Ahad, Oktober 18, 2009

TRANFORMASI BN, PEMBANGKANG MULAI RESAH




"Manusia ada kelemahan, kekurangan dan kelebihan masing-masing.
Adakala kita terlelap, terleka. Jika hidup sekadar cari kelemahan dan kekurangan, maka itu saja yg kita dapat. Tetapi jika kita himpunkan kelebihan-kelebihan insan, nescaya banyak kebaikan yg mampu kita laksanakan sebelum mati...."

Firman Allah:
Wahai org2 yg beriman sesungguhnya kami ciptakan kamu terdiri drp lelaki, perempuan, berbangsa-bangsa, berkabilah-kabilah, supaya kamu saling mengenali satu sama lain (silaturrahim), sesungguhnya yang lebih mulia diantara kamu disisi Allah adalah yang lebih bertaqwa...." (alHujurat)


PEMBANGKANG MULA RESAH TRANFORMASI BN

Oleh Taming Sari

Bagaimana sikap kita kepada seseorang yang cuba mengubah dirinya kearah yang lebih baik lagi? Kalau dulu, dia seorang yang jahat, perasuah, perosak, pemecah-belah masyarakat, tiba-tiba menyatakan hasratnya untuk berubah. Bukan setakat menyatakan HASRAT, malah dia berusaha bersungguh-sungguh untuk menyatakan perubahan-perubahan tersebut. Dalam ertikata yang lain, ia cuba untuk MENJADIKAN TRADISI, MENZOHIRKAN PERUBAHAN. Apatahlagi orang itu adalah jiran kita atau suami kita, atau isteri kita, atau anak-anak kita sendiri. Tentu kita rasa gembira, bersyukur kepada Allah kerana membuka pintu hatinya untuk berubah sebelum terlambat. Tentu kita akan bersikap positif, optimis (memberikan peluang dan harapan), dan lebih jauh lagi kita akan menyokong dan membantu menjayakan perubahan mereka. Perubahan inilah yang disebut zaman le nih sebagai TRANFORMASI.

Taming Sari rasa tidak sepatutnya tranformasi yang dilakukan BN, yang diketuai oleh UMNO ke arah perubahan sebagaimana yang diwar-warkan Presiden dalam Perhimpunan Agong UMNO ke 60 yg lalu dipandang remeh dan dijadikan bahan jenaka oleh segelintir masyarakat. Salafi menganggap ia suatu tranformasi yang tepat pada masanya. Ia suatu tranformasi yang serius dan wajib dilakukan sebelum terlambat. Salafi mengetengah kan content blog Cekgubard.blogspot.com, dan menganggap Cekgu bat kurang menyelidik apakah tujuan pindaan tersebut dilakukan.Beliau menulis dengan tajuk:

PINDAAN PERLEMBAGAAN SERLAH KELEMAHAN DAN KEPALSUAN PERJUANGAN UMNO
Blog Cekgubard.blogspot.com

KUALA LUMPUR, 15 Okt: Tindakan Umno menghapuskan sistem kuota pemilihan serta melonggarkan konsep ketuanan Melayu, menyerlahkan lagi keengganan parti perkauman Melayu itu untuk berubah demi kepentingan rakyat.

Ianya kerana beberapa pindaan pada perlembagaan dalam Pemilihan Agung Umno (PAU) sekarang didakwa, masih bersifat perubahan yang palsu.

Ulasan Taming Sari:
Cikgu Bat bersikap pesimis dan mudah buruk sangka terhadap keikhlasan tranformasi yang akan dilakukan UMNO. Belum apa-apa lagi dah pandang buruk dan negatif. Kenapa kita tidak bersikap optimis. Beri harapan kepada orang lain untuk berubah.

Ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi (MKT) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Hisham Shaharin berkata, selagi Umno tidak berani menyerahkan kuasa pemilihan sepenuhnya kepada perwakilan, selagi itu Umno terus dibelit dengan amalan rasuah.

Ujarnya lagi, perubahan yang diperkatakan oleh kebanyakan pemimpin Umno tersebut hanya mengulangi retorika lama; yang telah pun menjadikan Pakatan Rakyat lebih disokong rakyat berbanding Barisan Nasional sejak tsunami politik, 8 Mac lalu:

"Pindaan yang dibuat bukan bersifat organik (semula jadi), tapi lebih meniru trend perubahan rakyat yang sedia ada dan meniru prinsip-prinsip bersama dalam Pakatan Rakyat sendiri," katanya.

