Rabu, November 30, 2016

MANDI WILADAH DAN MANDI NIFAS




Disusun semula oleh Drs.Norazli Bin Aziz

Sumber info dari Ust Shauqi

Sila merujuk blog: http://www.ustazshauqi.com/2013/04/mandi-wiladah.html


Soalan Saya baharu sahaja melahirkan anak. Baru-baru ini kawan saya memberitahu bahawa orang yang melahirkan anak diwajibkan mandi wiladah. Jadi, bagaimana keadaan saya sekarang ini kerana saya tidak melaksanakan mandi wiladah tersebut? 

AMALAN BID `AH DAN KHURAFAT SETIAPKALI DATANGNYA BULAN SAFAR

Image result for KHURAFAT SAFAR

Disusun semula oleh:

Drs.Norazli Bin Aziz M.A.

Dalam bulan ini masih terdapat di kalangan masyarakat yang melakukan perkara bidaah dan khurafat yang jelas bercanggah dan bertentangan dengan syariat Islam. Kepercayaan karut tersebut bermula daripada amalan atau kepercayaan Masyarakat Arab pada zaman jahiliyah iaitu sebelum kedatangan agama Islam, sememangnya terkenal dengan amalan-amalan yang bercanggah dengan syarak. Perjalanan kehidupan seharian mereka sentiasa dibayangi oleh amalan-amalan syirik, tahyul dan khurafat yang dilarang Islam.

HAZIM, PELAJAR MALAYSIA ATHEIS DAN GAY DI KANADA



Disusun semula Oleh:

Drs.Norazli Bin Aziz M.A.
Nasib seorang pelajar Malaysia yang sedang melanjutkan pengajian di Universiti Winipeg, Kanada berubah sekelip mata kerana dibuang keluarga selepas ibunya mengetahui dia seorang gay dan ateis – tidak percaya kewujudan Tuhan.
Sebelum ini, pengajian Hazim Ismail, 20-an, pelajar dalam jurusan psikologi dibiayai oleh ibunya.
Bagaimanapun, difahamkan ibunya enggan membiayai pengajiannya selepas gambar dia bersama rakannya di bar gay di Winnipeg pada akhir tahun lalu terdedah.

HUKUM SUAMI MAKAN GAJI ISTERI

Image result for suami memakan gaji istri

Sila Ke blog berikut:
http://sozcyili.blogspot.my/2013/10/hukum-suami-makan-gaji-isteri.html

Susunan semula

Drs.Norazli Bin Aziz M.A

Ekoran dari pencerahan hukum suami makan gaji isteri yang disiarkan oleh Wanita Hari Ini TV3 kami menerima banyak permintaan untuk mengulas lebih lanjut beberapa kontroversi dalam isu ini. Persoalan apakah benar gaji isteri hak suami atau apakah hukum suami memakan harta isteri? 

Kami sudah lihat rakaman WHI itu dan tidak nampak sebarang percanggahan secara langsung. Kami lihat ia banyak mencetus rasa tidak puashati yang memang sedang subur dalam banyak rumahtangga moden dewasa ini. Pendekatan hujah lebih bersifat komersial di mana ia lebih mengajak pasangan ke mahkamah. Ini lebih kepada menyuburkan perbalahan antara suami isteri, samada ia membawa penceraian atau tuntutan selepas pasangan bercerai.

Pertamanya ingin kami jelaskan lagi bahawa selepas sahaja akad nikah, dosa pahala, tanggungjawab nafkah seorang wanita adalah menjadi tanggungjawab suami secara mutlak. Itu soal pokoknya.