Rabu, Disember 07, 2016

UMUR TERBAIK ANAK BERSUNAT



Disusun semula Oleh:

Drs.Norazli Bin Aziz M.A


Panduan Mengkhatankan Anak Lelaki Semasa Bayi

Terdapat beberapa hadis yang boleh dijadikan panduan dalam menentukan waktu melakukan khatan, antaranya: 

Dari Jabir bin ‘Abdillah ra; bahawa Rasulullah saw melaksanakan aqiqah Hasan dan Husain serta mengkhitan keduanya pada hari ketujuh. (HR; Thabrani dan Baihaqi)

Dari Ibnu ‘Abbas ra berkata, “Terdapat tujuh perkara yang termasuk sunnah dilakukan bayi pada hari ketujuh: Diberi nama, dikhitan,” (HR; Thabrani)

Dari Abu Ja’far ra berkata, “Fathimah melaksanakan aqiqah anaknya pada hari ketujuh. Beliau juga mengkhitan dan mencukur rambutnya serta mensedakahkan perak seberat timbangan rambutnya.” (HR; Ibnu Abi Syaibah)





Kebaikan Berkhatan Semasa Bayi

1. Komplikasi di kalangan bayi lebih rendah berbanding kanak-kanak yang disunat pada usia lebih tua. 

2. Kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun ke atas kebiasaannya lebih lasak dan pada usia ini mereka sudah merasa kesakitan. 

3. Proses penyembuhan bagi bayi lebih cepat, mengambil masa lebih kurang tiga hingga ke empat hari sahaja berbanding kanak-kanak yang berusia 6 tahun ke atas. 



Kesimpulan

Sebagai kesimpulan Imam Al-Mawardzi berkata,

"Khitan itu memiliki dua waktu, waktu wajib dan waktu sunnah. Waktu wajib adalah ketika usia baligh dan waktu sunnah adalah sebelumnya. Ibnu Hajar mentarjihkan waktu yang paling baik melakukan khitan sehingga waktu wajib kecuali terdapat keuzuran atau sebab-sebab tertentu. (Fathul Bari 10/342). 

Jom ikut sunnah. hari ini, orang Arab, bangsa India Pakistan, kaum Yahudi semua, mereka sunatkan anak pada waktu afdhal yang nabi kita ajar iaitu seawal umur 7 hari. Tetapi masyarakat Melayu kita di nusantara sunatkan anak lelaki lewat. Bila lewat sunatkan anak, nanti bagaimana solat mereka ketika sunat? 

Kebiasaannya akan memberikan alasan sakit dan susah nak solat. Hari ini kita merasa zalim sunatkan anak-anak kecil, tetapi sebenarnya ia bukan begitu. Sunatkan anak di waktu kecil, baby belum terasa sakit ketika disunatkan kerana kulitnya masih lembut, penjagaannya juga lebih mudah. Bayi hanya menyusu badan, tidak perlu berpantang makan. Buang air dalam pampers dan hanya perlu kerap menukar pampers. Boleh mandi seperti biasa. Sistem imunisasi bayi tinggi. InshaAllah dalam 5-7 hari sudah sembuh. 

Doktor Hamid sendiri menggalakkan sunat awal boleh mengelakkan jangkitan penyakit dan anak akan menjadi bersih. InshaAllah kita akan dapat melihat anak kelihatan lebih matang dan lebih cerdik. 

Banyak hikmah sunat bayi awal usia kerana anjuran Islam itu sangat indah. Semoga perkongsian ini bermanfaat. - Raihanah Amdan

Sumber: Sila  ke blog
http://berita-semasa-terkini.blogspot.my/2016/06/banyak-hikmah-khatan-bayi-seawal-usia-7.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ADUKAN ISU DAN MASALAH ANDA