Ahad, Jun 21, 2020

PRK DUN CHINI : "PILIH PEMIMPIN YANG UNTUNGKAN RAKYAT"

Calon BN, Mohd Sharim Md Zain (kanan) bersama dua calon Bebas, Mohd Shukri Ramli dan Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin (kiri) ketika diumumkan sebagai calon yang bertanding bagi PRK DUN Chini. - Foto BERNAMA


PILIH PEMIMPIN YANG MEMBAWA UNTUNG RAKYAT”
Oleh: Norazli bin Aziz S.ag.M.A.

Pemimpin itu adalah orang yang adalah kemampuan  mengambil peranan mempengaruhi orang lain kearah melakukan kebaikan-kebaikan, begitulah pandangan Prof.Madya Burhanuddin Jalal, pensyarah di Jabatan Kenegaraan Kepimpinan dan Ketemadunan Fakulti Pengajian dan Pengurusan Universiti Pertahanan Nasional.

Atau dalam ertikata lain, kepimpinan itu berkemampuan menggerakkan orang lain untuk bangkit untuk melakukan kebaikan-kebaikan ke tengah-tengah masyarakat Sebab itu seorang pemimpin yang sentiasa mengajak kepada kebaikan, mampu memberi contoh kebaikan-kebaikan, akan menyebabkan orang yang dipimpinnya akan mencapai keberuntungan. Tidak akan pernah rugi dunia dan akhirat.
Untuk memilih pemimpin dalam konteks pemilihan kepimpinan politik melalui sistem demokrasi di negara kita, hendaklah calon yang diketengahkan itu mempunyai prinsip dan keperibadian yang boleh menguntungkan rakyat, samada dunia mahupun akhirat. Jangan kita sangka, memilih pemimpin itu, terlepas dari hisab Allah SWT di Yaumul Makhsyar nanti. Ada golongan manusia yang akan dicampakkan ke dalam api neraka jahannam bukan kerana melakukan dosa-dosa mencuri, merogol, berjudi dan sebagainya ketika di dunia, tetapi kerana mereka salah dalam melantik kepimpinan.


Firman Allah SWT:

“Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan fu`ad (hati) semuanya itu akan dipertanggung-jawabkan oleh Allah Ta`ala.”

Oleh itu, memilih pemimpin itu, adalah ibarat membuka sebuah pelaburan saham yang besar, maka hendaklah kita pastikan jangan pelaburan saham itu akan merugikan kita di akhirat nanti. Memilih pemimpin, biarlah pemimpin yang menguntungkan rakyat dunia hingga akhirat. Supaya kita tidak hidup RUGI, maka Allah SWT telah lama memperingatkan insan melalui lidah junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Dalam surah Al Asr, Allah SWT telah berfirman:

“Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman , beramal soleh, berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran”

Allah SWT yang menciptakan kita dari tiada kepada ada, di alam ini, dalam tempoh kehidupan yang telah Allah SWT tentukan, maka DIA menyatakan manusia itu sentiasa berada di dalam kerugian, justru itu sebagai makhluq yang mulia ciptaan Allah SWT kita hendaklah keluar dari kelompok manusia yang rugi, dan memastikan seluruh kehidupan yang dijalani manusia itu berada di dikalangan manusia yang beruntung, berjaya dan cemerlang.

Iaitulah mereka yang bukan sahaja sibuk menjaga iman, menambah iman,bahkan menyuburkan keimanannya kepada Allah SWT, sehingga membuktikan imannya dengan melakukan amal-amal yang soleh, atau di dalam bahasa kita `kerja-kerja yang baik`. Maka seseorang pemimpin yang beruntung itu sentiasa akan membuat banyak kebaikan-kebaikan, ikhlas tanpa mengharapkan balasan dan pujian dari rakyat yang dipimpinnya. Pemimpin yang menyantuni rakyatnya adalah bertitik-tolak dari keimanan yang ada di hatinya, bukan untuk meraih undi atau pujian manusia.

