Mengenai diriku

Foto Saya
Salam perjuangan. Salam satu Malaysia. Blog ini akan terus berorentasikan AGAMA DAN POLITIK. Saya bencikan penipu tegar, petualang dan pengkhianat bangsa, agama dan tanahair. Ayuh! naluri manusia sukakan kebenaran, bencikan kepalsuan. Ayuh nyatakan kebenaran walau dimana kita berada, Kebenaran itu akan semakin menyuburkan kedamaian hidup.....

Rabu, Oktober 12, 2011

WAJAR DITINDAK SUPAYA MENJADI PENGAJARAN......




Disusun semula oleh Taming Sari


Berikutan penahanan ke atas pelakun terkenal Bob Lokman oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) disebabkan berceramah tanpa tauliah,  terus mendapat perhatian dan liputan oleh banyak pihak. Sepatutnya setelah menyertai PAS, BOB Lokman berubah menjadi manusia yang baik, bijak bukan semakin teruk dek penangan politik yang sempit dan bersimpang siur....


Agak keterlaluan apabila setelah ditahan oleh JAIS, Bob Lokman menyalahkan UMNO pula, apa kaitannya?.


Tahukah Bob Lokman bahawa JAIS adalah satu jabatan kerajaan dibawah KERAJAAN CAMPURAN yang diketuai oleh MB PKR?

Tahukah Bob Lokman bahawa JAIS adalah dibawah seliaan Exco Hal Ehwal Islam dari PAS iaitu DR. Hasan Ali?

Tahukah Bob Lokman bahawa arahan tauliah tidak diberi kepada ahli politik adalah dari Sultan Selangor ?

Kenapa Bob Lokman memilih menyalahkan  orang lain, pihak yang tiada kene mengena langsung dengan JAIS ?

Bob Lokman disarankan menggunakan OTAK dan akal fikiran waras jika mahu membuat sebarang kenyataan. Jangan malukan diri kamu dan keturunan kamu sebagai waris Tok Kenali.

Ada benarnya 'Sebijak-bijak manusia jadi BODO bila menyertai PAS' - NAH !  Bob Lokman adalah salah satu buktinya.


Ketua Pesuruhjaya PAS selangor Dr. Abdul Rani Osman menggesa JAIS agar bersikap lebih terbuka dalam menjalankan tugas sebagai salah sebuah institusi yang m,emperkasakan Islam di negeri itu, dan beliau menjelaskan segala usaha-usaha JAIS itu nanti akan menghalang dan mengekang proses pembelajaran agama di negeri ini.Menurut Dr Rani lagi, JAIS sepatutnya mendengar terlebih dahulu ceramah yang disampaikan BOB Lokman, kemudian kalau tidak betul, JAIS hendaklah panggil untuk memberi nasihat.


Taming Sari merasakan bahawa sebahagian besar penceramah PAS ditanah air tahu undang-undang dan tak makan nasihat. Mengutuk dan mencaci kepimpinan yang ada hari ini, dah menjadi mainan di mulut mereka. Tak percaya pergilah dengar mana-mana ceramah mereka. Mula-mula memang syahdu dengan doa dan munajat....tapi dihujung-hujungnya mengutuk dan mencaci serta merendah-rendahkan orang yang tak sealiran dengan mereka. Sebenarnya berapa kerat dikalangan penceramah PAS yang mahu tunggu dan dengar dengan tekun ceramah yang disampaikan oleh orang lain.Khususnya ceramah UMNO, mereka tak akan tunggu nak dengar. Depa blah....sambil mengejek. Seolah-olahnya ceramah pembangkanglah yang paling hebat. Jadi, eloklah mereka juga dikenekan tindakan yang sama. Peraturan tidak mengenal sesiapa, atau dari parti mana. Bekas mufti Perlis pun ditahan kerana berceramah tanpa tauliah, Dr Asri parti mana? Padahal ceramah Dr Asri jauh lebih ilmiah dari ceramah Ustaz Bob Lokman.....


Sampailah masanya kita menyerang pulak, selama ni kita sekadar bertahan..



Ahad, Oktober 09, 2011

KOTIB/IMAM MASJID MENGUTUK MEDIA DARI ATAS MIMBAR JUMAAT




Disusun oleh Taming Sari

Salah seorang Khotib dan juga Imam di Masjid Saidina Umar Ibn Al Khaottob Cenderawasih, Kuantan telah menggunakan pentas mimbar sekali lagi menyelar sebahagian media arus perdana yang mengikut pertunjuk Yahudi yang suka menyembunyikan kebenaran dan fakta-fakta terutama, apakah sebenarnya yang berlaku di dunia Islam pada hari ini. Media dipersalahkan kerana mengikut arahan pemimpin yang zolim, mendiamkan berita-berita penindasan ke atas umat Islam di negara lain. Sebenarnya bukan kali ini para Imam dan pegawai masjid tersebut membaca khutbah berbaur elemen kepartian dan hasutan tetapi perkara ini sejak sekian lama didiamkan oleh masyarakat sekeliling.

Taming Sari difahamkan, bukan sahaja mereka bebas memanggil penceramah-penceramah dari parti pembangkang mengisi kuliah magrib di masjid tersebut, malah semua guru takmir UMNO telah dinyahkan oleh pengurusan masjid itu. Taming Sari hairan, kenapa tindakan mereka ini dianggap `betul` dan sakral oleh pengikut-pengikut mereka sehingga tiada siapa yang berani memperbetulkan keadaan tersebut. Salah seorang AJK dari pengikut mereka menyatakan kekesalan diatas sikap yang melampau batas dan telah sekian lama mereka menjalankan aktiviti-aktiviti propaganda kepartian.

