Jumaat, April 04, 2014

MH370, MUJURLAH HISHAMMUDDIN ADA HUBUNGAN ERAT DENGAN AS

Disusun Semula oleh Taming Sari
Sumber Rujukan: Putera Merdeka

Dalam menghadapi kemelut yang melanda negara disebabkan isu MH 370, rasanya kita kena berterima kasih kepada Hisham selaku Menteri Pertahanan yang dilihat berjaya menjalin hubungan baik dengan pihak berkuasa Amerika terutama pasukan ketenteraan mereka.

Ini dibuktikan dengan kehadiran Hisham pada  Januari lalu dengan mengadakan lawatan kerja yang dilihat mampu menjalin hubungan rapat lagi erat dengan kuasa dunia itu.

Lawatan pertama Hisham tersebut dilihat dan diberitakan sangat berjaya…

Malaysia akan mempertingkatkan eksesais dan latihan ketenteraan dua hala dengan Amerika Syarikat bagi mengukuhkan kerjasama pertahanan kedua-dua negara.

Menteri Pertahanan, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kerjasama dua hala sebegini adalah penting sebagai langkah membina keyakinan pertahanan di rantau Asia Pasifik selain memberi teknik latihan dan pengalaman baru kepada anggota tentera kedua-dua negara.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Chuck Hagel di Pentagon semalam.

Dalam pertemuan tersebut kedua-dua pemimpin tersebut turut membincangkan pelbagai isu pertahanan antarabangsa termasuk mengenai Afghanistan, Korea Utara dan peranan ASEAN dalam menangani cabaran-cabaran keselamatan serantau.

Setiausaha Hagel turut memuji peranan Malaysia di rantau Asia Tenggara dan meminta supaya ASEAN terus bersatu serta mengeratkan lagi kerjasama bagi memastikan kestabilan di rantau ini.

"Malaysia adalah rakan Amerika Syarikat yang penting di Asia Tenggara. Malaysia banyak menyumbang kepada keselamatan dan pertahanan sama ada secara sendiri mahupun secara kerjasama dengan negara-negara ASEAN lain," kata Hagel.

Kedua-dua pemimpin pertahanah ini dijangka bertemu semula di Hawaii pada April depan bagi menghadiri mesyuarat Informal US-ASEAN.
alt
Add caption
Selain pertemuan dengan Setiausaha Pertahanan, Dato' Seri Hishammuddin turut mengadakan pertemuan dengan Senator dari Rhode Island, Jack Reed yang merupakan ahli senior dalam Jawatankuasa Perkhidmatan Tentera.

Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pemimpin ini telah berbincang mengenai isu-isu keselamatan serantau dan perkembangan ekonomi yang memberi kesan kepada kestabilan negara-negara lain. Senator Reed pernah mengundi bagi membantah Resolusi 114 yang memberi kuasa kepada Presiden Bush untuk menyerang Iraq pada 2002.

Di samping itu, Dato' Seri Hishammuddin juga telah bertemu dengan Timbalan Setiausaha  Negara, William Joseph Burns dan telah berbincang mengenai pelbagai iisu serantau selain mengenai tindakan negara-negara tertentu yang boleh mewujudkan ketidak-stabilan serantau. Burns menjadi Timbalan Setiausaha  Negara Amerika Syarikat sejak 2011.

Lawatan Dato' Seri Hishammuddin ke Amerika Syarikat ini merupakan yang pertama semenjak beliau memegang portfolio Menteri Pertahanan. Pertemuan bersama Chuck Hagel dan beberapa pemimpin kanan AS telah mengakhiri lawatan rasmi beliau ke Amerika Syarikat.

Pada masa yang sama, beliau turut berkesempatan berjumpa dengan rakyat Malaysia di Washington dalam suatu majlis mesra yang diadakan di Kedutaan Malaysia di sana.
Selain itu Hisham juga dilaporkan…

ATM bekerjasama dengan tentera marin Amerika Syarikat
Pegawai Memerintah Kapal USS Lake Erie (CG 70), Capt John S Baringan, menunjukkan sesuatu kepada Dato' Seri Hishammuddin di atas kapal USS Lake Erie
HAWAII: Menteri Pertahanan Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Malaysia bersedia mengukuhkan keupayaan maritim Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan menggunakan model Tentera Marin Amerika Syarikat (AS).

Beliau yang kini berada di Hawaii dalam rangka lawatan rasmi bertemu dengan Panglima Tentera Marin AS, Jeneral Terry Robling dan membincangkan langkah-langkah yang perlu diambil kedua-dua negara bagi merealisasikan perancangan tersebut.

“Saya telah menjemput tenaga pakar peperangan maritim AS datang ke Malaysia untuk berbincang lebih lanjut mengenai perkara tersebut. Kerjasama ini diyakini berupaya mengukuhkan lagi keupayaan maritim ATM pada masa akan datang.

“Dalam pertemuan tersebut, saya turut dibawa melawat pusat latihan peperangan marin di Kanaoke, Hawaii,” kata beliau.

Pada lawatan di USPACOM (United States Pacific Command) pula, Hishamuddin turut mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua cawangan perkhidmatan wilayah Pasifik seperti Pemerintah US Pacific Fleet, Laksamana Harry B. Harris Jr; Pemerintah Tentera Udara Pasifik, Jeneral Herbert J. Carlisle dan juga Pemerintah Tentera Darat Pasifik, Jeneral Vincent Brooks.

