Ahad, Oktober 09, 2011

KHATIB/IMAM MASJID MENGUTUK MEDIA DARI ATAS MIMBAR JUMAAT



Disusun oleh Taming Sari

Salah seorang Khotib dan juga Imam di Masjid Saidina Umar Ibn Al Khaottob Cenderawasih, Kuantan telah menggunakan pentas mimbar sekali lagi menyelar sebahagian media arus perdana yang mengikut pertunjuk Yahudi yang suka menyembunyikan kebenaran dan fakta-fakta terutama, apakah sebenarnya yang berlaku di dunia Islam pada hari ini.
Media dipersalahkan kerana mengikut arahan pemimpin yang zolim, mendiamkan berita-berita penindasan ke atas umat Islam di negara lain. Sebenarnya bukan kali ini para Imam dan pegawai masjid tersebut membaca khutbah berbaur elemen kepartian dan hasutan tetapi perkara ini sejak sekian lama didiamkan oleh masyarakat sekeliling.

Taming Sari difahamkan, bukan sahaja mereka bebas memanggil penceramah-penceramah dari parti pembangkang mengisi kuliah magrib di masjid tersebut, malah semua guru takmir UMNO telah dinyahkan oleh pengurusan masjid itu. Taming Sari hairan, kenapa tindakan mereka ini dianggap `betul` dan sakral oleh pengikut-pengikut mereka sehingga tiada siapa yang berani memperbetulkan keadaan tersebut. Salah seorang AJK dari pengikut mereka menyatakan kekesalan diatas sikap yang melampau batas dan telah sekian lama mereka menjalankan aktiviti-aktiviti propaganda kepartian.

Tidak hairanlah dimasjid itu terdapat ruang dinding yang meletakkan segala poster aktiviti parti politik pilihan mereka. Seolah-olahnya masjid tersebut dibina, dibangunkan oleh kerajaan pembangkang. Mereka lupa, bahawa kerajaan yang membinanya adalah kerajaan BN, elaun yang mereka makan, pakai guna juga adalah sumbangan kerajaan, mereka sapu semuanya tetapi mengkhianati kerajaan pula. Taming Sari nak berpesan kepada Khotib berkenaan, supaya cukup-cukuplah menghasut jamaah agar membenci kerajaan yang ada. Bacalah khutbah yang telah disediakan oleh Majlis Agama Islam dan Jabatan Agama Islam itu, daripada membaca `buku jingga` dan buku hijau. Khotib tersebut memang bersemangat menyelar para pengamal media supaya jangan ikut telunjuk Yahudi, tetapi `tang` baca ayat Quran tu banyak yang salah, tersasul dan tergagap-gagap. Buatlah perkara yang paling utama dan berusahalah mengislah sesama manusia, bukan menjadi batu api.....





Taming Sari mahu mencadangkan supaya Pejabat Agama Islam Pahang menyiasat semula perlantikan AJK masjid tersebut yang dikatakan tidak sah. Pada bulan Mac, telah ada cadangan nama-nama yang dipilih duduk dalam Jawatankuasa masjid tersebut tetapi hilang entah kemana.

Kalau orang UMNO guna paltform masjid untuk kempen parti, dah tentu mereka repot pejabat agama, dan menuduh UMNO guna masjid untuk berkempen parti. Tetapi sebenarnya, mereka lebih `advance` lagi dalam menggunakan platform tersebut. Mohon Majlis Agama Islam dan Pejabat Agama Islam Pahang jangan bersekongkol dalam menghalalkan segala perbuatan mereka.......Jangan jadi pengkhianat bangsa, agama dan negara..

Taming Sari Salafi Moden

Tiada ulasan:

Catat Ulasan