskan kepada pihak Media bahawa ahli MT UMNO, Datuk Azeez Rahim yang lebam dipukul pemuda PAS sebagai satu pembohongan. Dan sebagaimana pilihanraya sebelumnya, PAS tetap menyalahkan UMNO sehingga terjadi insiden-insiden seperti itu.

Walau bagaimanapun Nik Aziz pula membenarkan kejadian tersebut dengan mengeluarkan kenyataan di dalam Sinar Harian Edisi Pahang, Isnin bertarikh 5 Oktober 2009. Beliau menyifatkan kejadian serangan pada hari penamaan calon pilihanraya kecil kerusi DUN Bagan Pinang mencemarkan imej islam, tetapi ia bukan politik tetapi dilakukan oleh orang yang tidak berpandangan jauh.

Dalam kejadian tersebut Abdul Azeez Abdul Rahim dan Ismail Sabri terpaksa mengharungi ribuan penyokong lawan melambaikan duit RM 1 sambil melaungkan perkataan `rasuah`. Salahuddin menafikan insiden itu, manakala Mursyidul Amnya mengiyakan. Mana satu yang betul? Penafian yang dibuat tanpa `kesatuan gerakan` ini, mengakibatkan rakyat menilai semula kredibiliti dan kemampuan PR memenangi pilihanraya. Penafian itu membuatkan rakyat semakin sedar bahawa perjuangan PAS semakin terkeluar dari landasan utama

Kemudian, pada 8 October berlaku lagi satu insiden apabila 8 orang petugas PAS (DPP) dipukul dan ada yang ditetak dangan parang oleh sekumpulan lelaki ketika sedang bertugas di beberapa tempat termasuk di markas induk DPP di Bagan Pinang.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi, sekumpulan 20 lelaki bermotosikal dipercayai penyokong BN telah menyerbu dan menceroboh markas induk DPP dan menumbuk petugas yang berada di situ. Selain ditumbuk, pemuda PAS terbabit juga dihalau keluar meninggalkan markas itu.Turut difahamkan ramai lagi petugas PAS di pukul malah ada juga yang dikejar dengan parang hingga ke rumah.

Apa dah jadi dengan masyarakat kita? Terutama orang Melayu? Saling menuduh, saling menyakiti,dah tergamak menumpahkan darah sesama bangsa, apakah ada orang ketiga yang merancang perpecahan melayu ini? Salafi berpendapat, PAS, mahu pun UMNO perlu kembali kepada Islam yang tulin.......sebelum terlambat.

Bukan Salafi nak menolak keislaman PAS, UMNO mahupun PKR, tetapi PAS bukan agama, UMNO juga bukan agama, PKR bukan agama.......Cuma parti atau pertubuhan yang berjanji menjulang agama. Islam itu murni, jauh dari intervensi manusia. Walaupun PAS mengaku Hizbullah (parti Allah), tetapi apakah benar kewujudan PAS itu sesuai dengan kehendak Allah swt. Apakah layak ahli-ahli PAS menyebut; Kami calon-calon syurga. Mereka yang tidak sehaluan pemikiran dengan kami dan menolak PAS bukan calon syurga....(neraka la jawabnya). Layakkah ahli PAS mewakili Islam sebagai sebuah parti Allah?.

Siapa pun, parti apa pun semuanya harus kembali kepada tuntutan Islam. Sesuaikah perjalanan parti menurut keredhoan Allah swt. Kalau Allah tidak redho, siapa pun akan hancur, parti mana pun akan hancur.

Kita sama-sama meneliti pendapat Dr Asri Zainal Abidin dalam blog terbarunya: Islam Tulen Boleh selamatkan PAS, UMNO, PKR, Sunni, Syi`ah atau apa saja nama parti yg dilabel oleh manusia.

Islam Tulen Boleh Selamatkan Umno

Disiarkan pada Oct 04, 2009 dalam kategori Dakwah

Oleh: Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Ramai tokoh-tokoh UMNO bertanya pendapat saya, apakah caranya untuk memulihkan UMNO. Saya terlebih dahulu akui bahawa saya bukan ‘orang politik’ untuk menghuraikan masalah UMNO. Namun, sebagai seorang yang dianggap ada sedikit sebanyak pengetahuan tentang Islam, saya ingin menyentuh soal Islam dalam UMNO.

Islam itu sebagai ad-din dalam kehidupan masyarakat Islam, termasuklah masyarakat melayu yang secara majoritinya mengakui Islam sebagai nadi hidup mereka. Jika UMNO inginkan masyarakat melayu menerima mereka, UMNO mestilah mendokong dan menjaga nadi hidup mereka ini dengan baik.

