![]() |
Add caption |
Disusun Semula Oleh
Taming Sari
Rupa-rupanya, masih ada orang PAS yang kurang berpengetahuan dalam bidang Usuluddin walaupun sudah bergelar Ustaz malah telah diangkat menjadi Khatib Jemputan. Rupa-rupanya pengetahuan agama Islam mereka sekadar berserban, berjubah, berjanggut kambing dan menjadi ahli PAS. Islam yang sebenar-benarnya, sama ada dari segi akidah, pemahaman mahupun amalan, merupakan perkara yang jauh dari diri dan hati mereka.
Ini yang berlaku apabila seorang khatib jemputan yang merupakan YDP PAS Kawasan Padang Serai mempamerkan kecetekan ilmu dan kejahilannya yang amat murakkab dalam bidang usuluddin membabitkan Kalimah ALLAH.
Semuanya bermula apabila Masjid Muttaqin, Tamah Selasih, Kulim yang tereltak dalam PDM Taman Selasih bagi DUN N34 Lunas dan Parlimen P.17 Padang Serai menjemput Mohd Pauzi bin Tahir untuk menyampaikan Khutbah Jumaat.