Sebenarnya Iman itu tidak kelihatan diluar, tetapi inkasinya boleh kita ukur melalui gerak-kerjanya dan tingkah-laku perbuatan yang boleh dilihat dengan mata kepala. Pemimpin yang beramal soleh itu, akan jaga hubungan vertical (keatas) dan hubungan horizontal (ke bawah), meminjam kata-kata Syeikh Abul A`la Al maududi. Sesesorang manusia yang beruntung itu, akan jaga hubungannya dengan Allah; memelihara solatnya, zakat, sedeqah infaqnya, mentilawah AlQuran, berzikir, berwirid dan manjauhi segala bentuk larangan Allah Azza Wajalla.

Begitu juga seseorang yang beruntung itu akan menjaga hubungan yang baik sesama manusia, menyantuni fakir miskin, membantu golongan susah, anak-anak yatim, orang-orangtua.Semua kebajikan ini, bertitik-tolak dari iman di hati, tanpa mengharapkan apa-apa balasan pujian manusia.
Apabila ia merasa kekurangan, maka manusia itu akan mencari tahu, dengan belajar, menuntut ilmu, belajar agama agar menambah faham, begitu jugalah dalam konteks pemilihan kepimpinan, kriteria seperti inilah yang perlu dilihat, sentiasa menggalakkan orang-rang yang berada di bawah pimpinannya supaya menuntut ilmu, membudayakan ilmu pengetahuan, menambahkan ilmu dan mencintai penuntut-penuntut ilmu sehingga mencintai para alim ulama, menghormati dan memuliakan orang yang menyampaikan ilmu. Seseorang pemimpin itu juga perlu mempunyai personaliti yang mampu mempengaruhi orang lain dan bersedia ditegur dan dikritik oleh orang lain.
Selain itu personaliti yang beruntung itu berani menyatakan kebenaran, mempertahankan kebenaran, memperjuangkan kebenaran, dan kebenaran yang dimaksudkan disini, adalah kebenaran mengikut ukuran kebenaran Allah SWT.

Orang yang sentiasa mengingatkan manusia lain, agar terus memperkatakan, memperjuangkan kebenaran walaupun disanggah oleh seluruh manusia sejagat. Maka seorang pemimpin yang visionnya membawa rakyatnya kearah keberuntungan hidup dunia dan akhirat, tidak akan pernah bersekongkol dengan kepalsuan, atau berkompromi dengan kebatilan, malah ia akan tegak berdiri, berintegriti walaupun seorang diri mempertahankan kebenaran.

Pemimpin yang beruntung, tidak akan penat memperkatakan kebenaran, tidak akan berputu-asa memperjuangkan kebenaran, walaupun terpaksa membuat keputusan-keputusan hasil syura yang tidak popular, malah ada yang terpaksa disanggah oleh rakyat yang tidak memahaminya.

Selain itu, manusia yang tidak rugi itu adalah mereka yang selalu berpesan orang lain supaya bersabar dalam menempuhi ujian dan dugaan kehidupan. Dalam konteks kepimpinan, maka pemimpin yang membawa untung itu, adalah pemimpin yang banyak bersabar dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawabnya, mengawal tingkahlaku dan berakhlaq, berpkepribadian mulia. Bukanlah berpura-pura baik hanya untuk dipilih atau memancing undi pada musim pilihanraya, tetapi benar-benar mengamalkan sikap sabar, menyayangi orang yang dipimpinnya, berlemah-lembut, mengawal marah dan meletakkan kepentingan orang lain mengatasi kepentingan diri mereka sendiri.

Maka, dalam konteks memilih pemimpin politik melalui pilihanraya, semakin sukar menemukan calon yang paling sempurna, kerana tiada insan yang sempurna di alam ini. Namun, Allah SWTtelah memberikan garis-panduan bagaimana cara utk memilih calon yang terbaik dari yang baik, demi mendapatkan sebuah kehidupan dan masa depan yang aman damai dan penuh kesejahteraan khususnya anak generasi kita pada masa yang akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ADUKAN ISU DAN MASALAH ANDA