Isnin, Februari 17, 2014

JEMAAH GEREJA KAJANG BERTEPUK TANGAN : ANWAR BERI PENGHARAPAN MASA DEPAN




Disusun semula oleh
Taming Sari

Rujukan kepada www.dinturtle.blogspot.com, setuju memang terbaik angle juru foto TMI ambil gambar Anwar sedang berkempen dalam sebuah gereja di Kajang, ia telah menjadi salah satu pic evergreen beliau....Kat masjid tak boleh kempen, gereja pun jadik..

Pastinya Anwar bercakap mengenai pendiriannya tentang isu kalimah Allah, mustahil beliau tak sebut. Dah tentu Anwar memberi harapan kepada penganut lain, Kristian khususnya boleh menggunakan kalimah Allah sekiranya beliau diangkat menjadi ADUN Kajang atau Perdana Menteri Malaysia, dan dapat menawan PutraJaya. Sebab itu Jemaah Gereja bertepuk tangan. Anwar telah memberikan pengharapan, Muslim toleran membenarkan agama lain gunakan kalimah Allah...Allah dalam Islam pun benarkan kongsi nama...agaknya begitulah kata Anwar.




Kenyataan beliau mengenai kalimah Allah hanya dalam versi Bahasa Inggeris, versi Melayu ditiadakan. Bijaksana....

"When i asked an internasional scholar about it, he asked me what kind of question that was. I told him if was UMNO`s question, so he explained that Muslims recite five times a day: "Praise be to Allah, Lord Of Heaven and Earth"

" So, if Allah is Lord for entire universe, how can there be limitations?" Anwar pointed out.

Jika Allah adalah Tuhan Semesta Alam, kenapa harus ada batasan? (Limitation) dan menyifatkan soalan tentang penggunaan kalimah Allah oleh Kristian adalah satu soalan yang REMEH dan tidak harus dilayan (Subject unworthy of debate). 

"Jika Isu Allah itu berkaitan Aqidah, pendirian UMNO harus menyeluruh bukannya dibenarkan di Sabah dan Serawak tapi dilarang di Semenanjung".

Kemudian Anwar berjenaka diluar konteks isu kalimah Allah yang bagi saya juga tambah mengelirukan rakyat: "He then joked that this meant that a person who boarded a flight from Kuching to Kuala Lumpur will say " InsyaAllah i`m going to KL" When he gets on the flight but when he lands, he will have to say "Alhamdu Lord"....

Taming Sari:

Mana pegi ulama-ulama Islam dalam PAS, kenapa berdiam diri apabila melihat Anwar melacurkan kalimah Allah? Demi kemenangan segala cara dihalalkan...Sepatutnya dia memperjelaskan batas-batas toleransi yang diajar dalam Islam. Bukan sebaliknya menagih undi dan simpati.

Kenapa Anwar tidak gunakan platform gereja itu bagi tujuan DAKWAH yang sebenar (kalau nanti Anwar dakwa yang beliau bukan kempen politik) iaitu menerangkan perbezan-perbezaan konsep Allah yang diterima pakai antara Islam dan Kristian yang menjadi isu utama dan kenapa majoriti umat Islam negara ini membantah?

Kenapa tidak dijadikan contoh2 kes para Muballigh Kristian yang terbukti menjalankan usaha-usaha dakyah Kristianiti kepada umat Islam menggunakan alKitab dan risalah-risalah yang mengandungi kalimah Allah bagi merujuk konsep Ketuhanan Triniti mereka?. Mereka tegas menerangkan konsep Triniti tanpa kompromi dengan agama-agama lain. Sedangkan kita Umat Islam, awal-awal lagi kita telah ditanam sejak kecil, wajibnya beriman dengan Injil yang asal. Bermakna Islam dah tunjuk toleransinya lebih awal...

Sebab itu majoriti Umat Islam membantah! Tetapi Anwar memilih untuk membodek penganut Kristian untuk mendapatkan undi mereka di Kajang, dengan mengelak membicarakan isu sebenar. Demi memenangi DUN Kajang, kalimah Allah dijual kepada agama lain. Allah kita yang Esa nak dikatakan sama dengan Allah mereka 1 dalam 3....,dan jemaah gereja pun bertepuk sorak sakan dan bersetuju akan mengundi dan mengangkat Anwar sebagai ADUN Kajang demi kesinambungan agama mereka.




Jangan kita sokong kerja-kerja penghalalan cara ini.



Renung-renungkanlah, dan belum terlambat untuk kita perbetulkan i`tiqad yang Soheh.

17.02.2014 Isnin 2.05 pg

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ADUKAN ISU DAN MASALAH ANDA