Isnin, Februari 22, 2010

PENYELEWENGAN BAZAAR TOK GURU


Oleh Taming Sari


Satu laporan polis telah dibuat
oleh Ketua Penerangan Pemuda UMNO Negeri Kelantan, Che Othman bin Che Wil@ Ismail terhadap satu kenyataan Menteri Besar Kelantan, YAB Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam akhbar tempatan (Utusan Malaysia - 16hb Januari 2010) di mukasurat 3 yang bertajuk "KERAJAAN KELANTAN BUAT SILAP"., dimana menyatakan bahawa kerajaan Kelantan telah membuat kesilapan sehingga menanggung kerugian sebanyak RM 50 juta dalam projek pembinaan Bazaar Tok Guru.

Sebelum ini Menteri Besar Kelantan tersebut mengaku kerajaan negeri telah melakukan kesilapan teknikal dan terpaksa membayar sejumlah wang bagi mendapatkan semula aras bawah bazar yang dibangunkan secara bersama antara Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dan sebuah syarikat swasta. Kesilapan kerajaan negeri itu telah didedahkan oleh bekas Pegawai Perhubungan Awam PMBK, Syed Azidi bin Syed Abdul Aziz, melalui blognya, kickdefella.blogspot.com. Blog ini mendakwa kerajaan negeri terpaksa membayar sebanyak RM 23 juta untuk mendapatkan semula aras bawah bazar berkenaan daripada pemaju kerana mahu emnunaikan janji Pilihan Raya Umum 2008 kepada para peniaga di Arked Uda dan pasar MPKB.


Kerajaan PAS Kelantan ketika itu berjanji para peniaga asal akan ditempatkan semula di aras bawah bangunan berkenaan dengan harga mampu milik, namun kemudiannya mereka dimaklumkan akan ditempatkan di tingkat 1 dan 2.

Laporan polis dibuat ekoran rasa terkilan berkenaan perkara tersebut dan adalah menjadi tanggungjawab Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan yang mewakili generasi muda menggesa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat siasatan berhubung perkara tersebut.

Laporan tersebut mengandungi beberapa persoalan penting:

  1. Apakah ada konspirasi disebalik pembelian Bazaar Tok Guru yang seolah-olah dirancang dan keuntungan dikaut untuk kepentingan syarikat terlibat iaitu Syarikat Sensatimur
  2. Menggesa dan menyiasat siapakah sebenarnya yang berada disebalik tabir syarikat terbabit atau ada kepentingan lain.
  3. Menyiasat apakah motif sebenar yang dilakukan oleh YAB Menteri Besar Kelantan sehingga sanggup membayar RM50 juta dengan alasan telah berlaku kesilapan teknikal.
  4. Siasatan teliti dan terperinci perjanjian yang dibuat antara Kerajaan Negeri bersama syarikat terbabit yang berkemungkinan ada perjanjian yang dapat menguntungkan individu tertentu dibawah pimpinan kerajaan negeri.
  5. Siasatan terhadap ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) mengikut prosedur dibawah undang-undang Kerajaan Negeri.
  6. Siasatan terhadap perkara-perkara atau  di dalam pentadbiran kerajaan yang terus berleluasa di dalam pentadbiran kerajaan negeri khususnya PMBK ygv diterajui utama dalam pentadbiran kerajaan negeri khususnya PMBK yang diterajui oleh saudara Abdul Ariffahmi Ab Rahman (menantunya) YAB MB Kelantan.

Taming Sari

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ADUKAN ISU DAN MASALAH ANDA