Salafi pun hairan kenapa PKR perjudikan nasib dan masa depan rakyat Malaysia. Kenapa Datin Seri Wan Azizah sanggup letak jawatan dan serahkan kerusi yang merupakan amanah rakyat kepada suami?. Bukankah ini menjelaskan kepada kita, bahawa kerusi itu boleh diwarisi?. Sebab itu pemimpin-pemimpin PKR dan BA (Barisan Alternatif) yang lain ikut jejak.....letak jawatan sesuka hati, lompat sana-sini, demi kepentingan parti masing-masing, tanpa menyedari bahawa kerusi itu dimenangi hasil kepercayaan rakyat. Rakyat yang memilih, angkat mereka sebagai pemimpin. Kalau tidak mampu memimpin, kenapa tidak awal-awal lagi undur diri, supaya rakyat boleh mengadili sebelum pilihanraya.
Takpalah tinggalkan kerusi. Pangkat jawatan hanyalah perhiasan dunia. Ada yang letak jawatan semata kerana nak sambung belajar, ada yang letak jawatan kerana nak tumpu kepada keluarga........Dia tidak sedar dipundaknya terpikul amanah rakyat yang telah memberi kepercayaan kepadanya untuk mentadbir kehidupan mereka. Pilihan rakyat itu disia-siakan. Bila kerusi dikosongkan, boleh buat pilihanraya lain. Biar rakyat disibukkan dengan pilihanraya, berbalah sesama sendiri, biar banyak wang ditaburkan semata memenangi pilihanraya.
Salafi sependapat dengan Feriz, menurut akal yang sihat perbuatan seperti itu tidak terpuji. Apatahlagi dalam keadaan dunia yang tidak menentu dan negara yang sedang menongkah arus kegawatan ekonomi sejagat.
Sepatutnya, kita bersama membantu kerajaan yang terpilih. Beri sumbangan walaupun kecil kearah mengukuhkan dan meneguhkan kemampuan negara mendepani kegawatan yang sedang melanda
Dan seharusnyalah yang menjadi fokus kita sekarang adalah pencapaian kepimpinan setempat dan parti politik yang dipilih rakyat setahun yang lalu. Memang betul, sehingga ke saat ini parti-parti pembangkang terus menerus mengganggu gugat ketenteraman negara dengan berbagai isu dan desakan yang bukan-bukan!
Salafi teringat kepada tokoh yang perlu diketengahkan bertanggungjawab menghancurkan kepimpinan kerajaan Uthman Ibnu Affan, iaitu Abdullah bin Saba`. Beliau merupakan seorang pendeta Yahudi yang masuk Islam dipenghujung pemerintahan Uthman Ibnu Affan. Dia masuk islam dengan harapan memperoleh sesuatu dari kerajaan Uthman. Maklumlah, Abdullah bin Saba`merupakan pendeta agung dikalangan Yahudi dan mengharapkan Uthman memberikan penghormatan yang hebat sebagai mera`ikan beliau masuk Islam. Malangnya Uthman tidak berbuat seperti itu, sehingga membuatkan Abdullah bin Saba` rasa jengkel......tidak dihargai....
Rengkasnya, Abdullah bin Saba` telah memburuk-burukkan Uthman dan seluruh kepimpinannya. Abdullah telah berkempen memburuk-buruk dan menfitnah Uthman ke serata jajahan takluk, Mesir, Kufah dan lain-lainnya. Uthman dikatakan memakan harta rakyat, begitu juga gabenor-gabenor yang dilantik oleh Uthman penuh dengan sikap zalim dan memeras harta rakyat. Dan Uthman apabila mendapat tahu keadaan ini, hanya membiarkan saja tanpa berbuat apa-apa, "biarkanlah, mereka bukan benci Islam, mereka benci aku....." Hasil dari kempen tersebut, rakyat yang percaya kepada fitnah-fitnah itu mula bangkit memberontak di seluruh daerah, mendesak supaya Uthman meletakkan jawatan. Usaha golongan SABA`IYYAH` berjaya memporak-porandakan kepimpinan Uthman.Walaupun Uthman cuba menjawab segala isu-isu fitnah tersebut, namun gelora masyarakat tidak dapat dibendung lagi.
Mereka bangkit mendesak, turun ke jalan-jalan.....ada yang bergerombolan datang mengepung rumah Uthman untuk membunuhnya. Walaupun dikalangan sahabat seperti Saidina Ali KW turun membantu, Uthman melarangnya. Puak-puak Sabaiyyah telah merempuh masuk ke dalam rumah dan menghentak kepala Uthman dengan pedang, sehingga darah Uthman mengalir membasahi mashaf alQuran yang sedang dibaca. Berlakulah suatu peristiwa yang besar dalam sejarah islam iaitu pembunuhan khalifah....Hebat impak dari usaha Saba`iyyah.
Janganlah kita berniat seperti itu, hanya kerana nak melaksanakan niat dendam kesumat. Nasib rakyat diperjudikan.Negara terdedah kepada musuh-musuh luar.
Assalamualaikum wbt.
BalasPadamSaya kagum dengan kupasan saudara Teruskan menulis. Kalau punya waktu dan sudi, mohon hubungi saya. Saya ingin menuntut ilmu dari saudara.
FERIZ OMAR
019-278 5888