Ulasan Taming Sari: Sebenaranya Pakatan Rakyatlah yang meniru trend perubahan rakyat yang telah dibawakan UMNO sejak mula kemerdekaan lagi. Memang UMNO mengulangi retorika Dato` Onn, retorika Tg AbdulRahman......retorika dulu yang diberi nafas baru, relevan dengan tuntutan dan keperluan masyarakat pengundi pada hari ini. Dan ini menujukkan bahawa UMNO peka dengan tuntutan semasa, demi meluruskan kehidupan yang aman harmoni.

"Yang dibuat oleh Najib itu sebenarnya dalam keadaan terpaksa...mereka tidak cukup berani sehingga mengadakan beberapa sekatan lain (pindaan) yang baru...setelah menyedari Umno tidak lagi bersama kehendak rakyat...Umno sedang ditinggalkan sendiri oleh ahli-ahlinya," tegasnya.

Dakwanya lagi, beberapa pindaan dan retorika Najib itu sebenarnya hasil ciplak dari beberapa gagasan perjuangan PKR.

Ulasan Taming Sari: 
Cuba Cikgu Bat bawakan bukti pindaan dan retorika Najib itu hasil ciplak itu adalah gagasan perjuangan PKR. Bawakan bukti. Kalau betul pun, dulu Anwar belajar ketika masih berada dalam UMNO. Masa tu pembangkang kata Anwar tu sesat dan taghut. Tapi sekarang Anwar digelar contoh pemimpin Islam.

Beliau yang juga Ketua Cabang Rembau mendakwa bahawa kemenangan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad di Dun Bagan Pinang baru-baru ini sendiri tidak mampu dijadikan sumbu kekuatan Umno; kerana mereka sedar Isa menang dengan menggunakan taktik rasuah dan kronisme.

Beliau yang juga Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mencabar Isa menafikan pendedahan rasuah dan kronisme yang dibuat dalam blog peribadinya, chegubard.blogspot.com semalam.

Ulasan Taming Sari:
Sebenarnya isu rasuah TS Isa tu dah lama sangat. Tak perlu Cikgu Bat sibuk-sibuk lagi. Bukankah beliau telah di hukum oleh UMNO?. Biarlah TS Isa perbetulkan dirinya. Apakah dia tak layak jadi pemimpin? Sebab apa? Sebab TS Isa perasuah?UMNO sendiri dah hukum ahlinya. Agak-agak PKR/PAS sanggup tak hukum ahlinya yang terbukti rasuah dan salah guna kuasa?.

Walaumacamana pun beliau ada hak untuk taubat dan perbetulkan balik imej dirinya, dengan memberi peluang dalam bentuk undi yg ikhlas. Kalau disebabkan dia pernah rasuah, digantung dlm UMNO sebagai punca beliau tak layak diangkat jadi pemimpin, maka PKR lagi bersalah kerana mengangkat Anwar Ibrahim sebagai pemimpin Islam, sebagai penasihat jamaah PKR. Dia juga pernah salah guna kuasa, pernah jadi banduan, pernah dituduh liwat dan lagi sebagainya. Kalau tak betul takpa....tapi macammana kalau semua tuduhan itu betul. Takkan pokok tetiba bergoyang kalau takda angin yang meniup?

Beliau yang mengikuti PAU sejak kelmarin juga mendakwa, tindakan Umno yang terus-menerus menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai peribadi yang dimaki-hamun, membuktikan bahawa Ketua Pembangkang itu masih menjadi simbol perubahan yang mampu membenamkan survival politik Umno dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kelak.

Sementara itu, che'GuBard yang dihubungi juga mendakwa, beberapa pindaan tersebut lebih bertujuan menyelesaikan masalah-samalah dalaman Umno seperti rasuah, kronisme dan penipuan dalam proses pemilihan pemimpin mereka sendiri.

Tegasnya lagi, pindaan perlembagaan itu langsung tidak mampu mengubah sistem kenegaraan yang lebih korupsi seperti dalam sistem kehakiman, Polis, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan sebagainya.

