
Disusun semula oleh:
Drs.Norazli Bin Aziz M.A.
Dalam bulan ini masih terdapat di kalangan masyarakat yang melakukan perkara bidaah dan khurafat yang jelas bercanggah dan bertentangan dengan syariat Islam. Kepercayaan karut tersebut bermula daripada amalan atau kepercayaan Masyarakat Arab pada zaman jahiliyah iaitu sebelum kedatangan agama Islam, sememangnya terkenal dengan amalan-amalan yang bercanggah dengan syarak. Perjalanan kehidupan seharian mereka sentiasa dibayangi oleh amalan-amalan syirik, tahyul dan khurafat yang dilarang Islam.



