Ahad, Februari 16, 2014

KHATIB PAS BERFAHAMAN LIBRELIS, TUHAN KITA NGAN KRISTIAN SAMA....ALLAH JUGA!

Add caption

Disusun Semula Oleh
Taming Sari

Rupa-rupanya, masih ada orang PAS yang kurang berpengetahuan dalam bidang Usuluddin walaupun sudah bergelar Ustaz malah telah diangkat menjadi Khatib Jemputan. Rupa-rupanya pengetahuan agama Islam mereka sekadar berserban, berjubah, berjanggut kambing dan menjadi ahli PAS. Islam yang sebenar-benarnya, sama ada dari segi akidah, pemahaman mahupun amalan, merupakan perkara yang jauh dari diri dan hati mereka.


Ini yang berlaku apabila seorang khatib jemputan yang merupakan YDP PAS Kawasan Padang Serai mempamerkan kecetekan ilmu dan kejahilannya yang amat murakkab dalam bidang usuluddin membabitkan Kalimah ALLAH.

Semuanya bermula apabila Masjid Muttaqin, Tamah Selasih, Kulim yang tereltak dalam PDM Taman Selasih bagi DUN N34 Lunas dan Parlimen P.17 Padang Serai menjemput Mohd Pauzi bin Tahir untuk menyampaikan Khutbah Jumaat.

JEMAAH GEREJA KAJANG BERTEPUK TANGAN : ANWAR BERI PENGHARAPAN MASA DEPAN




Disusun semula oleh
Taming Sari

Rujukan kepada www.dinturtle.blogspot.com, setuju memang terbaik angle juru foto TMI ambil gambar Anwar sedang berkempen dalam sebuah gereja di Kajang, ia telah menjadi salah satu pic evergreen beliau....Kat masjid tak boleh kempen, gereja pun jadik..

Pastinya Anwar bercakap mengenai pendiriannya tentang isu kalimah Allah, mustahil beliau tak sebut. Dah tentu Anwar memberi harapan kepada penganut lain, Kristian khususnya boleh menggunakan kalimah Allah sekiranya beliau diangkat menjadi ADUN Kajang atau Perdana Menteri Malaysia, dan dapat menawan PutraJaya. Sebab itu Jemaah Gereja bertepuk tangan. Anwar telah memberikan pengharapan, Muslim toleran membenarkan agama lain gunakan kalimah Allah...Allah dalam Islam pun benarkan kongsi nama...agaknya begitulah kata Anwar.