Ujarnya lagi, definisi baru Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, bahawa kepimpinan Melayu Umno berpaksi pada keadilan dan rahmah, merupakan suatu retorik kosong Ahli Parlimen Rembau itu sahaja.

Beliau juga mendakwa Umno sudah mengalami Anwarism, setelah melihat rakyat terus memberi harapan kepada kepemimpinan perubahan Ketua Pembangkang itu.

"Umno dipengaruhi oleh Anwarism, perkataan seperti wahdatul, inklusif adalah perkataan ruji DS Anwar...," responnya dalam rangkaian sosial maya, Twitter semalam.

Ulasan Taming Sari: 
sebenarnya perkataan itu dah lama dipakai Anwar sejak dalam ABIM lagi. Bila dah masuk UMNO, istilah itu dibuang jauh-jauh. Bila jadi pembangkang, baru guna balik istilah itu. Dan sebenarnya istilah itu dah lama dipakai PAS dalam ceramah-ceramahnya. Persoalannya, kenapa PKR tak masuk PAS je....Kan sama-sama pembangkang, dan majoriti ahli orang Melayu? Kan sama-sama nak perjuang keadilan Islam?. Kenapa Islam PAS lain, Islam PKR lain? Kan pelik tu?.

Semalam, Najib menjelaskan pindaan perlembagaan termasuk mengenakan syarat minima untuk bertanding bagi menggantikan sistem kuota yang diamalkan dalam PAU sebelum ini.

Beberapa media elektronik arus perdana melaporkan, pindaan itu masih tergantung pada persetujuan dalam Pemilihan Agong Khas kelak.

Jelas Najib lagi, syarat minima untuk bertanding jawatan di peringkat bahagian perlu menjadi ahli parti selama tiga tahun.

Manakala, seseorang yang mahu bertanding jawatan Tertinggi dalam parti, termasuk Presiden sekurang-kurangnya pernah menjadi anggota jawatankuasa bahagian selama sepenggal.

Cadangan tersebut, menurut Najib, mampu menjadikan Umno lebih telus, terbuka dan demokratik.

Semalam, Khairy juga mendifinikan kepimpinan Melayu adalah keadilan dan rahmah, bukannya atas kekuasaan Melayu yang sempit.

Beberapa pindaan terbaru yang dicadangkan itu dikatakan secara tidak langsung menghalang muka-muka baru yang besih dan berintegriti untuk memimpin parti perkauman Melayu itu.

Sekaligus, Umno bakal terus dipalitkan dengan pelbagai dakwaan yang rasuah, perkauman Melayu, penyalahgunaan kuasa dan sebagainya; yang langsung tidak memperlihatkan wajah hakiki 1Malaysia.

Begitulah persepsi negatif oleh seorang warga Malaysia. Salafi rasa kita perlu bersikap adil dan saksama. Naluri hati mengatakan, tranformasi itu adalah baik, tapi justru kita bencikan satu kaum, maka kita membenci mereka, demi menyokong kaum kita. Disinilah cacatnya dan tempangnya kehidupan, apabila kita menilai manusia berdasarkan parti mereka. Begitu juga content blog dialograkyat.blogspot.com yang lebih banyak memaparkan tanggapan negatif terhadap MENZOHIRKAN PERUBAHAN tersebut. Tajuk blog beliau:
PINDAAN MEMBAWA REBAH


Antara yang banyak diperkatakan ialah berkaitan dengan sistem pengundian yang akan meramaikan ahli yang akan memilih dalam pemilihan-pemilihan (menambah bilangan perwakilan pada pemilihan pimpinan tertinggi parti dan di peringkat bahagian kepada 146,500 orang daripada 2,510 orang) yang akan datang bagi mengelakkan rasuah (istilah UMNOnya politik wang).

Apakah perubahan ini hanya bertujuan untuk mengurangkan kemungkinan berlakunya rasuah atau mempunyai pelbagai tujuan lain yang mungkin tidak dapat difahami oleh perwakilan UMNO di perhimpunan 2009.

