Khamis, Mei 14, 2020

MUKHRIZ DI KORBAN KERANA ANWAR

Mukhriz dikorban kerana anwar


Disusun Semula oleh:
Norazli Bin Aziz S.ag.M.A.

Mohon Share dari blog waadat.blogspot.com, Chegu Man Morhabshi,  minat aku pada artikelnya dalam penulisan rengkasnya, bahawa adalah merupakan sesuatu yang perlu difikirkan oleh rakyat selama ini. Kita perlu berfikir dengan rasional dengan apa yang telah berlaku. 


















Mukhriz adalah korban kerakusan cita-cita Anwar, pelik? Bagi sesetangah orang mungkin ia pelik, tetapi jika anda ikuti episod panjang perseteruan Anwar-Mahathir yang pernah membawa kepada penyingkiran Anwar dari semua jawatan dan kedudukannya mulai 2 Sept 1998, anda akan nampak Anwar Ibrahim tersungkur ketika berada selangkah lagi ke pintu Putrajaya.

Mari kita lihat catatan sejarah ini.

















Yang tersurat:
+Mahathir letak jawatan dan lantik Paklah.
-Mahathir jatuhkan Paklah
+Mahathir lantik pula Najib
-Mahathir juga jatuhkan najib
+Mahathir bagi laluan pada Muhyiddin
-Mahathir buat usul undi tak percaya pada Muhyiddin

Yang tersirat:
+Mahathir letak jawatan, lantik paklah = anwar melepas!
(apabila Mahathir tiada, Anwar mula bina kekuatan, Paklah tak mampu bertahan)
+Mahathir jatuhkan Paklah

+Mahathir lantik Najib = Anwar melepas
(sekali lagi ketika Mahathir tiada Anwar bina kekuatan, Najib tak mampu bertahan)
+Mahathir terpaksa turunkan Najib.

+Mahathir bagi laluan pada Muhyidin = Anwar terus melepas!
(anwar dilihat cuba bina kekuatan semula walau tak sekuat dulu, tapi lama kelamaan Muhyiddin pun mungkin tak mampu bertahan)
Mahathir usul undi tak percaya pada Muhyiddin.

Sebenarnya, jika Mahathir tak hantar usul undi tak percaya tersebut pada Muhyiddin, Anwar akan lakukan dengan bantuan DAP. Maka Mahathir potong dulu. Anwar melengong. Silap² akan melopong lagi.

Terkini, Mukhriz hilang kuasa di kedah. Kenapa? Sebab Mukhriz mewakili kerajaan PH. Maka ini juga adalah kekalahan untuk anwar ibrahim. 
(tun nak bagi Anwar nampak lebih lemah dan lebih teruk kerana hilang sebuah negeri).

Apa lagi muslihat Mahathir? Bak kata Daim Zainudin, ada banyak lagi yang kita tak terfikir. Namun kita perlu tetap iman bahawa semuanya atas izin Allah yang maha perancang.

Allah sayang kita.

Sekarang semua orang marah Mahathir. Ini yang Mahathir suka. Mahathir berada di luar kerajaan. Kemarahan rakyat pada beliau menyebabkan kerajaaan dilihat kuat. Bilakah kali terakhir rakyat malaysia begitu sayang pada kerajaan yang memerintah?

Memang pernah yakni masa zaman gemilang Mahathir. Masa tu semua orang sayang Mahathir. Rakyat malaysia pernah dengan senang hati hadiahkan terus kediaman rasmi perdana menteri kepada Mahathir.

Kita amat beruntung kerana bukan sahaja sedang menyaksikan lakaran sejarah ini bahkan sedang terlibat di dalamnya.

Allahu akbar.

Cheguman a.k.a Demang Lebar Daun adalah blogger Waadat sejak 2008.
Menulis tentang politik semasa dengan melihat yang tersirat di sebalik tersurat. Menulis adalah bakti kecil untuk agama, bangsa, dan negara. Khidmat selaku hamba Allah.

Aktivis BiroTata Negara sejak 1993 dan banyak terlibat dalam memberi kefahaman tentang perlembagaan kepada pegawai kerajaan.

Blog Waadat tidak dibiayai oleh mana² individu berkepentingan atau parti politik.


KHAMIS  |  14.5.2020  |  4.00 PG
Azli bin Aziz

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ADUKAN ISU DAN MASALAH ANDA