Tidak hairanlah dimasjid itu terdapat ruang dinding yang meletakkan segala poster aktiviti parti politik pilihan mereka. Seolah-olahnya masjid tersebut dibina, dibangunkan oleh kerajaan pembangkang. Mereka lupa, bahawa kerajaan yang membinanya adalah kerajaan BN, elaun yang mereka makan, pakai guna juga adalah sumbangan kerajaan, mereka sapu semuanya tetapi mengkhianati kerajaan pula. Taming Sari nak berpesan kepada Khotib berkenaan, supaya cukup-cukuplah menghasut jamaah agar membenci kerajaan yang ada. Bacalah khutbah yang telah disediakan oleh Majlis Agama Islam dan Jabatan Agama Islam itu, daripada membaca `buku jingga` dan buku hijau. Khotib tersebut memang bersemangat menyelar para pengamal media supaya jangan ikut telunjuk Yahudi, tetapi `tang` baca ayat Quran tu banyak yang salah, tersasul dan tergagap-gagap. Buatlah perkara yang paling utama dan berusahalah mengislah sesama manusia, bukan menjadi batu api.....





Taming Sari mahu mencadangkan supaya Pejabat Agama Islam Pahang menyiasat semula perlantikan AJK masjid tersebut yang dikatakan tidak sah. Pada bulan Mac, telah ada cadangan nama-nama yang dipilih duduk dalam Jawatankuasa masjid tersebut tetapi hilang entah kemana.

Kalau orang UMNO guna paltform masjid untuk kempen parti, dah tentu mereka repot pejabat agama, dan menuduh UMNO guna masjid untuk berkempen parti. Tetapi sebenarnya, mereka lebih `advance` lagi dalam menggunakan platform tersebut. Mohon Majlis Agama Islam dan Pejabat Agama Islam Pahang jangan bersekongkol dalam menghalalkan segala perbuatan mereka.......Jangan jadi pengkhianat bangsa, agama dan negara..

Taming Sari Salafi Moden

Khamis, Jun 24, 2010

BILA USIA MENCECAH 40 TAHUN : SAHAM JATUH, MAKIN MIANG?

Disusun semula oleh

Salafi Abu Amri Zulfiqar


ANGKA 40 membawa persepsi yang berbeza terhadap lelaki dan wanita. Bagi lelaki usia 40 dianggap sebagai permulaan hidup baru, semangat baru, semakin matang. Bagi wanita usia 40 dikaitkan dengan perkara-perkara negatif, dan selalu dikaitkan dengan musim saham mula menurun.

Bukan berniat merendahkan orang perempuan, jauh sekali untuk memperlekeh kaum wanita. Cuma saya ingin bercakap perkara yang betul di depan mata. Satu hakikat perihal Adam dan Hawa.

Macam mana pun golongan pejuang wanita menegaskan tidak ada beza antara lelaki can perempuan, saya tetap berasa ada perbezaan yang jelas. Ini bukan soal fizikal - yang memang jelas ada bezanya - tetapi ciri-ciri lain yang menyebabkan Leha dan Leman tidak serupa.

Sebenarnya, awal-awal sudah berbeza. Dari segi tahap kematangan semua orang mengakui perempuan lebih cepat dewasa berbanding lelaki. Anak perempuan baligh lebih awal dari lelaki. Ada gadis yang mula haid seawal sembilan tahun. Sebaliknya, ada lelaki yang sudah masuk usia 17 belum ada apa-apa.

Mereka yang mempunyai anak-anak lelaki dan perempuan boleh melihat hal yang sama. Baru darjah enam anak perempuan sudah boleh diharap mengemas bilik tidur, mencuci pinggan mangkuk, membancuh susu adik. Anak lelaki sudah tingkatan tiga pun masih tidak tahu apa-apa.

Sebab itu orang putih kata, kehidupan seorang lelaki bermula pada usia 40 tahun. Konon, pada usia ini lelaki menjadi lebih matang, tepat membuat keputusan, bijak memberi cadangan, lebih penyayang, lebih prihatin, lebih itu, lebih ini.

Hanya satu yang tidak sedap, malah tidak adil: konon pada usia 40 inilah degree kemiangan lelaki dikatakan semakin meningkat!

Miang, gatal, merenyam, gelenyar... banyak lagi istilah-istilah (maaf, sesetengahnya tidak sesuai disiarkan sebab kedengaran kurang sopan) yang seerti dengannya untuk menggambarkan perangai lelaki setelah melewati usia empat puluhan.

Orang perempuan selalu memberi alasan yang serupa untuk menguatkan andaian bahawa lelaki memang miang. Antaranya, yang paling biasa: suami mula menjeling wanita lain, suami mula main kayu tiga, suami kahwin baru.

Bukanlah hendak menyebelah lelaki, tetapi pada hemat saya andaian seperti itu adalah rambang, dan sekali gus tidak adil. Sebab, bilangan suami yang main kayu tiga, atau membuka 'cawangan' baru adalah kecil, terlalu kecil. Mungkin yang jeling-jeling wanita lain ramai, tetapi percayalah jelingan itu tidak membawa apa-apa mudarat. Lagi pun ada sebab suami menjeling wanita lain.

Maaf cakap, ketika suami mula 'meriah habis' pada usia 40, wanita pada usia tersebut dikatakan mula mengendur dan 'dingin' dalam banyak hal. Sebenarnya, ini diakui sendiri oleh ramai wanita, sebab itu mereka tidak suka usia empat puluhan disebut.

Pendek kata, angka 40 membawa persepsi yang berbeza kepada lelaki dan wanita. Bagi lelaki, usia tersebut dikaitkan dengan kematangan can kehebatan, bagi perempuan, usia tersebut sering digambarkan sebagai peringkat saham menurun.

