Isnin, Mei 13, 2013

MARI LEBARKAN SILATURRAHIM DAN LEBURKAN PERBEZAAN IDEALOGI..

Di susun semula oleh
Taming Sari Moden

Pilihanraya Umum 13 telah pun berakhir, sepatutnya tidak kedengaran lagi suara-suara yang mengajak manusia berhimpun melakukan protes lagi ke jalan-jalan.
Malangnya, suara tidak puas hati itu masih kedengaran. Anwar Ibrahim masih lagi menghasut rakyat supaya turun ke jalan-jalan memprotes PRU13 yang telah pun berlansung dalam suasana yang harmonis tanpa berlaku sebarang huru-hara dan insiden-insiden yang dikatakan kotor sebagaimana yang diwar-warkan oleh pihak pembangkang. Kepada seluruh umat Islam di Malaysia, cukuplah PRU13 ini kita lalui dengan hilangnya rasa silaturrahim sesama muslim, bahkan ada yang berjihad ke arah memastikan berterusannya agenda perpecahan dikalangan umat Islam. Marilah kita bersatu, tanpa meleburkan idealogi yang kita pegang, semoga dengan penyatuan ini akan menzohirkan kekuatan dikalangan kita, umat Islam untuk berdepan dengan musuh dan pengkhianat agama, bangsa dan negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ADUKAN ISU DAN MASALAH ANDA