PILIH PEMIMPIN YANG MEMBAWA UNTUNG RAKYAT”
Oleh: Norazli bin Aziz S.ag.M.A.
Pemimpin
itu adalah orang yang adalah kemampuan mengambil
peranan mempengaruhi orang lain kearah melakukan kebaikan-kebaikan, begitulah
pandangan Prof.Madya Burhanuddin Jalal, pensyarah di Jabatan Kenegaraan
Kepimpinan dan Ketemadunan Fakulti Pengajian dan Pengurusan Universiti Pertahanan
Nasional.
Atau
dalam ertikata lain, kepimpinan itu berkemampuan menggerakkan orang lain untuk bangkit
untuk melakukan kebaikan-kebaikan ke tengah-tengah masyarakat Sebab itu seorang
pemimpin yang sentiasa mengajak kepada kebaikan, mampu memberi contoh
kebaikan-kebaikan, akan menyebabkan orang yang dipimpinnya akan mencapai
keberuntungan. Tidak akan pernah rugi dunia dan akhirat.
Untuk
memilih pemimpin dalam konteks pemilihan kepimpinan politik melalui sistem
demokrasi di negara kita, hendaklah calon yang diketengahkan itu mempunyai
prinsip dan keperibadian yang boleh menguntungkan rakyat, samada dunia mahupun
akhirat. Jangan kita sangka, memilih pemimpin itu, terlepas dari hisab Allah
SWT di Yaumul Makhsyar nanti. Ada golongan manusia yang akan dicampakkan ke
dalam api neraka jahannam bukan kerana melakukan dosa-dosa mencuri, merogol,
berjudi dan sebagainya ketika di dunia, tetapi kerana mereka salah dalam
melantik kepimpinan.