Kalau ada suami yang mula menunjukkan tanda-tanda 'keriangan' luar biasa, saya ada panduan untuk isteri menyekat suami main mata dengan orang lain. Kaedah ini tidak ada dalam buku motivasi suami-isteri, tetapi boleh dicuba.

Pertama, layan suami seperti biasa. Hangatkan suasana dengan kata-kata yang memberangsangkan. Contoh: "Fuhhh, misai abang sekarang tebal semacam, kita tengok pun geram!" Atau: "Abang sejak minum kopi herba tu, kita rasa luar biasa!"

Kata-kata seperti ini boleh membangkitkan semangat, dan suami merasa dihargai. Tetapi jangan cakap sahaja, isteri patut buktikan dengan perbuatan. Jika hanya pandai memuji misai, tetapi di bilik tidur isteri rebah dan tidur macam tunggul, pujian tentang misai itu tidak bererti langsung.

Tidak guna menyiapkan kopi dengan tujuh ramuan herba, sekiranya di katil isteri berdengkur kuat seperti bom, tanpa sedikit pun menghiraukan perasaan suami yang seperti gelora tsunami.

Masalahnya ialah wanita pada usia 40, lebih-lebih lagi yang sudah beranak ramai, sudah mula dingin seks. Bukan putus haid, tetapi mula tidak berapa minat mengadakan hubungan kelamin. Mungkin sebab kesibukan di pejabat, atau letih melayan anak-anak sepanjang hari di rumah, isteri menjadi pasif di katil. Letak sahaja kepala di bantal, terus berdengkur.

Pada hemat saya, tanpa mengira usia, isteri patut bijak melakukan reaksi-reaksi hangat semasa berdua di kamar tidur. Mungkin boleh cuba urutan cakar harimau yang popular itu. Sambil mencakar boleh bergurau senda, dan puji-puji tentang misai.

Kalau cakaran harimau sudah mengena, suami yang letih menjadi segar semula. Pasti suami akan membalas dengan cakaran kucing jantan.

Bayangkan apa akan terjadi apabila cakar berbalas cakar. Tentu harimau akan mengaum.

Amaran: hati-hati sekiranya isteri berkuku panjang dan tajam, takut tersilap cakar luka pula kulit belakang suami. Akibatnya, suami berasa kesakitan dan mungkin menggunakan tendangan kambing gurun hingga isteri terpelanting bawah katil!

Kedua, isteri mesti terus bergaya. Sebenarnya wanita pada usia 40-45, masih cantik dan menawan. Masih anggun dan mempesona. Memanglah tidak 'cun-melecun' seperti gadis belasan tahun lagi 'trang-tang- tang'. Tetapi sekiranya bijak mendandan diri, suami pasti tidak menjeling pada orang lain.

Masalahnya ialah sesetengah isteri, terutama yang menjadi suri rumah sepenuh masa, tidak menghiraukan soal keterampilan diri. Tidaklah selekeh, tetapi kurang mesra alam. Rambut tidak disisir, menggerbang macam langsuir atau penunggu pohon beringin dalam Misteri Nusantara. Dahi berkerut, bibir berkedut. Tanpa bedak, tanpa gincu. Pipi pun berminyak semacam.

Sudahlah begitu, pakaian pun asyik kain batik lusuh dengan t-shirt Pagoda leher bulat yang ketiaknya terkoyak sedikit. Ini sudah menjadi uniform tidak rasmi suri rumah yang tidak berseni. Sesetengahnya langsung tidak berbaju, hanya berkemban. Sudahlah berkemban, nampak bulu ketiak keriting, betul-betul macam ibu si Tenggang.

Percayalah, kalau rupa seperti ini yang dilihat oleh suami setiap hari, belum masuk usia 40 tahun pun suami sudah menjeling wanita lain. Jika hari-hari melihat puntianak atau ibu si Tenggang, suami pun berasa muak juga. Suami pun hendak melihat benda-benda indah.

Sebenarnya, mendandan diri bukan susah sangat. Lagi pun kebanyakan suami tidak cerewet sangat. Suami tidak mengharapkan isteri menyambutnya dengan pakaian berjenama antarabangsa, atau jari lentik dengan kuku berwarna, bibir merah dan basah berkilat, rambut ikal mayang teknik rebonding, alis lentik bagai penari Mak Yong.

Apa yang dikehendaki oleh kebanyakan suami ialah penampilan seorang isteri yang kemas, sopan dan kelihatan manja. Jangan lentuk sangat, suami naik lemas pula. Rambut perlu disisir kemas, pada hari-hari tertentu (petang Khamis umpamanya!) boleh letak bunga ros di kepala. Tetapi, jangan pula terlebih hingga pacak bunga manggar di kepala. Nanti suami ingat isteri sudah sewel.

Pipi patut dihias supaya tidak nampak berminyak macam mamak jual capati. Kalau tidak mampu pakai bedak yang berjenama, bedak biasa pun boleh, asalkan disapu dengan kemas. Jangan asyik lumur dengan bedak beras sejuk sehingga wajah kelihatan seperti wayang China purba!

Tidak salah menyambut kepulangan suami dengan haruman. Semburlah pewangi yang boleh membangkitkan semangat. Kalau tidak ada pewangi pun gunakanlah haruman ash dari bunga cempaka, melur, kenanga atau lain-lain bunga wangi.

Kalau pun teruk memasak di dapur pastikan bau serbuk kari, sambal belacan, budu, atau bau ikan pekasam goreng tidak melekat di tubuh. Amaran: jangan sekali-sekali ada bau semburan ubat lipas atau kapur barus pada tubuh. Mati selera suami.

