Ahad, Februari 02, 2014

MENYINSING TANGAN MENYIMPUL BICARA SIRI 01



Disusun semula oleh
Taming Sari Moden

PRU 14 boleh mengulang kembali petaka PRU 13, jika Anwar Ibrahim, anak bekas attendent hospital yang menjadi ketua perencanaan bala itu tidak disingkirkan dari impiannya untuk menjadi juara di Putrajaya.

Disebalik keghairahan Anwar untuk berkuasa adalah kuasa asing termasuk sokongan padu dari ultra kiasu dalaman. Bangsa Melayu mesti bersatu menentang setiap penjuru rancangan Anwar jika tidak mahu mengulangi sejarah bangsa Palestin. Bahkan impian Anwar mesti diberi noktah demi kemuliaan agama bangsa Malaysia. Deretan peristiwa yang menimpa bangsa Melayu sebaik sahaja berakhir PRU 12 dan PRU 13 seharusnya dijadikan teladan sepanjang zaman. Bangsa Melayu dihina oleh parti pembangkang dengan sewenang-wenangnya dari setiap arah penjuru.. Semua hak dan maruah bangsa Melayu dipersenda. Melayu dikatakan pula bangsa pendatang yang setaraf dengan bukan Melayu. Hak istimewa disanggah, seolah-olah mereka mahu, apa yang termaktub dalam Akta 152 dan 153 Perlembagaan Persekutuan mersti dibuang, kesucian Islam diperlekeh. Segelintit bukan melayu sudah berani mendesak agar azan tidak dilaungkan di masjid terutama waktu subuh, kemuliaan Raja-raja Melayu dihina. Belum pernah terjadi dalam sejarah pasca merdeka, kuasa Raja Melayu dihina dan dicabar di mahkamah. Lagu Kebangsaan Negara dijadikan bahan lawak jenaka.

Segolongan bukan melayu bagaikan menolak institusi diraja iaitu sebuah institusi tertua yang sudah mendarah-daging dalam masyarakat melayu. Bangsa Melayu dilarang bercakap tentang nasib dan hak mereka. Jika bercakap tentang masa depan dan usaha untuk membela kekuatan ekonomi sosial, dan ketuanan Melayu maka dituduh RASIS. Sebaliknya melayu langsung tidak boleh mempersoalkan sikap dan apa juga perkara yang menyentuh pihak bukan melayu. Sedangkan dalam masa yang sama puak bukan melayu perlu dibenarkan untuk menghina, mengutuk dan menebaklkan sikap perkauman dikalangan mereka. Mereka menuduh melayu sebagai pihak pembuli orang bukan melayu, bukan melayu menuntut pelbagai hak setaraf dengan bumi putra. Realitinya setelah pembangkang yang berindokkan DAP memenangi 82 kerusi parlimen, bangsa melayu seakan-akan menjadi pendatang dinegara sendiri, meskipun kuasa parlimen masih dalam genggaman melayu. 

Lihatlah dengan mata dan hati yang bijaksana akan masa depan bangsa melayu, sekiranya orang Melayu hilang kuasa politik. Sedangkan di waktu Melayu masih ada kuasa untuk memerintah pun pihak pembangkang bukan melayu sudah begitu berani menolak dan menghina Melayu, mengutuk dan mempersenda kemuliaan raja-raja Melayu, misalnya dalam insiden sewaktu majlis pertabalan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong ke 14, bayangkan  apa yang bakal terjadi kepada bangsa melayu apabila kuasa politik Melayu hilang sepenuhnya. Perjuangan ini wajar dianggap jihad demi menyelamatkan kuasa politik, menyelamatkan bangsa melayu, agama Islam, Raja-raja, Akta Perlembagaan dan negara. Maka persiapkan minda, padukan usaha dan perkukuhkan jiwa untuk menempuh perang paling bahaya dan terakhir dalam dekad ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ADUKAN ISU DAN MASALAH ANDA