Isnin, Jun 07, 2010

JUDI BOLA: IKUT ISLAM ATAU IKUT PARTI?




Oleh Tamin Sari


Isu ini memang dah lama. Tapi macam baru semalam ia diperkatakan orang. Walaupun isu ini agak dah lama, tapi apabila salafi duduk di kedai-kedai kopi bersama rakan-rakan lain, Pak Pak Ustaz, bahkan orang-orang awam  masih sibuk memperkatakannya. Walaupun isu lama, tapi valid untuk diperkatakan sepanjang masa, terutama untuk menyalahkan BN dan UMNO yang dikatakan selama ini bergendang kuat mengisytiharkan Malaysia sebuah negara Islam Progresif.


Sebahagian dari mereka terus memojok kerajaan sebagai sebuah kerajaan yang sekuler, kenapa luluskan lesen judi, kenapa menghalalkan sesuatu yg telah diharamkan Allah secara Qoti`e. Kenapa ulama-ulama, kadi dan mufti-mufti, JAKIM dan badan-badan agama yang lain, ustaz-ustaz UMNO membisu seribu bahasa tidak mahu membantah bahkan mendiamkan sahaja perlaksanaannya? Kenapa jadi ulama bisu? Dan mereka menyuarakan fatwa apa hukum ustaz-ustaz dan para ulama menyokong sebuah kerajaan yang mempertahankan halalnya judi?. Ni gendang-gendang yang masih dipalu kuat di kedai-kedai kopi oleh `peguam-peguam politik swasta`, terutama dari pihak pembangkang.

Dalam hal ini, bukan Salafi bermaksud mempertikaikan keharaman judi itu. Judi tetap haram sampai qiamat, Cuma Salafi nak bawa pikiran bersama, kenapa isu ini dipolitikkan, kenapa melalui isu judi ini, umat islam saling menyalahkan orang lain, dalam masa yang sama memuji dan mengangkat diri sendiri. PAS dan seluruh parti yang sekutu dengannya menggunakan isu judi ini untuk menyingkirkan UMNO dan sekutu-sekutunya. Oleh kerana BN telah meluluskan lesen judi, maka supaya tidak bersubahat pakat ramai-ramailah isi borang PAS atau PKR atau DAP, pakat ramai-ramailah kita keluar UMNO/BN. Seolah-olahnya hanya firqah PAS sahaja akan membawa kita ke syurga. UMNO dan sekutu-sekutunya hanya akan membawa kita ke neraka. Dalam isu judi ni, kita lebih berdakwah mengajak orang sertai parti daripada mengajak orang memahami Islam itu sendiri. Parti bukanlah Islam dan islam bukan bermakna parti. Keluar parti takpa, keluar islam murtad. Menolak parti bukan bermakna menolak islam.

Jangan faham parti itu adalah islam. Jangan samakan parti itu adalah Islam. Seseorang yang mahu masuk Islam, wajib mengucap dua kalimah syahadah, masuk parti tidak wajib mengucap dua kalimah syahadah, Islam menjadikan alQuran dan alHadis sebagai panduan, parti pula menjadikan undang-undang tubuhnya sebagai panduan. Islam tidak ada Presiden, Ahli Jawatankuasa Agong, Ketua Bahagian, Cawangan Ketua Pemuda dan lain-lain jawatan, parti mesti ada jawatan tersebut, Islam disebar dan diperjuangkan oleh Rasulullah, tiada rosul dalam parti-parti, Pemimpin PAS pun bukanlah rosul. Islam dianut oleh manusia dan jin, PAS contohnya, hanya terbatas dikalangan manusia sahaja, jin tidak dibenarkan jadi ahli. Islam boleh dianuti oleh selurug warga dunia, PAS-UMNO-PKR hanya boleh dianggotai oleh warganegara Malaysia sahaja.......itu sedikit perbezaan. Islam tidak boleh pecat penganutnya, parti boleh pecat ahlinya. Dalam Islam dilarang keras caci-maki, mencarut, menfitnah manakala dalam parti seperti PAS contohnya, tiada larangan malah menjadi amalan harian dikalangan mereka.