Ketiga, mesti selalu senyum. Sambutlah suami dengan senyum paling manis. Senyum yang ikhlas, dan bukan dibuat-buat. Ingat, orang lelaki dapat membaca antara senyuman ikhlas dan senyum palsu. Tetapi, jangan tersengih tidak tentu pasal, nanti suami ingat isteri tersampuk puntianak sundal malam.

Tidaklah diharapkan isteri mengurut-urut bahu atau dada suami sebaik masuk ke rumah, lebih-lebih lagi di hadapan anak-anak. Memadailah isteri menegur: "Abang nampak letih, boleh kita ambilkan air? Abang nak air sejuk atau air panas?"

Tetapi, jangan pula memberitahu suami benda-benda yang mungkin mematikan semangatnya, seperti: "Tadi ada orang datang, dia kata abang dah tiga bulan tak bayar ansuran kereta, betul ke?" Atau: "Orang sebelah tu beli TV 29 inci, boleh tak kita beli yang 36 inci?"

Keempat, etika di bilik tidur. Ini paling penting, sebab bilik tidur adalah tempat rehat bagi suami isteri. Tempat tidur mesti selalu kemas dan menarik. Semburkan haruman supaya semerbak sepanjang malam. Sesekali taburkan bunga-bunga wangi di atas tilam. Barulah bersemangat untuk cakaran harimau atau cakaran kucing.

Malangnya, bagi isteri yang sudah melewati empat puluhan, bau haruman di kamar beradu biasanya tidak dihiraukan lagi. Tidak ada bau minyak wangi, seperti zaman baru-baru kahwin dulu. Apa yang memenuhi bilik tidur sekarang hanyalah bau minyak angin.

Bilik tidur penuh dengan beraneka minyak angin. Penjuru katil ada minyak lenguh sendi, tepi bantal ada minyak sengal tulang, atas tilam ada minyak pening kepala, bawah katil pun ada minyak semput.

Walaupun sudah lenguh sana-sini, minyak-minyak itu bukan di kamar tidur tempatnya. Kalau setiap malam hidung suami tersumbat bau minyak angin, matilah seleranya untuk mencakar. Ini yang isteri kena faham.



Sama-sama kita renungkan.....

Isnin, Jun 07, 2010

DUNIA KIAMAT 2012: MISTERI JOHN TITOR......


DUNIA KIAMAT 2012:  MISTERI JOHN TITOR

Disusun semula oleh Salafi

Sembilan tahun lalu, seorang yang mengaku pengembara waktu pernah menggoncang forum internet. Ia menyebut dirinya John Titor, seorang seorang prajurit tentera AS di tahun 2036, yang mengemban missi khusus lintas waktu ke tahun 1975: mengambil dan menyelamatkan komputer portable pertama di dunia IBM 5100.
Terdengar seperti kisah sains-fiksi, namun batang tubuh John Titor akhirnya menjadi perdebatan paling spektakuler dan kontroversial sejak tahun 2001 sampai sekarang! Ia menjadi legenda di dunia maya, karena informasi yang diberitahunya soal masa depan (pasca 2000) sebagian ramalannya telah terbukti benar terjadi pada hari ini… setelah pada awal 2001 John Titor kembali ke masanya.

Informasi yang dibawanya itulah yang sangat menggemparkan karena satu persatu seiring perjalanan waktu mulai terlihat kebenarannya. Ia juga mengupload skema mesin waktu yang digunakannya memberitahu cara kerjanya dan menyebarkan formula ilmiah mesin tersebut di forum internet.

Siapa John Titor? Dia mengaku lahir tahun 1998 di Florida, AS. Ia berjaya menjalankan misisnya kembali ke tahun 1975 untuk mengambil PC IBM 5100, karena PC itu memiliki program bahasa unix yang tak pernah lagi digunakan di semua komputer generasi selanjutnya sampai tahun 2036.
Menurut John, semua sistem unix akan menghadapi “time error” di tahun 2036, oleh sebab itu IBM 5100 itu sangat penting bagi mereka. Ketika debat sedang hangat diperkatakan tentang kebenaran timetravel, pernyataan John Titor kemudian diakui oleh pihak IBM. Mereka tergamam karena pada masa dibuat tahun 1975, hanya 5 orang yang tahu kemampuan memecahkan bahasa unix pada komputer itu. Dari mana John bisa tahu rahasia itu?

John mengaku mesin waktu yang digunakannya adalah tipe C204. Sebuah mesin waktu mini dengan kapasiti 3 orang untuk melintasi waktu. Mesin itu hak milik tentera AS tahun 2036, dan mesin waktu bukan barang aneh di tahun itu walau sangat eksklusif. Tipe lain yang lebih besar adalah C206 buatan General Electric (GE) yang mampu memuat sampai 7 orang. Mesin ini hanya mampu membawa mereka maksimum 60 tahun ke masa silam dengan kecepatan 10 tahun per jam!

Informasi Masa Depan

John singgah sebentar ke tahun 2000 (2 November) -2001 (24 Maret), untuk urusan pribadi, yaitu menjenguk keluarganya, selama beberapa bulan saja. Setelah itu ia kembali ke tahun 2036 dengan meninggalkan sejumlah informasi penting tentang masa depan!
1. John Titor memberitahukan bahwa prinsip dasar mesin waktu itu digagas oleh CERN, sebuah asosiasi riset partikel atom dan nuklir 20 negara Eropa yang bermarkas di Jenewa, Swiss. Menurut John pada tahun dasar kerja mesin waktunya itu seperti “black hole” mini yang menyedut semua partikel fisik (manusia dan benda) ke masa yang sudah ditentukan.

Faktanya: Tahun 2001, CERN mempublikasikan eksperimen spektakuler Large Hadron Collider (LHC) dan Relativistic Heavy Ion Collider (RHIC), dua mesin yang boleh memancarkan energi berkekuatan dahsyat, dan eksperimen anti materi yang memunculkan semacam “black hole” mini buatan yang menyedot setiap materi dalam radius jangkauannya!

