Selasa, Februari 23, 2010

"ADA FIRA`UN-FIR`AUN KECIL DALAM PKR..".


Oleh Taming Sari

Sikap dan ketegasan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin
, yang tidak lagi memperdulikan amaran kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), mencetuskan semangat baru dikalangan umat islam negara ini yang enggan membenarkan mana-mana ahli politik menghalalkan cara termasuk membenarkan penganut agama lain (Kristian bermazhab Katolik) menggunakan kalimah Allah dengan membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi terhadap Ahli Politik Shah Alam, Khalid Samad.


Walaupun berdepan tekanan daripada kepimpinan dan ahli parti sendiri serta rakan seperjuangannya iaitu, Datuk Zaid Ibrahim yang lantang mendesak PKR supaya memecat beliau, Zulkifli tetap dengan pendiriannya dalam memperjuangkan Islam dan sanggup menerima apa juga risiko termasuk dipecat dari PKR

Krisis ini terjadi apabila beliau membidas kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam daripada PAS, Khalid Samad yang disifatkan sebagai menghina Islam apabila bersetuju Kristian bermazhab Khatolik menggunakan kalimah Allah untuk merujuk Tuhan mereka.

Dalam blognya juga beliau masih mempertahankan ketegasan beliau dalam mempertahankan kalimah Allah apabila ada gesaan supaya beliau dipecat daripada PKR kerana membuat laporan polis tersebut. Beliau merujuk terdapat firaun-firaun kecil di dalam PKR yang menjadi penghalang wakil-wakil rakyat melayu PKR dari menyatakan kebenaran dalam isu ini.

Salafi: Pendirian ini ternyata berbeza dengan sikap penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sanggup melakukan apa sahaja demi politik. Ini jelas apabila dalam isu penggunaan kalimah Allah, Anwar mempertahankan bahawa ia berhak digunakan oleh bukan Islam.

Salafi juga berpandangan: Pada asalnya memang agama lain boleh guna kalimah Allah, kerana banyak sangat dalil dan nas yang membolehkannya. Bahkan sebelum Islam datang melalui diutusnya Rasulullah saw pun, orang-orang Arab Jahiliah telah lama menggunakan kalimah Allah. Nama baitullah, nama bapa nabi sendiri dengan Abdullah......sebagai bukti mereka dah lama guna kalimah Allah, tetapi sekadar percaya sahaja adanya Allah, tetapi masih melakukan kerja-kerja syirik, mereka masih menyembah berhala-berhala dan mengadakan perantara-perantara antara mereka dengan Allah.

Tapi dalam konteks negara Malaysia. Kita perlu kuat-kuasakan undang-undang untuk memelihara kalimah ini, Lafzul Jalalah ini supaya tidak digunakan sewenang-wenangnya oleh agama lain. Justru itu kita lebih bernasib baik kerana kita ada perlembagaan yang memperuntukkan dalam perkara 3 (1) perlembagaan, Islam adalah agama persekutuan. Maka perlulah Islam, syiar islam diberi keutamaan lebih daripada agama lain. Penganut agama lain harus akur dan menerima kepelbagaian ini. Jika mereka persoalkan, bermakna mereka telah menyentuh dan mempertikaikan perlembagaan dan rukun negara yang menjadi asas terbentuknya sebuah negara Malaysia. Itulah untungnya rakyat Malaysia, terutama umat islam sendiri. 

Taming Sari

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ADUKAN ISU DAN MASALAH ANDA