Justeru itu, jawapan saya mudah sahaja: “UMNO! Kembalilah kepada Islam tulen!” UMNO mesti memainkan peranan sebagai gerakan dakwah kepada Islam yang tulen, moderat dan progresif. Apabila saya kata demikian, bukan bererti saya menafikan keislaman UMNO sebelum ini, atau unsur-unsur Islam yang sedia ada dalam UMNO. Namun apa yang jelas keislaman UMNO itu perlu diperkukuh dan proses perbaikan kelemahan perlu dibuat segera.

Allah sendiri dalam al-Quran pernah menyebut: (maksudnya)

“Wahai orang-orang yang beriman! Berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, serta kepada kitab (Al-Quran) yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad, s.a.w), juga kepada Kitab yang telah diturunkan sebelum daripada itu. Dan sesiapa yang ingkar kepada Allah, Malaikat-malaikatNya, Kitab-kitabNya, Rasul-rasulNya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.” (Surah al-Nisa, ayat 136).

Dalam ayat ini Allah memerintahkan orang yang beriman agar beriman. Bagaimana begitu? Tidakkah itu seakan-akan memerintahkan apa yang sudah terlaksana?! Tidak!

Maksudnya seperti kata al-Imam Ibn Kathir dalam menafsirkan ayat ini: “Allah ta’ala memerintahkan hamba-hambaNya yang beriman agar masuk secara keseluruhan dalam segala syariat iman, cabang, rukun dan tiangnya. Ini bukan suruhan agar melakukan perkara yang sudah tersedia, sebaliknya ia bermaksud lebih menyempurnakan yang sempurna, menetapkannya, mengukuhkannya dan berterusan atasnya”.

Dalam konteks UMNO, hendaklah mereka menghidupkan Islam dalam gerakannya kerana yang sedia ada itu tidak mencukupi.

Ulasan Salafi:

UMNO tu dah buat kerja-kerja Islam dah.....tetapi kukuhkan lagi keislamannya.

Islamisasi Program

Di sini, saya tidak mahu bercakap tentang falsafah-falsafah politik yang besar-besar. Sudah saya sentuh isu-isu yang lebih prinsip dalam banyak tulisan saya yang lepas. Saya juga tidak berbicara untuk tujuan bagaimana UMNO ingin mengekalkan kuasa. Itu kerja orang politik.

Saya bercakap untuk kepentingan setiap individu muslim yang ada dalam UMNO. Saya ingin mengajak orang UMNO berfikir secara ‘kampung’ sahaja. Saya harap orang UMNO jangan kecil hati, saya bermaksud ingin menceritakan ubat bukan untuk menambahkan penyakit.

Saya ingin bertanya, apakah kita dengar seorang ibu atau bapa menyebut: ‘anak saya dulu lemah pegangan Islamnya, atau kefahaman Islamnya, tetapi sekarang menjadi muslim yang baik penghayatan dan kefahamannya kerana aktif dalam UMNO?!. Atau anak saya dahulu kurang kefahaman agamanya tetapi selepas aktif UMNO, dia lebih memahami Islam yang sebenar.

Saya rasa agak sukar ungkapan seperti itu ditemui. Jika adapun mungkin kes terpencil bukan fonomena umum. Saya jumpa ramai orang yang ingin kembali menghayati Islam, kebanyakan mereka tidak akan memilih UMNO. Sama ada mereka memilih organisasi atau gerak kerja Islam yang lain, atau pertubuhan politik yang lebih ‘mensepandukkan’ lambang Islamnya.

Secara jujur, akuilah iklim dan suasana islamik tidak cukup kuat dalam UMNO untuk mereka yang ada semangat Islam rasa selesa boleh menumpang atau mengambil manfaat. Namun saya tidak menafikan UMNO juga ada membuka dan mengusahakan pelbagai ruang untuk Islam dalam kerajaannya. Itu kerajaan, namun di sudut parti jika ada program-program Islamik dalam UMNO ia amat terhad.

Lebih menyedihkan lagi berputar sekitar ‘kenduri tahlil’, barzanji, kenduri arwah dan yang sewaktu dengannya. Di samping program-program itu boleh dipertikaikan sejauh manakah tuntutan Islam mengenainya, ia juga tidak memberikan impak yang dapat merubah peribadi atau meninggalkan kefahaman dan penghayatan seseorang individu muslim.