2. John Titor menyebutkan akan ada peristiwa menggemparkan di AS pada tahun 2001 yang dikenal sebagai 9/11. Berkaitan dengan bencana di dua gedung pencakar langit dan menjadi dasar pemakluman perang terbuka terhadap terorisme di dunia.

Faktanya: Pada 11 September 2001, WTC di New York dilanggar pesawat komersil yang ditawan teroris yang menyebabkan tragedi paling berdarah dalam serangan teroris di AS dan dunia. Sesuatu yang dihubungkan dengan jaringan Al-Qaeda. Dan AS melancarkan perang terhadap segala bentuk terorisme dan jaringannya.

3. John Titor memberitahukan akan terjadi serangan militer AS ke Iraq dengan alasan adanya senjata pemusnah massal di sana. Namun itu lebih merupakan tindakan politis karena senjata pemusnah yang dituduhkan tak pernah ditemukan di Iraq.

Faktanya: AS dan pasukan multinasional melakukan serangan ke Irak pada sekitar Mac 2003.
4. John Titor menginformasikan adanya bencana besar yang memusnahkan ratusan ribu jiwa pada akhir tahun 2004.

Faktanya: gempa bumi yang diikuti tsunami menghantam kawasan Asia pada Desember 2004, dengan korban ratusan ribu di beberapa negara Asia dan terparah adalah di Aceh – Nias, Indonesia.
5. John Titor menyentuh akan terjadi hantaman meteorit dan objek angkasa selama lebih dari satu dekad di Bumi.

Faktanya: NASA dan lembaga antariksa berbagai negara memang melaporkan adanya kerawanan hujan meteor dan hantaman meteorit ke dalam atmosfer Bumi yang diawali komet yang melintas tahun 1998 yang berdampak hujan meteor sampai tahun 2032.

Dilaporkan juga adanya ancaman hunjaman dan hentaman asteroid kecil dengan atmosfer Bumi mulai tahun 2008 sampai 2032 akibat lintasan perputaran orbit Bumi melintas langsung ke inti sabuk asteroid di tata surya. Puncak hujan meteor Leondis akan terjadi lagi pada 17 November 2009 di kawasan langit Asia tengah.

6. John Titor menyinggung soal Alien dan UFO, yang menurutnya tetap menjadi misteri di masanya . Tetapi pemahaman tentang mahluk luar angkasa itu semakin masuk akal di zamannya. Sebab boleh saja Alien merupakan pengembara waktu dari dimensi atau galaksi lain, atau bahkan manusia Bumi juga yang hidup jauh di masa depan dan berkelana ke masa kini.

7. John Titor walau sempat mengelak untuk memberitahukan apakah penanggalan suku Maya tentang kiamat tahun 2012 benar atau tidak, akhirnya menyiratkan bahwa ada katastrop luar biasa yang sedikit unik dan aneh pada 2012. Namun ia sangat menenangkan kita dengan menekankan bahwa ia sudah melalui peristiwa itu dan masih hidup setidaknya sampai tahun 2036!

Menurutnya, katastrop pada 2012 merupakan puncak fenomena alam yang saat ini (tahun 2001) mulai terjadi. Tahun 2012 bukan kiamat, tetapi apa yang terjadi saat itu akan menyebabkan korban mahluk hidup yang sangat besar. Itu berkaitan dengan peristiwa iklim, aktiviti tektonik dan vulkanik yang ditandai dengan gempa-gempa skala besarnya topan, dan gelombang samudera.

Faktanya: Saat ini (tahun 2009) banyak terjadi gempa bumi, badai, hujan, banjir yang menelan banyak korban berkaitan dengan perubahan iklim, pemanasan bumi.

8. John Titor menyebutkan bahwa Perang Dunia III akan terjadi dan berdampak hebat pada 2015. Serangan senjata nuklir yang memicu terjadinya perang dunia itu menyebabkan Bumi mengalami kerusakan parah, tercemar radioaktif berat, sehingga kehidupan di masa depan sangat memprihatinkan dengan sumber makanan sehat yang sangat terbatas, stok air bersih yang minim, dan kehidupan yang berat.

Ini hanyalah sebagian perbandingan dari informasi John Titor dengan fakta yang terjadi kemudian setelah ia mengucapkan selamat tinggal untuk kembali ke tahun 2036 di forum internet. Masih banyak informasi lain yang disampaikan John Titor… walau terkesan ini mungkin saja hoax atau cakap-cakap kosong, informasi tentang masa depan yang disampaikan John memang sangat masuk akal dan ia begitu menguasai apa yang dibicarakannya.

Lalu campur tangan keterlibatan agen rahsia kerajaan AS yang berupaya memburu John Titor justru membuat banyak orang percaya bahwa eksistensi John Titor memang benar! Sejumlah saksi mata yang pernah bertemu John Titor, mengakui mereka diinterogasi agen-agen rahasia. Keluarga John Titor juga dilaporkan bergegas pindah rumah sesaat sebelum badai melanda Florida di tahun 2001. Mungkin mereka sudah diperingatkan John tentang adanya badai tersebut. Kini domisili keluarga John Titor di masa kini dirahasiakan!


Perjalanan Waktu!

Ide dan konsep perjalanan waktu ini mungkin hampir setua peradaban manusia. Dalam kitab kuno Mahabharatha ada tuturan tentang Raja Reivata yang melakukan perjalanan ke nirwana untuk bertemu sang Brahma, sekembalinya ke Bumi ia sangat terkejut karena telah melompati banyak jaman sejak kepergiannya.

