Jumaat, Oktober 03, 2014

KENAIKAN HARGA MINYAK....APA PERANAN KITA?

jem

Pembahasan diambil dari blog Arusbaru.com

Artikel ini ditulis pada 12/Sept/2013
Kenaikan harga minyak petrol dan diesel semalam telah menimbulkan pelbagai jenis reaksi kepada rakyat Malaysia.[i] Begitu ramai pihak yang telah memberikan komentar sama ada ahli politik, tokoh negarawan, mahupun golongan agamawan. Rakyat pada masa yang sama nampaknya tertekan dengan perkara ini dengan begitu banyak komentar negatif di laman-laman sosial.

Jumaat, April 11, 2014

MH370 DIRAMPAS, BUKAN TERHEMPAS? ADA FAKTA DAN DATA....MUNGKIN SATU PANDANGAN..



Risikan Russia dakwa MH370 dirampas bukan terhempas!

MH370: KENAPA ARTIKEL SINAR DITARIK BALIK? ADA APA DGN DATA SETELIT AMERIKA DI PINE GAP AUTRALIA?


Artikel Mkini semalam ada menyiarkan penafian dari seorang wakil Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur akan konspirasi Diego Garcia. -

Khamis, April 03, 2014

MH370 KITA JUGA ADA KEHEBATAN

Disusun Semula Oleh Taming Sari
Sumber Rujukan : Putera Merdeka

Jangan pandang remeh dengan aset negara kita..! Malaysia sebagai sebuah negara yang luas perairan pantainya tentu memerlukan aset aset yang baru, moden dan terkini dalam menjaga kedaulatan wilayahnya..!

Itu sebab kita sentiasa mempastikan kesiapsagaan anggota dan aset negara dalam menempuhi apa jua cabaran..! syabas..!!!

Walaupun sudah mencecah lebih 20 hari akhirnya tiba jugak KD Lekiu di Perth, kita perlu faham bahawa kapal kapal yang lain pasti sedang dipersiapkan bagi membantu SAR yang meliabtkan 26 buah negara tu. Tentunya mereka sedang sebok mempersiapkan diri dan kapal bagi mengharungi lautan tu..!

Kita pun harap jangan pulak semua digerakkan ke Australia kerana takut tiada siapa yang nak menjaga perairan terutama di Sabah @ Lahad Datu yang mampu dicerobohi selain takut tiba ke Australia bulan depan pulak..!!!

MH370, MUJURLAH HISHAMMUDDIN ADA HUBUNGAN ERAT DENGAN AS

Disusun Semula oleh Taming Sari
Sumber Rujukan: Putera Merdeka

Dalam menghadapi kemelut yang melanda negara disebabkan isu MH 370, rasanya kita kena berterima kasih kepada Hisham selaku Menteri Pertahanan yang dilihat berjaya menjalin hubungan baik dengan pihak berkuasa Amerika terutama pasukan ketenteraan mereka.

Ini dibuktikan dengan kehadiran Hisham pada  Januari lalu dengan mengadakan lawatan kerja yang dilihat mampu menjalin hubungan rapat lagi erat dengan kuasa dunia itu.

Lawatan pertama Hisham tersebut dilihat dan diberitakan sangat berjaya…

MH370 TEORI ISRAEL YANG PERLU DIBERI PERHATIAN......



Semakin hari semakin jelas rasanya…

Baca tanpa translate kerana dikhuatiri menghilangkan makna dan maksud ayat…



Role Of Israel & Soros Exposed By MH370 Twin Jet In Tel Aviv

JIKA IA TIDAK TERHEMPAS....MAKA...



Disusun Oleh Taming Sari
Sumber `Putra Merdeka`

Kalau benar terhempas, selesai la..kita redha..!!! TAPI kalau kata ianya tidak terhempas dan masih lagi wujud macam mana?

SPEKULASI berhubung MH370 sentiasa wujud sejak hari pertama pesawat MAS itu hilang 8 Mac lalu dan spekulasi atau teori ini akan tetap dibangkitkan di internet selagi pesawat ini tidak berjaya ditemui.

MH 370 KITA BUKAN KEKURANGAN PAKAR-Kapten Nik Huzlan


Disusun semula oleh Taming Sari

Asyik dengar pendapat pakar asing jer..! sedangkan negara kita tak kurang pakar yang mahir dalam perihal pesawat…!
Cuba fahami maksud pakar tempatan ini..!!!
Apa berlaku dalam tempoh 90 saat sebelum transponder MH370 dimatikan? Itulah persoalan yang timbul kerana transkrip komunikasi antara kokpit dengan Pusat Kawalan Udara (ATC) selepas tengah malam 8 Mac lalu, tidak menunjukkan sebarang keganjilan.

Ahad, Februari 16, 2014

KHATIB PAS BERFAHAMAN LIBRELIS, TUHAN KITA NGAN KRISTIAN SAMA....ALLAH JUGA!

Add caption

Disusun Semula Oleh
Taming Sari

Rupa-rupanya, masih ada orang PAS yang kurang berpengetahuan dalam bidang Usuluddin walaupun sudah bergelar Ustaz malah telah diangkat menjadi Khatib Jemputan. Rupa-rupanya pengetahuan agama Islam mereka sekadar berserban, berjubah, berjanggut kambing dan menjadi ahli PAS. Islam yang sebenar-benarnya, sama ada dari segi akidah, pemahaman mahupun amalan, merupakan perkara yang jauh dari diri dan hati mereka.