Seseorang aktif dalam sesuatu pertubuhan atau organisasi atas dua kepentingan, sama ada untuk dirinya atau masyarakat. Atau, boleh juga disebut kerana ikhlas tanpa kepentingan atau ‘ada udang di sebaliknya mee’. Untuk menjadikan seseorang ikhlas, bagi muslim agama adalah faktor penting.

Apabila kita merasakan gerakerja itu ibadah, jika tiada keuntungan pun kita akan buat, harta sanggup berikan, nyawa sanggup kita taruhnya. Inilah kekuatan organisasi Islam. Sekalipun sebahagian yang bernama Islam itu pada hakikatnya tidak Islamik, namun apabila mereka berjaya mencetuskan suasana yang Islamik, ramai yang tertarik. UMNO hendaklah jujur terhadap Islam zahir dan batin.

Hidupkan program-program Islam dalam UMNO. UMNO kena galakkan pengajian dan suasana ilmu dalam UMNO. Hidupkan pendekatan Islam yang tulen, matang dan progresif. Sehingga setiap yang masuk akan terasa perubahan diri, sikap, pemikiran dan akhlaknya. Jadikan ibubapa akan rasa seronok jika anaknya aktif UMNO kerana nanti nilai-nilai ketinggian budi, kematangan pemikiran, keutuhan ilmu akan terzahir pada kehidupannya.

Tokoh-tokoh pemikir yang baik, jujur dan progresif hendaklah dijadikan tonggak pengisian UMNO. Jangan paksa atau ajak ulama masuk UMNO, tetapi ambillah pendapat dan cadangan yang baik daripada para ulama yang ikhlas, progresif dan tidak berkepentingan. Jika hal itu dapat digarabkan ke seluruh pelusuk masyarakat melayu, penghayatan Islam akan meningkat, secara tidak langsung mudah-mudahan Allah memberikan kebaikan kepada niat yang jujur ini. Jika pun UMNO tidak menang pilihanraya, UMNO boleh menang pahala mengajak masyarakat menghayati Islam dan persepsi negatif akan dapat dikikis.

Imej UMNO sering dikaitkan dengan kurang islamik. Di sudut kefahaman UMNO dikatakan kurang faham Islam. Walaupun sebahagian pihak yang mendakwa itu, kefahaman mereka belum juga tentu betul dengan Islam tulen yang dibawa oleh Nabi s.a.w.

Sebaliknya sebahagian mereka yang mendakwa itu sekadar memahami Islam berdasarkan rekabentuk atau rupa paras yang dicorakkan oleh organisasi atau parti mereka. Tafsiran mereka berdasar tuntutan semasa politik mereka. Namun apapun, imej Islam itu dikaitkan dengan mereka samada ia benar atau disalahgunakan.

Tidak dengan UMNO, sedangkan ruang menonjolkan Islam yang tulen serta progresif begitu diperlu oleh umat manusia terutama dalam negara kita ini. Bukan semesti pemimpin UMNO kena tukar jadi ulama. Banyak organisasi dakwah atau Islam tidak dipimpin oleh mereka yang bertaraf ulama, tetapi diakui nilai islamik mereka.

Jangan UMNO takut kehilangan undi bukan Islam, itu satu kesilapan. Islam jika ditonjolkan secara adil dan bijaksana ia akan menarik hati semua pihak. Masyarakat ingin melihat nilai akhlak dan budi yang baik. Dalam soal Islam, UMNO mestilah bebas dari unsur kemelayuan, kerana Islam agama sejagat. Jika Islam yang universal itu ditonjolkan, bukan sahaja boleh memikat perasaan mereka, bahkan mungkin menjadi dakwah untuk mengajak mereka kepada Islam.

Mungkin ada yang menganggap mustahil hal ini boleh berlaku dalam UMNO. Walaupun saya secara peribadi bukan ahli UMNO, namun pernah cuba membaiki dan menguatkan pegangan Islam dalam Kerajaan UMNO Perlis ketika saya menjadi Mufti Perlis. Alhamdulillah, saya melihat ada kesannya yang bukan sedikit.

Ramai pemimpin ketika itu yang menjadi peminat pengajian ilmu sehingga program-program wakil rakyat dipenuhi dengan pengisian ilmu. Lantas, perjalanan kerajaan pun ditekankan soal penghayatan Islam. Orang kampong keluar berduyun-duyun tanpa dipaksa apabila saya dan kepimpinan kerajaan pergi ke masjid-masjid atau majlis untuk berucap. Hubungan hati antara kerajaan dan rakyat menguasai suasana.