Lalu legenda Urishima Taro dari Jepang yang berkisah tentang seorang nelayan yang menyelamatkan kura-kura dan berkesempatan untuk berkunjung ke Istana Dewa Naga di bawah laut. Ia tinggal di istana itu hanya selama tiga hari, namun saat kembali ke kampung halamannya, sang nelayan ternyata berada tiga ribu tahun di masa depan.
Lantas misteri Segitiga Bermuda, tentang menghilangnya banyak kapal dan pesawat terbang yang melintas di sana menjadi terdengar lebih masuk akal walau sebagian besar adalah isapan jempol belaka.

Apa yang disebut John Titor sebagai lubang waktu, kemungkinan memang benar-benar ada. Ia menyinggung soal teori fisika quantum yang kemudian diperdalam dan dipraktekkan di masanya. Itu memberi sumbangan besar pada terwujudnya mesin waktu yang dipakainya itu.

John Titor juga berkesimpulan bahwa apa yang dilakukannya ketika kembali ke masa lalu, tidak akan merubah masa depan di masanya. Menurutnya kehidupannya di tahun 2036 berada pada dimensi yang berbeda dengan dimensi yang kini sedang kita jalani.

Hmmmm…. Percaya atau tidak, ini sebuah misteri! * (berbagai sumber)

Ulasan Salafi:

Memang agak fiksyen, namun mereka mempunyai kepakaran teknologi untuk melihat jauh ke depan. Teringat Allah swt menyatakan: “Jika kamu mempunyai kemampuan untuk menembusi langit, maka tembusilah…….tentu masih banyak rahsia dan misteri kehidupan yang disimpan dilangit dan cakrawala yang luas terbentang ini.

Sites yang mengulas John Titor:

id.wikipedia.org/wiki/John_Titor
www.johntitor.strategicbrains.com
www.johntitor.com


Ahad, Jun 06, 2010

YA ALLAH, SEGERALAH ENGKAU DEDAHKAN KEPALSUANNYA…..

Wawancara Ahmad Lutfi Othman dengan Ahli Parlimen PAS, Haji Mohamad Sabu, pada 14 Jun 1998, jam 11.15, di pejabat urusan TAMADUN.

Mungkinkah disebabkan pernah mengeluarkan lesen judi semasa menjadi Menteri Kewangan dahulu membuatkan Anwar ' berdiam diri' tanpa mengeluarkan sebarang ' fatwa ' sepertimana rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat terutamanya dari PAS!

Artikel ini adalah wawancara Tamadun (Julai 1998, 2 bulan SEBELUM Anwar dipecat) Dengan Mohd Sabu Mengenai Siapa Anwar Sebenarnya.

"Pada mula saya masuk dahulu saya dapati daripada empat jenis judi dikeluarkan tetapi apabila Anwar menjadi Menteri Kewangan, judi yang telah dihalalkannya telah bertambah menjadi sembilan jenis termasuk judi lumba kuda. Dahulu ada tiga tempat judi lumba kuda iaitu Ipoh, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Apabila dia menjadi Menteri Kewangan, ia telah bertambah di Sabah sehingga menimbulkan kemarahan ahli-ahli Parlimen di sana dan juga menimbul bantahan di Sarawak apabila judi lumba kuda juga hendak diwujudkan di sana. Begitu juga Genting Highlands menjadi pusat judi ketiga besar di dunia sekarang di bawah Menteri Kewangan yang berkuasa sekarang ini.