Perhimpunan Agung UMNO 2009 ini nampak jelas banyak perubahan yang akan berlaku kepada UMNO. Kesan PRU 12 sambil memandang ke hadapan PRU 13 menyebabkan UMNO terpaksa melakukan perubahan bagi memastikan kesinambungan kewujudan UMNO pada masa akan datang. Maka rancaklah semua pihak menyuarakan pendapat mereka sama ada yang menyokong, yang hanya sebagai pemerhati mahupun yang berada di pihak pembangkang.


Ulasan Taming Sari: 
Apakah `keterpaksaan` itu satu kesalahan?. Apabila seseorang dikejar anjing, dia akan terpaksa menyelamatkan diri. Dia akan sanggup memanjat pokok tinggi sampai ke puncak pokok, walaupun hakikatnya ia tidak tahu memanjat.

UMNO dah kalah teruk dalam PRU-12, justru mahu meneruskan tradisi membela rakyat, maka ia tidak mahu tidak perlu meneruskan tradisi MENZOHIRKAN PERUBAHAN, dan perubahan itu bermula dengan meminda perlembagaan. Itu jelas.

Pada mata kasar memang jelas bahawa pertambahan jumlah perwakilan yang akan mengundi memilih pemimpin mampu mengurangkan kemungkinan berlakunya rasuah. Tetapi secara tidak langsung ini akan memberi kedudukan yang kukuh bagi mereka yang telah sedia ada di tampuk kepimpinan.

Seperkara lagi bagi pimpinan yang mempunyai kuasa dan kedudukan yang juga mempunyai akses kepada media massa akan mudah untuk terpilih sebagai pimpinann berbanding dengan mereka yang hanya mempunyai kreadibiliti kepimpinan. Pimpinan akan dipilih melalui kemampuan mereka mempromosi diri mereka.

Semua media akan digunakan dengan sehebat mungkin. Media ini termasuk televisyen, akhbar, media maya, sms dan media 'ulat-ulat pengampu UMNO' akan digunakan untuk mempromosikan diri sendiri dan mempromosikan keburukan diri orang lain. Lihatlah dan bayangkanlah bagaimana buruknya situasi dalam UMNO ketika hampir setiap kali pemilihan pada masa akan datang.



Ulasan Taming Sari; 
Ini pandangan yang negatif dan pesimis ttg masa depan. Sapa pulak `ulat-ulat pengampu` tu?. Kenyataan ini jauh dari fakta, tetapi dekat dengan emosi yang sepatutnya cuba dikawal.

Rasuah berkemungkinan berkurangan tetapi publisiti negatif akan bertaburan di tempat-tempat perjumpaan sama ada di alam nyata atau di alam maya. Berita-berita negatif biasanya lebih mendapat perhatian daripada berita-berita kebaikan individu tertentu. Sebaran kawasan liputan berita juga terpaksa lebih meluas kerana perwakilan yang akan mengundi berada di seluruh pelusuk negara dan jumlahnya jauh lebih ramai. berita negatif ini bukan saja akan sampai ke telinga para perwakilan tetapi kepada semua rakyat Malaysia. Berita ini juga tidak dapat dipadamkan daripada ingatan warga Malaysia dalam jangka masa singkat. Apabila berlakunya PRU atau PRK berita-berita ini akan timbul kembali oleh lawan dalam UMNO sendiri atau dari pihak lawan. Maka timbullah titik-titik hitam pada calon yang dikemukakan oleh UMNO dan titik-titik hitam ini juga terpalit kepada UMNO kerana gagal mengenengahkan calon bersih.

Namunn itu semua seakan tidak menjadi masalah bagi UMNO selepas PRK Bagan Pinang kerana calon yang telah disabitkan atas tuduhan rasuah (istilah UMNO politik wang) dan menjalani hukuman masih diterima pengundi.


Ini kerana, PAU sahaja yang dilihat baru, sedangkan kepimpinannya masih dari kalangan muka-muka lama.

Ulasan Taming Sari: 
Sepatutnya kita sama-sama berdoa dan mendoakan mereka, supaya mampu mengotakan janji, mampu menzohirkan perubahan dan memacu negara bersaing, duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju yang lain.

"Janganlah disebabkan kamu benci kepada sebahagian dari yang lain, kamu bersikap tidak adil......"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ADUKAN ISU DAN MASALAH ANDA