Ini yang berlaku apabila seorang khatib jemputan yang merupakan YDP PAS Kawasan Padang Serai mempamerkan kecetekan ilmu dan kejahilannya yang amat murakkab dalam bidang usuluddin membabitkan Kalimah ALLAH.

Semuanya bermula apabila Masjid Muttaqin, Tamah Selasih, Kulim yang tereltak dalam PDM Taman Selasih bagi DUN N34 Lunas dan Parlimen P.17 Padang Serai menjemput Mohd Pauzi bin Tahir untuk menyampaikan Khutbah Jumaat.

JEMAAH GEREJA KAJANG BERTEPUK TANGAN : ANWAR BERI PENGHARAPAN MASA DEPAN




Disusun semula oleh
Taming Sari

Rujukan kepada www.dinturtle.blogspot.com, setuju memang terbaik angle juru foto TMI ambil gambar Anwar sedang berkempen dalam sebuah gereja di Kajang, ia telah menjadi salah satu pic evergreen beliau....Kat masjid tak boleh kempen, gereja pun jadik..

Pastinya Anwar bercakap mengenai pendiriannya tentang isu kalimah Allah, mustahil beliau tak sebut. Dah tentu Anwar memberi harapan kepada penganut lain, Kristian khususnya boleh menggunakan kalimah Allah sekiranya beliau diangkat menjadi ADUN Kajang atau Perdana Menteri Malaysia, dan dapat menawan PutraJaya. Sebab itu Jemaah Gereja bertepuk tangan. Anwar telah memberikan pengharapan, Muslim toleran membenarkan agama lain gunakan kalimah Allah...Allah dalam Islam pun benarkan kongsi nama...agaknya begitulah kata Anwar.

Sabtu, Februari 01, 2014

PAS DIPERKUDA OLEH DAP DAN PKR

Mohd Khairuddin Aman Razali

Kecoh lagi. Kesetiaan PAS bertakhalluf siyasi dengan PKR dan DAP teruji lagi. Kali ini Bekas ADUN kajang Lee Chin Cheh pula korbankan diri dengan letakkan jawatannya, konon memberi laluan kepada Anwar Ibrahim. Apa lagi strategi Anwar untuk terus menjadi Perdana Menteri Malaysia, berbagai cara telah dihalalkan oleh Anwar untuk memenuhi hasratnya menawan Putrajaya, setakat ini masih tidak diperkenankan Allah SWT. 

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali (gambar) telah mempertegaskan tindakan mempertikaikan kedudukan Abdul Khalid, umpama mempertikaikan kebijaksanaan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Sekiranya benar perlu ditukar menteri besar, secara mudah boleh serahkan kembali kepada PAS dan kami akan memilih ADUN Cempaka, Iskandar Abdul Samad sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru.." katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Khairuddin mendakwa kepimpinan Abdul Khalid dikecam berikutan terdapat pihak dalam kalangan PKR yang gagal mendapat manfaat peribadi daripada Menteri Besar itu. Beliau juga mendakwa Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Kajang sengaja diadakan bagi mengelakkan jawatan menteri besar itu beralih tangan kepada PAS, "ini sebagai satu pengkhianatan terhadap rakan takhalluf siyasi, tindakan sangat licik dalam berpolitik untuk kepentingan parti sendiri bukan kepentingan PR.."

"Melibatkan diri dengan PRK Kajang semata-mata untuk memenangkan agenda DSAI menjadi Menteri Besar menggantikan Abdul Khalid juga suatu pengkhianatan terhadap PAS..."katanya lagi.

Komen Taming Sari

Apakah rakyat masih belum nampak siapakah sebenarnya pengkhianat bangsa? Anwar ingin membalas dendam terhadap nasibnya yg lalu, yg diletakkan segala kesalahannya kepada UMNO BN. Walhal beliaulah yang telah melakukan kesalahan-kesalahan tersebut.

Demi menawan Putrajaya, beliau boleh sepakat dengan DAP supaya mengosongkan kerusi DUN Kajang, dan memberi laluan kepada Anwar dengan kebijaksanaanya kelak akan dapat mengukuhkan benteng PKR bertahan di Selangor. Kenapa beliau tidak sepakat dengan PAS? Kenapa lebih mudah sepakat dengan DAP? Pasti Anwar tahu PAS tidak akan sanggup membuka jalan untuknya menggantikan kedudukan Abdul Khalid sebagai MB Selangor pada masa akan datang?. Marilah kita menyedari, betapa bahaya yang akan menimpa bangsa agama dan negara hasil kerosakan yang dilakukan oleh Anwar dan seluruh Pakatan Haramnya...

Jelaslah PAS telah diperkuda oleh DAP dan PKR demi menjayakan matlamat mereka yang sebenar. Matlamat menghalalkan cara. Kalau pun PKR itu benar-benar ikhlas, kenapa tidak melebur parti tu atas nama PAS sahaja...kenapa perlu ada PKR? Ini bermakna parti Melayu Islam itu mempunyai niat yang berbeza dengan PAS, sekurang2nya tidak meletakkan agama sebagai teras perjuangan. PAS hanya batu loncatan mereka...cukuplah PAS, sedar lah....jom sokong UMNO BN..



MENYINSING TANGAN MENYIMPUL BICARA SIRI 01



Disusun semula oleh
Taming Sari Moden

PRU 14 boleh mengulang kembali petaka PRU 13, jika Anwar Ibrahim, anak bekas attendent hospital yang menjadi ketua perencanaan bala itu tidak disingkirkan dari impiannya untuk menjadi juara di Putrajaya.