Kalau kita samakan parti itu adalah Islam, maka sebab itu sesiapa yang berlainan parti dengan kita, bermakna mereka telah terkeluar dari islam, tak layak di tegur sapa, tak layak di beri dan jawab salam. Sembelihan mereka tak boleh makan, kalau jadi wali hakim sekali pun, akad nikah itu tak sah. Bahkan kita menghalalkan apa saja dilakukan ke atas orang yang tidak sehaluan pemikiran/idealogi dengan kita, Hatta halal diperangi. Fahaman ketaksuban parti inilah yang sedang berakar umbi dalam pemikiran PAS/PKR, dan sebahagian ahli UMNO.

Kita dilarang taksub dengan parti, taksub dengan individu, taksub dengan pendapat sendiri, sebaliknya kita wajib taksub dengan Islam. Kita wajib pertahankan islam jika ada agama lain yang mempertikaikan kesempurnaan Islam.

Parti adalah wasilah untuk menyempurnakan Islam, bukan matlamat. Sepatutnya gunakan platform parti demi menjayakan perintah dan hukum-hukum Allah. Jangan tengok pada brand, nama sahaja. Mentang-mentang UMNO (United Malayan National Organisation) tu dalam bahasa Inggeris, maka ia parti yang tidak islamik, parti liberal dan sekuler. Macamana kalau esok lusa UMNO ubah nama kepada Parti Islam juga? Dan bila label dengan parti Islam, sekadar melihat pada nama, maka inilah hizbullah (parti Allah). Belum tentu. Hakikatnya, kedua parti hanya sekadar parti, melaksanakan demokrasi yang bukan sistem yang diperkenal oleh islam sekalipun. Islam hanya mengiktiraf sistem khalifah, bukan demokrasi yang diperkenalkan oleh Barat ke dunia Islam.

PAS guna cara itu, UMNO guna cara itu, bahkan seluruh dunia.

UMNO gunakan parti untuk menjayakan keharmonian, cuba menjulang Islam sekadar yang termampu oleh mereka. Bukan meletakkan parti adalah segala-galanya. Selagi nama parti, pasti tentu ada kelemahan-kelemahannya. Sepatutnya kelemahan yang berupa sindrom dalam UMNO ini perlu diperbetulkan segera demi kesejahteraan bersama. Bukan kita bakar kelambu, kita tebuk lantai kapal, telor sebiji riuh sekampung...! PAS dan PKR pun ada kelemahannya, Cuma ahli UMNO/BN terdidik sejak dulu supaya “kalau tak jadi bunga yang harum, jangan pulak jadi langau yang merusak bunga...”Apabila UMNO/BN dilanda sindrom, sepatutnya jangan lompat parti, jangan ambil kesempatan membuka aib orang pijak kepala orang lain, naikkan nama sendiri demi mementingkan kepentingan pribadi sendiri.

PAS mengutuk kerajaan BN kerana membenarkan berbagai kegiatan dan perniagaan yg tidak dibenarkan islam. Sewaktu kempen pilihanraya umum 1990, PAS pernah berjanji akan mengharamkan semua kegiatan judi dan arak. Pada 19 November 1992 kata Nik Aziz “Kita mengharamkan sama sekali penjualan judi. Sementara penjualan arak, ianya hanya dibenar jual oleh orang yang bukan islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan islam menikmatinya.

Manakala pada 26 November 1994 lebih menarik lagi, apabila Tuan Guru Nik Aziz mengatakan, Pendapatan hasil cukai daripada arak dan lesen anjing boleh diguna pakai untuk umum. Sebab itu Kelantan menggunakan hasil cukai arak lesen anjing dan sebagainya (tentu termasuk babi) bagi menampung kos membuat jalan dan projek pembangunan lain. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam.