Kesemua pertemuan ini telah membawa kepada perbincangan isu kestabilan serantau semasa dan juga isu keselamatan rentas sempadan membabitkan ancaman pengganas, penyeludupan senjata dan pemerdagangan manusia. Pertemuan ini turut berjaya meningkatkan keyakinan di samping

Hishammuddin bersama rombongan akan membuat lawatan rasmi ke Washington dan New York atas usaha untuk mengeratkan lagi persahabatan antara Malaysia dan Amerika Syarikat.

Maka jika hari ini Hisham sekali lagi mengadakan pertemuan dengan rakan sejawat dan sahabat nya di AS pasti beliau akan diberikan ruang dan kerjasama yang amat luas terutama dalam menangani isu MH 370 kini…

Hishammuddin (kiri) bersama Laksamana Samuel Locklear, komander Ketumbukan Pasifik AS (PACOM) dalam satu lawatan bersama akan sejawatannya dari Asean berhimpun di Honolulu untuk menghadiri Forum Pertahanan Amerika Syarikat-Asean diusahakan oleh Setiausaha Pertahanan AS Chuck Hagel pada Khamis, sehari sebelum itu sesi Meja Bulat Keselamatan Bukan Tradisional. Foto BERNAMA

HONOLULU: "Pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang umpama pesawat kami sendiri. Kami terlibat dalam usaha mencari sama seperti kami mencari pesawat Vietnam kami sendiri." 
Menurut Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, kata-kata itu diungkapkan oleh rakan sejawatnya dari Vietnam Jen Phung Quang Thanh yang menggambarkan perpaduan Asean dengan Malaysia tatkala Kuala Lumpur dan rakan-rakannya melaksanakan misi besar-besaran mencari pesawat itu yang hilang sejak 8 Mac.  
Beliau dan rakan sejawatannya dari Asean berhimpun di Honolulu untuk menghadiri Forum Pertahanan Amerika Syarikat-Asean diusahakan oleh Setiausaha Pertahanan AS Chuck Hagel pada Khamis, sehari sebelum itu sesi Meja Bulat Keselamatan Bukan Tradisional.
Dianggap sebagai 'wajah pencarian MH370', Hishammuddin secara tidak langsung turut menjadi tumpuan kalangan yang hadir pada majlis resepsi selamat datang pada Selasa untuk peserta forum yang menjadikan menteri Malaysia itu begitu sibuk.
Jadual tugas harian beliau amat padat yang membawanya ke merata tempat di Honolulu bagi memenuhi pelbagai aturcara yang disenaraikan di Hawaii yang indah menghijau. 
Pertamanya adalah pertemuan dua hala dengan rakan sejawatannya dari Filipina, Voltaire Tuvera Gazmin, sebelum meneruskannya dengan mengadakan pertemuan dengan pegawai memerintah Pasukan Kor Marin Amerika Syarikat Lt Jen Terry G. Robling. 
Tidak jauh dari situ Hishammuddin dilihat berada di dalam pejabat Laksamana Samuel Locklear, komander Ketumbukan Pasifik AS (PACOM).  
Beliau kemudian berpatah balik untuk tiga pertemuan dua hala - dengan Phung, Pehin Yasmin dari Brunei dan Ng Eng Hen dari Singapura.
Mengenai semua pertemuan itu, beliau memberitahu Bernama bahawa pemimpin yang beliau temui umumnya berpendapat cara Malaysia mengendalikan kehilangan MH370 adalah tepat dan mereka mengakui betapa rumitnya menyelaraskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) melibatkan 26 negara.
Hishammuddin berkata, beliau turut menyampaikan penghargaan dan terima kasih Perdana Menteri  Datuk Seri Najib Tun Razak dan rakyat Malaysia kepada rakan sejawatan Asean dan pemimpin tinggi tentera AS di Hawaii atas peranan dimainkan negara masing-masing dalam semua peringkat misi SAR.
"Saya juga merayu kepada mereka yang mempunyai jenis aset yang sesuai untuk terus membantu kami," kata Hishammuddin. 
Misi mencari pesawat Boeing 777-200 milik Malaysia itu yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, hilang kira-kira sejam selepas berlepas dalam penerbangan Kuala Lumpur-Beijing, mendapat bantuan tambahan iaitu kapal selam British HMS Tireless dalam misi mencari di selatan Lautan Hindi.
Hishammuddin berkata, perkara itu disahkan rakan sejawatannya dari Britain Philip Hammond menerusi perbualan telefon pada Selasa pagi. Hawaii 18 jam lewat daripada Malaysia.
Hishammuddin berkata bagi Asean, apa yang diharungi Malaysia berhubung kehilangan MH370 "adalah sesuatu yang mereka mungkin akan lalui". 
"Perkara ini terlalu besar untuk dikendalikan oleh sebuah negara. Siapa lagi yang  Malaysia boleh harapkan untuk membantu selain daripada jiran-jiran serantau dan negara-negara lain yang baik," katanya.
Hasil daripada analisis terhadap data satelit, dirumuskan kedudukan terakhir Penerbangan MH370 adalah di tengah Lautan Hindi, barat Perth, Australia.
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak kemudian mengumumkan pada 24 Mac, tujuh belas hari selepas kehilangan pesawat itu, Penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi". Operasi mencari diteruskan di kawasan itu.
Hishammuddin berpendapat dunia memerhatikan Asean susulan tragedi MH370, dan ini, menurutnya merupakan saat sesuai untuk Malaysia menunjukkan keupayaan kepimpinannya.
Beliau berkata, turut disedari bahawa hubungan antara menteri-menteri pertahanan Asean perlu diperluaskan, tetapi ini perlu berlaku tanpa menjejaskan asas penubuhan Asean.
Asean dianggotai Brunei Darussalam, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ADUKAN ISU DAN MASALAH ANDA