Maka, kesan tidak langsung ketika itu rakyat tidak membuang UMNO di Perlis, walaupun disingkirkan di Kedah yang bersebelahan dengannya. Namun, bukanlah agenda saya untuk memenangkan UMNO dalam pilihanraya, tapi agenda saya ialah dakwah. Saya inginkan Islam itu subur dalam semua organisasi termasuklah UMNO.

Dakwah ini merentasi sempadan parti dan organisasi. Justeru itulah saya menasihati UMNO. Nabi s.a.w pernah menghantar surat Hercules berbunyi:

“Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, daripada Muhammad Pesuruh Allah kepada Hercules Pembesar Rom, salam sejahtera kepada sesiapa yang mengikut petunjuk. Seterusnya, aku menyeru kamu dengan seruan Islam, terimalah Islam nescaya kamu selamat. Allah akan memberikan kamu dua ganjaran. Jika kamu enggan, kamu menanggung dosa rakyat bawahanmu..(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Menjejaki sunnah itu, maka saya katakan kepada UMNO, lakukan proses islamisasi politik secara bersungguh-sungguh, nescaya kamu selamat!

Ulasan Salafi,

Tidak dinafikan juga PAS telah menjalankan kerja-kerja Islam. Tetapi perlu ada proses pengukuhan dan introspeksi yang benar-benar berlandaskan kepada Manhaj Islam yang menepati kehendak Allah dan Rasul. Jika tidak menepati kehendak Allah dan rosul, maka akan ada ikutan yang ketiga, sentiasa menampakkan betul dan indahnya jalan yang sedang diikuti. Hakikatnya bukan itu jalan yang sebenarnya membawa kepada keredhoan Allah. Kita akan rugi, serugi-ruginya.

Firman Allah dalam Suroh Al Mulk: ayat 2

الذي خلق الموت والحياةليبلوكم أيكم أحسن عملا

Ditafsirkan oleh Fudail bin Iyadh makna `ahsanu `amala`:

أخلَصَُهُ وأصوَابُهُ,ان العملَ اذا كان خالصاً ولم يكن صُوابا لم تُقبل, واذا كان صُوابا ولم يكن خالصا لم تقبل, والحالصُ اذا كان لله عز وجل, والصابُ الي كان علي السنة.

Amalan yang terbaik itu adalah yg paling ikhlas, dan yang yang paling menepati mengikut pertunjuk sunnah. Sekiranya amal itu ikhlas tapi tak betul maka tidak diterima. Dan sekiranya amal itu betul tapi tidak ikhlas, maka tidak diterima. Ikhlas itu adalah semata memohon keredhoaan Allah, sedangkan yang dimaksudkan dengan betul itu adalah betul mengikut sunnah nabi saw.

Kata Ibnul Qayyim

Tidak ada satu perbuatan walaupun kecil melainkan akan ditanya 2 perkara:

  1. Lima? Untuksiapa kamu beramal? Apakah untuk Allah, atau sedikit untuk habuan dunia semata-mata, contoh; puasa untuk lulus periksa semata?
  2. Kaifa fa`alta? Macamana cara kamu beramal, ikut rosul, ikut selera, ikut apa yg disyariatkan? Atau ikut ajaran risalah nabi saw?

Sebahagian berpendapat PAS mempunyai sifat-sifat seperti berikut:

1. Memperalatkan Islam untuk mewujudkan perpecahan, iaitu membuat berbagai dalil agama untuk menuduh orang-orang Islam dalam UMNO atau tidak sehaluan, sebagai kafir; sembelihan tidak boleh dimakan, dan jenazah mereka tidak boleh diziarah, disembahyangkan, sehinggakan orang lain tidak bergaul dengan orang2 Islam dalam UMNO dan BN serta memusuhi mereka dalam masyarakat.


2. Menggunakan sistem politik demokrasi dan politik pilihanraya sebagai saluran untuk menegakkan Islam. Ini diakui sendiri oleh Dato`Seri Hj Abdul Hadi Awang dalam bukunya “Amanat Haji Hadi”, mukasurat 23 dan 24, yg berbunyi: walaupun demokrasi ciptaan Barat bukan Islam, dimana di dalamnya terdapat pelbagai kelemahan dan penyelewengan yang ketara, namun Islam menerima kebebasan dan hak-hak yg diberi oleh demokrasi dan mengambil faedah daripadanya utk menyuarakan ajaran islam. Selanjutnya beliau menyambung: “PAS akan tetap menyertai pilihanraya dan menyertai sistem demokrasi...”