Sama juga ketika PAS menang di Kedah, MB Azizan Abdul Razak berkata yang Kedah tidak akan mengharamkan penjualan arak dan judi jika orang-orang Cina (DAP) dan orang bukan islam yang lain merasakan bahawa perjudian dan minum arak adalah sebahagian dari cara hidup mereka, maka kerajaan PAS tidak akan mengharamkannya dijual secara terbuka. Menteri Besar Azizan Razak dipetik sebagai berkata:”Kerajaan PAS Kedah akan terus memberikan lesen untuk penjualan arak dan pusat perjudian selagi mana yang diperlukan di Kedah”. Manakala mengenai penjualan daging babi secara tertutup yg dikuatkuasakan oleh kerajaan sebelumnya, MB Azizan berkata mereka akan membenarkan penjualan gading babi secara terbuka bagi memudahkan kaum bukan melayu membelinya.

Agak menghairankan juga apabila melihatkan gelagat ahli-ahli dan para pemimpin PAS tentang isu judi bola ini. Mengapa mereka beria-ia sangat membantah apabila kerajaan BN meluluskan judi bola sempena pertadingan bolasepak piala dunia yang akan berlangsung tidak berapa lama lagi. Setiap minggu kelihatan mereka akan berdemo dimasjid-masjid di seluruh negara. Pemimpin mereka silih berganti mengeluarkan `fatwa` masing-masing mencemuh kerajaan kerana dikatakan `menghalalkan` judi bola.
Berjudi itu selamanya haram. Orang melayu islam, orang UMNO sendiri tidak semua berjudi kerana mereka tahu judi itu adalah haram. Tetapi bukankah judi dibolehkan untuk oang bukan islam/melayu? Tuan Guru Nik Aziz dan Ustaz Azizan sendiri pernah berkata jika sesuatu yang sudah menjadi budaya atau cara hidup bagi bukan islam, jika ianya diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan islam menikmatinya (berjudi dan sebagainya).

Oleh itu, apa bezanya dengan kelulusan yg diberikan oleh kerajaan PAS di Kedah dan diKelantan dengan kelulusan yg diberikan oleh kerajaan BN kepada judi bola? Mungkin jga kerajaan BN memikirkan untuk menjaga hati orang yang bukan melayu, maka lesen judi bola dibenarkan. Mengapa perlu ada `double standard` dalam membuat keputusan?

Adakah ini bermakna kalau PAS boleh buat, BN tak boleh? Bukankah PAS selalu mencanangkan bahawa rakyat sudah cerdik dan sudah tahu membezakan antara kaca dan permata, jadi mengapa PAS perlu risau! Kalau PAS dah tahu arak dan judi itu haram disisi islam tidak perlulah berdalih untuk mempermainkan hukum demi menjaga hati bukan islam.

Semasa PAS memberi kelulusan lesen judi, arak dan sebagainya kepada bukan islam, adakah mereka pernah terfikir yang orang islam juga akan turut sama berjudi dan minum arak? Tentu tidak....dan mungkin tiada syak wasangka. Bermakna mungkin PAS terfikir bahawa tidak akan ada orang islam di Kelantan dan di Kedah yg nak berjudi dan minum arak jika mereka tahu perkara itu adalah haram disisi Islam, mungkin kerajaan BN pun berfikiran yang sama.

PAS harus ingat bahawa orang Melayu Islam dinegara ini bukan semuanya suka berjudi. Bagi Salafi dan juga Belantan (rujuk belantan.blogspot.com) setuju bahawa semua ini bergantung kepada individu islam itu sendiri. Kalau dah tahu hukumnya haram, tak sepatutnya lagi kita berjudi. Tidak perlu berprasangka buruk terhadap orang melayu Islam lain dinegara ini kerana mereka pun tahu membezakan yang mana halal dan yang mana haram. Salafi juga sependapat jika semuanya diharamkan sama sekali, samada arak,judi dan sebagainya, tetapi bagaimana pula reaksi  bukan islam nanti.


1 ulasan:

ADUKAN ISU DAN MASALAH ANDA