Khamis, April 02, 2009

JAUHNYA UMAT ISLAM HARI INI DARI SUNNAH RASULULLAH SAW.




Assalamualaikum Warahmatullah..

Saudara-saudariku,

Rasulullah saw pernah menyatakan kepada Huzaifah b Yaman, bahawa akan sampai masanya Islam yang diamalkan oleh umat manusia akan menjadi semakin pudar, semakin jauh dari ketulenan sunnah yang diajar oleh nabi saw. Apabila ditanya oleh Huzaifah, apakah sebab berlaku kepudaran tersebut, dijawab oleh baginda rasulullah saw, mafhumnya; manusia akan beramal dengan sesuatu yang bukan dari sunnahku, mengambil pertunjuk yang lain dari pertunjukku................................

Bagi pencinta sunnah, dan pengamal sunnah rasulullah saw yang sepatutnya menjadi garis panduan dan pedoman disepanjang kehidupan, perlu merasa bimbang dengan kenyataan rasulullah tersebut, muhasabah dan menyemak semula segala amalan yang kita lakukan selama ini, apakah benar-benar bersandar kepada sunnah nabi saw yg diajarkannya. Atau sekadar taklid, prasangka atau andaian semata-mata. Jika tidak bersandar kepada ajaran dan pertunjuk nabi, maka amalan itu menjadi sia-sia sahaja.

Sama-samalah kita renung kembali. Berjumpa dilain lembaran perbincangan....

Taming Sari

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ADUKAN ISU DAN MASALAH ANDA