Jadi, apabila saya ceritakan perkara ini kepada Jemaat Islami itu, mereka terkejut. Katanya: ”We have a different view!” ”Kami tidak pernah mendengar cerita-cerita seperti ini!” Kata saya, sama ada orang beri fakta salah kepada kamu atau kamu naif dalam memahami keadaan itu. Sambung saya lagi Timbalan Perdana Menteri kami mempunyai hubungan yang baik dengan taukeh judi, Lim Goh Tong. Pada masa dia menjadi Ketua Pemuda, Anwar mudah mendapat bantuan Yayasan Gerak Bakti daripada taukeh judi."
Berbanding zaman Mat Sabu dua belas tahun lepas dengan zaman Dewan Pemuda PAS sekarang di lihat amat berbeza sekali. Dari empat lesen ke sembilan lesen judi yang diluluskan, tiada pula kelihatan ketika itu ahli-ahli dan para pemimpin PAS hendak berdemo di masjid-masjid berbanding dengan sekarang hanya ' lesen judi lama yang di hidupkan semula' begitu mendapat tentangan yang hebat sekali! Kelihatan Mat Sabu juga ' tupang sekaki berdemo ' untuk membantah, tetapi tidak pula ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan dahulu. Adakah kerana Anwar adalah ' seABIM' dengan Mat Sabu, maka perkara itu tidak perlu diperbesarkan!
Sebenarnya banyak lagi perkara-perkara lain yang mana Anwar telah banyak ' menghentam ' PAS ketika beliau di dalam kerajaan. Penulis memang bersimpati kepada penyokong-penyokong PAS? Kerana mereka terang-terang ditipu oleh pemimpin-pemimpin mereka dan si Penipu nombor wahid negara Anwar Ibrahim. Dilihat penyokong-penyokong PAS kini membabi-buta menyokong Anwar Ibrahim hingga sampai ke tahap yang boleh kita kata sebagai taksub. Segala-gala perkara yang dibuat Anwar Ibrahim benar, dan bagi mereka tak mungkin dia berbohong. TAHUKAH, DAHULU ANWARLAH YANG LANTANG MENGHINA PAS. Sama ada melalui media atau di dalam Parlimen, banyak kata-kata yang Anwar tujukan yang terang-terang menghina PAS.
"Pas gagal hormati prinsip Islam."
"Penyokong-penyokong Pas telah di brainwashed dan fanatik."
"Pas gagal majukan umat Islam."
"Pas suka gunakan slogan-slogan kosong."
"Dakwah Pas bukan cara Islam."
"Hujah Pas timbulkan fitnah."
"Pas hanya tonjol imej Islam palsu."
"Pas rela korbankan umat Islam."
"Pas telah ketepikan prinsip dakwah."
"Pas khianati orang Melayu".
"Pas tak ada akhlak" .
Adakah para ahli dan penyokong PAS marah apabila dengar kata-kata sebegitu? Jika ya, maka ahli-ahli dan penyokong PAS patut marah kepada si penipu Anwar Ibrahim, KERANA ANWARLAH YANG MENGATA SEGALA PERKARA DI ATAS TERHADAP PAS.
Berikut adalah petikan-petikan daripada akhbar, semasa Anwar dalam kerajaan.
Pas gagal hormati prinsip Islam
KUALA LUMPUR, Jumaat - Pas tidak menghormati peraturan dan prinsip moral Islam kerana berdiam diri apabila kerajaan Iraq yang disokongnya, melakukan keganasan terhadap rakyat sendiri, khususnya kaum Kurdis. Naib Presiden Umno, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Pas hanya mendewa-dewakan kepemimpinan Iraq tetapi menutup perkara sebenar mengenai keganasan dalam negeri yang dilakukan oleh kerajaan negara itu. (Berita Harian, 04/05/1991)
Anwar: Supporters of Pas brainwashed
KUALA TERENGGANU, Thurs. - Pas has succeeded in poisoning the minds of its supporters by not allowing them to question the credibility of statements made by party leaders in Harakah, its in-house newspaper, Finance Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim said today. He said Pas had used Harakah to criticise the Government's Islamisation effort to cover its own weaknesses. This was also why some of its supporters had become fanatics. (New Straits Times, 17/04/1992).
Pas gagal majukan umat Islam.
RAUB, Selasa - Naib Presiden Umno, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pas masih gagal melaksanakan program memaju dan membangunkan umat Islam sekalipun sudah menguasai satu negeri di negara ini. "Tiada gunanya asyik bercakap mengenai Islam sedangkan rancangan untuk mengangkat martabat umat Islam ke tahap tinggi tidak ada," katanya. (Berita Harian, 25/08/1993)Kepada penyokong PAS, jangan percaya kepada pemimpin PAS, kerana Anwar kata mereka menipu rakyat.
Anwar bidas taktik kotor Pas
DUNGUN, Isnin - Datuk Seri Anwar Ibrahim, membidas taktik kotor pemimpin Pas yang sanggup berbohong dan menipu rakyat menggunakan ayat al-Quran semata-mata untuk memenangi kerusi dalam pilihan raya. Timbalan Perdana Menteri, berkata antara contoh penipuan ke atas rakyat berhubung cadangan kerajaan mahu membuang perkataan Islam daripada Pas, tetapi pemimpinnya membohongi rakyat dengan menyatakan kerajaan mahu membuang Islam. (Berita Harian, 24/01/1995).
Pas hanya tonjol imej Islam palsu
PASIR PUTEH, Isnin - Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Pas hanya menyubur dan menonjolkan imej Islam palsu kerana di kalangan kepimpinannya penuh perbuatan menyeleweng, jahil atau menyembunyikan fakta sejarah dan kebenaran. Timbalan Perdana Menteri berkata, pemimpin Pas juga mempersendakan ayat al-Quran dan hukum, suka memaki hamun tetapi tidak pernah mengemukakan cadangan bernas, tidak pernah serius memperjuangkan nasib rakyat, malah sebaliknya menindas serta memesongkan akidah mereka. (Berita Harian, 21/03/1995)
Pas rela korbankan umat Islam: Anwar
KUALA TERENGGANU, Ahad - Pas rela menggadaikan masa depan umat Islam di negara ini apabila parti itu sanggup bekerjasama dengan DAP dan Parti Bersatu Sabah (PBS), kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut Timbalan Perdana Menteri, tindakan Pas meletakkan calonnya di kawasan majoriti bukan Islam di Pulau Pinang dan Sabah dalam pilihan raya sebelum ini sama dengan mengkhianati agama, maruah dan masa depan umat Islam di negara ini. (Berita Harian, 03/04/1995). Yang hairannya, Anwar sekongkol dengan DAP sekarang boleh pulak? Nampaknya demi kuasa, Anwar heran apa maruah dan masa depan orang Melayu....!
Anwar seru rakyat tolak Pas
