Ahad, Februari 02, 2014

PAS DIPERKUDA OLEH DAP DAN PKR

Mohd Khairuddin Aman Razali

Kecoh lagi. Kesetiaan PAS bertakhalluf siyasi dengan PKR dan DAP teruji lagi. Kali ini Bekas ADUN kajang Lee Chin Cheh pula korbankan diri dengan letakkan jawatannya, konon memberi laluan kepada Anwar Ibrahim. Apa lagi strategi Anwar untuk terus menjadi Perdana Menteri Malaysia, berbagai cara telah dihalalkan oleh Anwar untuk memenuhi hasratnya menawan Putrajaya, setakat ini masih tidak diperkenankan Allah SWT. 

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali (gambar) telah mempertegaskan tindakan mempertikaikan kedudukan Abdul Khalid, umpama mempertikaikan kebijaksanaan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Sekiranya benar perlu ditukar menteri besar, secara mudah boleh serahkan kembali kepada PAS dan kami akan memilih ADUN Cempaka, Iskandar Abdul Samad sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru.." katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Khairuddin mendakwa kepimpinan Abdul Khalid dikecam berikutan terdapat pihak dalam kalangan PKR yang gagal mendapat manfaat peribadi daripada Menteri Besar itu. Beliau juga mendakwa Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Kajang sengaja diadakan bagi mengelakkan jawatan menteri besar itu beralih tangan kepada PAS, "ini sebagai satu pengkhianatan terhadap rakan takhalluf siyasi, tindakan sangat licik dalam berpolitik untuk kepentingan parti sendiri bukan kepentingan PR.."

"Melibatkan diri dengan PRK Kajang semata-mata untuk memenangkan agenda DSAI menjadi Menteri Besar menggantikan Abdul Khalid juga suatu pengkhianatan terhadap PAS..."katanya lagi.

Komen Taming Sari

Apakah rakyat masih belum nampak siapakah sebenarnya pengkhianat bangsa? Anwar ingin membalas dendam terhadap nasibnya yg lalu, yg diletakkan segala kesalahannya kepada UMNO BN. Walhal beliaulah yang telah melakukan kesalahan-kesalahan tersebut.

Demi menawan Putrajaya, beliau boleh sepakat dengan DAP supaya mengosongkan kerusi DUN Kajang, dan memberi laluan kepada Anwar dengan kebijaksanaanya kelak akan dapat mengukuhkan benteng PKR bertahan di Selangor. Kenapa beliau tidak sepakat dengan PAS? Kenapa lebih mudah sepakat dengan DAP? Pasti Anwar tahu PAS tidak akan sanggup membuka jalan untuknya menggantikan kedudukan Abdul Khalid sebagai MB Selangor pada masa akan datang?. Marilah kita menyedari, betapa bahaya yang akan menimpa bangsa agama dan negara hasil kerosakan yang dilakukan oleh Anwar dan seluruh Pakatan Haramnya...

Jelaslah PAS telah diperkuda oleh DAP dan PKR demi menjayakan matlamat mereka yang sebenar. Matlamat menghalalkan cara. Kalau pun PKR itu benar-benar ikhlas, kenapa tidak melebur parti tu atas nama PAS sahaja...kenapa perlu ada PKR? Ini bermakna parti Melayu Islam itu mempunyai niat yang berbeza dengan PAS, sekurang2nya tidak meletakkan agama sebagai teras perjuangan. PAS hanya batu loncatan mereka...cukuplah PAS, sedar lah....jom sokong UMNO BN..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ADUKAN ISU DAN MASALAH ANDA