Isnin, Februari 22, 2010

ORANG BUKAN MELAYU LAYAK MENJADI MENTERI BESAR KELANTAN



Oleh Taming Sari

Lama jugak Taming Sari tak kunjungi blog ni.
Memang sibuk yang amat sangat. Rasanya memang lambat lagi la ada masa lapang untuk menulis kembali, tapi...Taming Sari rasa sentiasa terpanggil untuk memberi komen dan pandangan mengenai banyak isu-isu yang sedang berlegar di dalam masyarakat Malaysia hari ini. Sekurang-kurangnya ada jugak sumbangan walaupun sekelumit cuma, kearah sebuah negara yang aman, damai. Dan yang penting ada jugak sumbangan untuk menyatupadukan ummah yang semakin hari semakin nampak perpecahan yang semakin melebar dalam masyarakat.

ORANG BUKAN MELAYU LAYAK MENJADI MENTERI BESAR KELANTAN?

Ni...ada apalagi wahai Tok Guru?. Tak habis-habis mencipta isu dan provokasi...Menteri Besar Kelantan, YAB Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat sedia meminda Undang-undang Tubuh Negeri bagi memberi peluang kepada orang bukan Melayu yang memeluk Islam untuk menjadi Menteri Besar Kelantan. Salafi faham apa maksud Tok Guru tu. Asalkan seseorang tu sanggup peluk Islam, maka orang yang bukan Melayu layak untuk menjadi Menteri Besar Kelantan. Siapa yang mahu jadi MB Kelantan, maka mesti peluk Islam dulu. Maknanya orang-orang Melayu di Kelantan akan hilang hak mereka untuk kekal sebagai Tuan di bumi mereka sendiri. Hak itu telah dihilangkan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz sejak lama dulu. Maka dengan ini samalah fahaman Malaysian Malaysia yang diperjuangan oleh DAP hari ini, iaitu semua kaum samarata, samarasa, tanpa diberi apa-apa keistimewaan kepada Tuan Punya Tanah Melayu ni.

Kenyataan ini beliau keluarkan selepas Majlis Perasmian Ijtimak Ulama Muda Negeri Kelantan 2009 di Kota Bharu pada 28hb Disember 2009.Kenyataan tersebut memang dah lama, tapi Taming Sari masih hairan macamana kenyataan itu boleh lahir dari seorang yang boleh dianggap Tok Guru, yang mewakili seluruh umat Islam khususnya di negeri Kelantan dan sebagai orang yang dipilih oleh rakyat Kelantan beragama Islam dan berbangsa Melayu, tergamak menghilang dan merubah undang-undang Tubuh negeri Kelantan, semata-mata nak memberi laluan kepada rakan kongsinya untuk menjadi Menteri Besar Kelantan pada masa yang akan datang. Apakah rakyat Kelantan tak berasa apa-apa dengan kenyataan itu?. Mana perginya Tok Bahaman dan Tok Janggut bagi mempertahankan ketuanan Melayu yang sedia termaktub di dalam perlembagaan persekutuan?.Kemana perginya maruah orang Melayu di bumi Kelantan?

Taming Sari perhatikan, Menteri Besar Kelantan sering mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan imej serta sensitiviti orang Melayu, sekaligus mengabaikan amanah yang diberikan oleh rakyat Kelantan kerana beliau membiarkan dirinya diperkuda oleh pihak pembangkang seperti DAP dan juga Pakatan Keadilan Rakyat (PKR). Dan memang ada benarnya, jika cadangan yang tidak relevan itu dibiarkan akan menyebabkan orang yang bukan melayu akan memeluk Islam semata-mata mahu menjawat jawatan tersebut. Ini menunjukkan tiada keikhlasan dalam memeluk agama Islam bagi orang Kafir serta orang Melayu Kelantan suatu hari nanti akan menjadi pengemis dinegeri sendiri.

Pendekatan ini dilihat untuk mengundang kepentingan politik agar sokongan terhadap PAS oleh kaum bukan melayu terutama dari kaum Cina dan kaum India bertambah. Kenapalah Tok Guru sanggup menggadaikan masa depan negeri Kelantan hanya nak beri laluan kepada orang yang bukan Melayu menjadi Menteri Besar Kelantan?. Apakah dah tidak ada tokoh orang melayu muslim Kelantan lagikah yang ada kelayakan untuk menjadi pemimpin di Kelantan?.

Taming Sari : Sedarlah wahai orang Melayu Islam di Kelantan......Masyarakat Kelantan perlu bangkit mempertahankan Undang-undang Tubuh Negeri Kelantan yang sejak dulu mempertahankan ketuanan Melayu. Dah cukuplah Tok Guru mengeluarkan cadangan dan akhirnya ternyata hanya dapat meraih kepentingan politik kerana pada hakikatnya isu ini bukan sepatutnya dimainkan di negeri yang masyarakat Melayunya melebihi 90 peratus.

Taming Sari Morden

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ADUKAN ISU DAN MASALAH ANDA