HULU TERENGGANU, Selasa - Rakyat diminta menolak Pas kerana bersandiwara kononnya memperjuangkan kepentingan umat dan syiar Islam sedangkan pada masa sama membantu DAP melenyapkan kepentingan serta masa depan orang Melayu di Pulau Pinang, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. (Berita Harian, 19/04/1995)Tengok. Anwar pun mengaku DAP melenyapkan kepentingan orang Melayu.
Pas khianati orang Melayu.
CENDERING, Rabu - Tindakan Pas menggunakan perantaraan Parti Melayu Semangat 46 (S46) untuk bekerjasama dengan DAP mengkhianati dan mengorbankan masa depan orang Melayu dan umat Islam di negara ini. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kerjasama itu membuktikan seluruh pegangan Pas terpesong dan sanggup menggadai prinsip parti itu sendiri. (Berita Harian, 20/04/1995).
Pas cemar ukhuwah Islam
BACHOK, Rabu - Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pas menjalankan tarbiyah terhadap pemimpin dan ahlinya yang semakin ramai terpesong daripada ukhuwah atau persaudaraan Islam yang sebenar. Beliau berkata kebelakangan ini ramai pemimpin Pas mendakwa menjalankan prinsip dan perjuangan Islam, tetapi hakikatnya ia jauh menyeleweng. (Berita Harian, 20/04/1995)
Parti lawan tak ada akhlak
KUALA LANGAT: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan Pas memburuk- burukkan pemimpin Barisan Nasional (BN) dengan gelaran menghina, sebagai tidak berakhlak dan menunjukkan kelemahan parti itu yang mendakwa memperjuangkan Islam. Timbalan Perdana Menteri berkata, BN tidak pernah mengamalkan prinsip memburuk-burukkan orang lain, terutama sesama Islam kerana amalan itu tidak ada kesudahannya. (Harian Metro, 21/04/1995).
Lihatlah perangai Anwar. Bukankah ini menunjukkan Anwar adalah penipu terbesar Malaya? Bukankah pemimpin-pemimpin PAS dulu adalah seangkatan dengan Anwar semasa zaman Anwar sebagai mahasiswa? Namun bila Anwar berkuasa, rakan-rakan lamanya di PAS dihina. Semasa PAS tak diperlukan, Anwar mencaci PAS sebagai pengkhianat kepada umat Melayu. Anwar sendiri tahu apa agenda DAP, tapi demi kuasa sekarang ini dia sanggup biarkan DAP berleluasa.
DAP sedang menjadikan Anwar sebagai  jambatan merentasi PAS sebagai laluan menjadikan Malaysia dibawah jajahan kuasa mereka iaitu untuk menrealisasikan agenda PAP. Kini PAS dilihat berada dibawah jambatan diantara DAP dan PKR tanpa PAS dan penyokong-penyokong taksub mereka sedari taktik "command and conquer" DAP yang kini lebih terserlah untuk menghakis hak-hak Melayu dan mempertikaikan agama Islam.
Ini berlaku kerana Anwar telah mengatakan akan menjadi PM pada 16 Sept 2008 lepas walaupun semua tahu ia hanyalah pembohongan besar dan terpaksa menetapkan tarikh baru atau pada bila-bila masa.Dengan syarat PAS atau pun Pakatan Rakyat iaitu mestilah seorang Islam yang layak menjadi PM, DAP telah menggunakan Anwar sebagai jabatan memberi sokongan maximum kepada Anwar sebagai bakal PM dan bukannya dari golongan PAS disebabkan ideologi yang berbeza dan DAP lebih menerima ideologi PKR dari PAS.
Jika ianya berlaku, maka corak pemerintahan DAP akan menggunakan cara pemerintah "back door" yang sama seperti apa yang terjadi kepada Selangor dan Perak sebelum ini. Sebab itu jelas kita dapat lihat sekarang mengapa DAP walaupun menguasai kerusi pembangkang di parlimen, tetapi masih tetap mahukan Anwar sebagai ketua pembangkang!
Ditambah lagi  Anwar pernah menjanjikan jawatan TPM untuk DAP! Anwar berjanji akan mewujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri II yang dilantik di kalangan pemimpin DAP jika pakatan pembangkang menang Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
Matlamat Anwar ialah untuk memastikan momentum sokongan kaum Cina kepada pembangkang, sekali gus membolehkan beliau mencapai cita-citanya menjadi Perdana Menteri.
Dalam wawancara dengan akhbar berbahasa Cina, Nanyang Siang Pau yang disiarkan pada 26 Mei lalu, Anwar mendakwa pakatan pembangkang tidak mempunyai perasaan curiga jika ada di kalangan orang Cina layak menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Sambil memberitahu bahawa pakatan pembangkang sudah mewujudkan Kabinet bayangan, Anwar berkata, beliau telah dipilih menjadi calon Perdana Menteri. Pada masa yang sama, katanya, pakatan itu bersetuju menambah jawatan Timbalan Perdana Menteri namun ia belum diputuskan lagi. ‘‘Jika ada yang lebih layak daripada dua orang atau pun ada keperluan dalam politik, saya anggap tidak salah jawatan Timbalan Perdana Menteri itu ada dua orang, sebaliknya ia lebih baik,’’ katanya.
Anwar juga percaya, jika keadaan memerlukan Pas akan menerima jika calon Timbalan Perdana Menteri II daripada kalangan DAP kerana kesemua anggota pakatan mempunyai hasrat yang sama iaitu menyingkirkan Barisan Nasional (BN) dan memerintah kerajaan pusat. Dalam wawancara itu, Anwar mendakwa, walaupun konsep pemerintahan Pas berbeza dengan DAP, tetapi pada pilihan raya umum lalu, pakatan pembangkang telah banyak membuat perubahan.
Janji Anwar itu jelas membuktikan beliau sanggup melakukan apa juga dengan hasrat untuk mempengaruhi pengundi-pengundi Cina yang ditafsirkan oleh pembangkang semakin menyebelahi mereka. Penulis tidak dapat membayangkan dimanakah kedudukan PAS didalam Pakatan Rakyat ketika itu? Jika dilihat sikap Anwar dahulu dan sekarang, masih sanggupkah PAS ' bersekedudukan' dengan Anwar!
Ulasan Salafi:
Kenapakah PAS begitu mudah menerima sokongan Anwar untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional? Lupakah mereka bagaimana Anwar telah menambah beban perjuangan kepada PAS sebelum ini?. Dan seandainyalah memang PR akan menang selepas ini (PUM-13), apakah PAS akan diberi laluan untuk melaksanakan hukum-hukum Islam dan melaksanakan sistem khalifah? PAS akan berdepan dengan kepalsuan perjuangan Anwar dan DAP yang sudah terang lagi bersuluh anti hukum Allah. Tetapi, PAS dan seluruh ahlinya Cuma memekakkan telinga dan tidak menerima kenyataan ini.