Ahad, Disember 08, 2013

BANJIR....PIMPINAN PEMBANGKANG CUCI TANGAN...SEMUA SALAH KERAJAAN UMNO BN...

“KERAJAAN DISARAN MENGISYTIHARKAN KAWASAN DILANDA BANJIR SEBAGAI KAWASAN BENCANA”
3 Safar 1435/ 6 Disember 2013

Parti Islam SeMalaysia (PAS) menyeru kepada pihak kerajaan agar dapat mengisytiharkan kawasan di Kuantan, Pahang dan daerah Kemaman, Terengganu sekarang ini sebagai “Kawasan Bencana” akibat dari dilanda banjir yang terburuk dalam sejarah negeri berkenaan.
Pengisytiharan sebagai kawasan bencana ini adalah perlu kerana ianya akan membolehkan proses menyelamatkan nyawa penduduk dan penghantaran bekalan makanan, pakaian, air bersir terutamanya dapat dilakukan dengan kadar yang sangat segera tanpa kerenah birokrasi, dan bencana banjir ini diangkat sebagai perkara-perkara yang sangat perlu disegerakan penyelesaiannya di peringkat nasional.
Realiti yang berlaku sejak dua hari lalu ialah kelambatan dan kekurangan kelengkapan untuk menyelamatkan nyawa penduduk yang dilanda bencana ini, sehingga menyebabkan ada petugas agensi kerajaan yang terlibat juga menyuarakan kekecewaan mereka terhadap kelambatan bantuan selain dari diremehkan oleh pihak atasan mereka.
Bencana banjir ini tidak mengenal parti politik, usia dan status dalam masyarakat. Hati saya sungguh tersentuh melihat anak-anak kecil yang menangis kelaparan, ibu yang memandang dengan hampa, mangsa yang menggigil kesejukan tanpa pakaian dan selimut dan sebagainya. Pihak PAS menerusi berbagai jenteranya telah dikerah untuk membantu dengan sepenuh tenaga, walaupun berdepan dengan berbagai kekurangan. Tetapi keperluan asas adalah masih sangat tidak mencukupi untuk menampung keperluan penduduk yang dilanda musibah ini. Ketiadaan bekalan air bersih ini akan menyebabkan wabak lain yang melanda sebaik sahaja air mula surut nanti.
Sehubungan dengan itu, PAS menyeru kepada pihak kerajaan yang mempunyai dana khusus ini supaya dapat lebih proaktif dan segera bertindak bagi membantu rakyat kita yang dilanda bencana ini.

Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Taming Sari:
Kenyatan Tuan Guru tersebut dimanfaatkan oleh pimpinan pembangkang untuk lepas tangan dari tanggung jawab mereka membantu rakyat dikawasan jajahan mereka. Di Kuantan dan Indera Mahkota sendiri pimpinan pembangkang hanya sekadar tunjuk muka di pusat-pusat pemindahan banjir tanpa memberikan sebarang bentuk bantuan yang bermakna kepada mangsa-mangsa banjir. Sebagai pimpinan negara yang jujur dengan rakyat, YAB Dato Seri Najib Tun Razak dengan rendash hati telah memohon maaf kepada semua mangsa banjir atas kelambatan bantuan banjir, itupun disebabkan terputusnya jalan-jalan utama ke negeri Pahang khususnya untuk membolehkan konvoi bantuan segera sampai ke kawasan bencana. Sebakliknya Ahli Parlimen Kuantan dan Indera Mahkota hanya muncul sekadar menjenguk dan melihat-lihat keadaan bertanya kabar.....rakyat menilai...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ADUKAN ISU DAN MASALAH ANDA