Jumaat, April 10, 2009

PERALIHAN KUASA, TRANFORMASI MODEN


Assalamualaikum Warahmatullah..

Saudara-saudariku,


Taming Sari mengucapkan setinggi tahniah di atas kejayaan YAB Dato Seri Najib bin Tun Abd Razak, setelah melalui berbagai mihnah dan tribulasi perjuangan, ranjau dan duri, akhirnya beliau dapat lalui proses peralihan kuasa dengan penuh kesabaran dan bersikap tenang, akhirnya kini beliau berjaya berada di puncak tertinggi kepimpinan negara dan parti,......sebagai Presiden UMNO dan juga sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 6. Syabas dan tahniah....

Kita sama-sama maklum, sepanjang proses peralihan kuasa tersebut, berbagai-bagai tohmahan yang dilemparkan ke atas beliau, semata-mata niat untuk merosakkah imej beliau selaku bakal pemimpin tertinggi Malaysia. Kadang-kadang bila salafi renung-renungkan banyak kenyataan dari pihak-pihak pembangkang, rasa-rasa macam nak percaya sepenuhnya, begitulah kebijaksanaan pihak pembangkang dalam memanipulasikan sesuatu isu, hingga adakalanya dapat membangkitkan emosi kita, rakyat jelata. Sebab itulah ada yang terang-terang turun ke jalan semata menunjukkan bagaimana perasaan kita.

Taming Sari berpendapat, dalam hal ini kita jangan mudah percaya kecuali menyelidik dan membongkar dulu segala maklumat yang ada untuk melihat kesasihannya. Akibatnya nanti di belakang hari, kita memperjudikan anakbangsa.

Taming Sari, akan memperkatakan kebenaran melalui kajian, fakta dan hujjah...atau mungkin dalil yang jelas.Jika apa yang dibuat itu ada kebaikan, dianjurkan oleh agama.....kita perlu sokong dan dukung dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh....

Jangan berakibat dari salah menilai antara benar dan tidak benar, akhirnya kita menggadaikan maruah, bangsa dan agama.
Sekian berjumpa dalam bicara lain.

Taming Sari Morden

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ADUKAN ISU DAN MASALAH ANDA