Rabu, September 23, 2009

PEJUANG ISLAM ITU, MENDAKWAHKAN ISLAM YANG SYUMUL, BUKAN ISLAM YANG SEMPIT

Kemerdekaan kita akan rapuh jika tidak bersama kita pertahankan.


Mereka yang sanggup nak batu nisankan UMNO, jika kamu gagal membawa misi Islam, kamu akan dipersalah dan dipertikaikan. Bertanggungjawablah terhadap diri bangsa dan negara.

Mereka yang menamakan diri pejuang Islam, sila persiapkan diri, keluarga dan masyarakat sekeliling, jangan hanya cakap berapi-rapi, tapi dalam diri dan keluarga belum praktik Islam dan sunnah


Israel Gempur Gaza pada Idul Fitri

VIVAnews - Sejumlah kapalterbang tempur dan artileri Israel mengebom beberapa terowong di Jalur Gaza bahagian selatan, dekat dengan perbatasan Mesir. Pengeboman itu berlangsung saat umat Muslim Palestina di Jalur Gaza masih merayakan Aidul Fitri, hari Ahad 20 September 2009.

Laman pusat tv Iran, Press TV, mengungkapkan tidak ada laporan korban jiwa dalam serangan malam hari itu. Namun pada petang Ahad, serangan Israel menewaskan dua warga Palestin di bandar Jabalia, kawasan utara Gaza yang bersempadan dengan Israel, demikian menurut seorang pegawai Palestin.

Kepada laman Yedioth Ahronoth, seorang juru bicara tentera Israel menyatakan bahawa serangan udara pada hari AiIdul Fitri itu merupakan balasan atas serangan roket Qassam yang dibedil tentera Palestin dari Gaza ke Israel bahagian selatan. Serangan roket itu berlangsung malam Sabtu, 19 September 2009.

Sasaran serangan Israel adalah terowong-terowong dekat perbatasan Gaza-Mesir yang selama ini digunakan untuk menyeludupk barang-barang dan manusia.

Rakyat Palestin di Jalur Gaza tidak dapat merayakan Aidul Fitri dengan meriah, selain disebabkan ancaman serangan dari Israel, Gaza selama ini menghadapi sekatan ekonomi dari Israel dan Mesir. Sekatan ekonomi dan logistik itu menambah kesengsaraan hidup 1.5 juta warga Palestin di Jalur Gaza.

Ulasan Taming Sari
Apabila sekali terjajah, sukar untuk kita memperoleh kemerdekaan semula. Walaupun Hammas menang majoriti dalam pilihanraya yang sah mengikut sistem demokrasi, namun Yahudi, Amerika dan sekutu-sekutunya tidak mahu mengiktiraf kemenangan itu. Walaupun Hammas sebuah parti Islam telah berjaya mengalahkan Fatah, tetapi tanpa pengiktirafan polis dunia itu, Hammas tetap dipersalahkan, dituduh teroris dan terpaksa berdepan dengan campurtangan serangan-serangan ketenteraan oleh kuasa-kuasa besar dunia yang mahu merampas kemerdekaan rakyat Palestin. Malah, yang lebih menyedihkan, demi merampas semula tampuk kepimpinan Palestin Fatah sanggup bersekongkol dengan kuasa-kuasa besar ini untuk melumpuhkan tanahair sendiri.

Apabila Hammas berjaya memenangi pilihanraya, Yahudi dan Kristian bimbang akan muncul kebangkitan Islam semula di belahan Timur. Atas nama menghapuskan keganasan, mereka jadikan alasan untuk campurtangan dalam urusan pentadbiran di bumi Palestin.

Taming Sari bimbang, apa yang ditunjukkan oleh Allah taala yang berlaku di bumi Palestin, jika kita leka dan lalai, tidak mustahil ia akan berlaku di bumi Malaysia. Apa akan berlaku jika suatu hari nanti, pembangkang berhaluan Islam akan memenangi pilihanraya dan layak memerintah mengalahkan kerajaan yang ada hari ini, ternyata tidak diiktiraf oleh polisi dunia dan mula mengambil langkah campurtangan dalam urusan negara kita. Bagi pembangkang, kemenangan ini adalah kemenangan Islam. Tapi betul ke?. Apakah perjuangan islam yang di rintis selama ini mengikut manhaj, uslub dan sunnah nabi saw?. Kalau ikut takpa, tapi kalau tak ikut.......bermakna kemenangan itu berlepas tangan dari rahmat Allah azza wajalla. Firman Allah swt yang bermaksud:

“Allah menjanjikan kepada org2 yg beriman dan beramal soleh, akan kami angkat mereka sebagai pemimpin di atas muka bumi ini, akan Allah memperteguhkan agama yg diredhoiNya, dan akan Allah gantikan ketakutan mereka dengan keamanan/kedamaian. Sembahlah AKU dan jangan kamu menyekutukan AKU.......”

Pastikan perjuangan itu berlandaskan perlaksanaan alQuran dan As Sunnah dalam seluruh cabang kehidupan. Biarlah menang bersama rahmat dari Allah taala. Ketepikan perjuangan Islam dengan mengibarkan bendera permusuhan terutama sesama muslim. Pejuang Islam perlu praktikkan akhlak nabi saw. Jaga lidah, jaga anggota tubuh dari melakukan perbuatan yang melanggar syara`. Dalam berdakwah, diusahakan dengan cara berlembut, walau terhadap org yang bkan islam, kecuali kita diperangi. Elakkan berdebat, dan gerakkan pejuang itu adalah gerak langkah seorang pendakwah yang sentiasa mengajak orang lain melakukan amal-amal taat, dan dakwah itu bersifat global dan universal, bukan dakwah kelompok tertentu, bukan dakwah untuk kumpulan tertentu, bangsa tertentu tetapi menyebarkan rahmat ke serata alam. Asalkan Islam itu menang, maka kita tidak boleh mengenepikan syari`at.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ADUKAN ISU DAN MASALAH ANDA