Sedangkan kenyataan seperti itu bertentangan sekali dengan firman Allah, Suroh alBaqarah ayat 42:

وَلَا تَلْبِسُوا الْحَقَّ بِالْبَاطِلِ وَتَكْتُمُوا الْحَقَّ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ ﴿٤٢﴾

“Jangan kamu mencampuradukkan kebenaran dengan kebatilan..”


Ini menunjukkan PAS menerapkan falsafah Barat “Matlamat menghalalkan cara” Bahkan Haji Hadi mendakwa dgn mengatakan; “Islam menerima kebebasan dan hak-hak yang diberi oleh demokrasi”


Dari mana sumber yang mengatakan Islam menerima sistem tersebut? Ulama muktabar mana yg mengeluarkan fatwa sehingga Hj Hadi berani mengaitkan sistem tersebut dgn islam. Sedangkan di awal amanat tadi diakui sendiri bahawa sistem : “demokrasi adalah ciptaan Barat dan terdapat penyelewengan”. Diakhir kenyataannya dinyatakan bahawa Islam menerima sistem yg diciptakan barat yg menyeleweng itu.


Ini menunjukkan bahawa kenyataan tersebut memaksudkan Islam menerima penyelewengan. Dalam perjuangan PAS pula mereka menentang dan menuduh UMNO menyeleweng drp Islam kerana berjuang dan memerintah atas dasar demokrasi. Sekarang, siapakah yg menyeleweng, atas asas apa pendirian perjuangan PAS sebenarnya? (Rujuk: PAS Bukan parti Islam, Syeikh Abu Muhammad Iqomuddin, terbitan RZ Emas Sri Selasih Sdn Bhd, 2003)


3. Ahli-ahli PAS lebih bersikap angkuh, sombong dan berbangga dengan parti mereka. Buktinya kenyataan Nik Aziz bahawa kemenangan PAS kerana malaikat membantu mereka. Kelantan adalah negeri yg disukai oleh Rasulullah saw. Kenyataan ini secara tidak langsung memperkecil umat Islam di negeri lain.

Wallahua`lam

Rabu, September 23, 2009

Sabtu, September 19, 2009

BANGKITLAH WAHAI UMAT MUHAMMAD...SIRI 01

Sejak Rasulullah saw turun Isro dan Mikraj, baginda lebih banyak menangis dari ketawa. Sehingga baginda menyatakan kepada sekelompok umat islam yg sedang ketawa bergembira: Jika kamu tahu apa yg aku tahu, kamu akan banyak menangis daripada ketawa.

Kenapa? Kerana Rasulullah telah melihat keadaan umatnya yang akan datang. Rasulullah sedih mengenangkan keadaan umat nya diakhir zaman. Sehinggalah sejurus Rasulullah wafat, mulutnya yang mulia masih menyebutkan ummati, ummati……Baginda sangat sayangkan umatnya. Jika kita sayangkan nabi saw banyakkan selawat ke atasnya, dan hidupkan sunnahnya serta perangilah lawan dari sunnah itu: BID`AH!.

Hari ini, apa yang telah menimpa umat Muhammad saw? Umat Muhammad menjadi umat yang hina dan mundur, berpecah belah dan saling menginjak satu sama lain.

Taming Sari mengetengahkan 3 siri ceramah pilihan yang disampaikan oleh seorang rakan penceramah kontemporari. Bahan-bahan ceramahnya boleh kita renung dan jadikan bahan muhasabah untuk membangkitkan iman dan taqwa kepada Allah swt.

BANGKITLAH WAHAI UMAT MUHAMMAD...SIRI 02

BANGKITLAH UMAT MUHAMAD...SIRI 03

Jumaat, September 18, 2009

BICARA ISU POLITIK: MELAYU MASUK KEAHLIAAN DAP?




MELAYU MASUK KEAHLIAN DAP?

Teressa Kok ADUN Kinrara dalam blognya menyatakan dengan bangganya membuktikan sokongan PAS dan PKR membolehkan orang Melayu menyertai DAP.

Isnin, September 14, 2009

RAMADHAN BULAN MENGATUR SOF PERJUANGAN

Apakah Tuan Guru mampu menjamin, undi PAS memang dapat pahala? Bukankah tidak ada nas yang qoth`e tentang itu? Hukumnya wajib, sunat atau harus?

Bukankah terang-terang Yahudi ada kat belakang mereka? Pastikan tidak berlaku sebarang kerjasama politik dengan mereka. Atau ada agenda lain?

ADUKAN ISU DAN MASALAH ANDA