Ahad, Jun 02, 2013

DULU AMANAT HAJI HADI, LE NIH AMANAT USTAZ AZHAR IDRUS PULOK...!




Apa yang disebut oleh Tuan Guru Nik Aziz itu memang betul. Hudud itu mempunyai ruang lingkup yang luas, bukan sahaja terhadap kesalahan-kesalahan jenayah. Tetapi juga mencakup semua batasan-batasan syariat yg telah ditentukan oleh Allah SWT.


Begitu juga kenyataan Ustaz Azhar Idrus bahawa golongan Munafiq akan didicampak ke dalam neraka yang paling bawah sekali diakhirat kelak. Dan menurut beliau golongan munafiq itu adalah mereka yang menghalang tertegaknya undang-undang Islam, dan termasuk jugak mereka yang menyebelahi mereka. Apakah Ustaz Azhar adresskan kepada golongan UMNO-BN atau bersifat umum? Jika kenyataan itu bersifat umum, maka kita perlu terima bahawa amanat tersebut adalah benar dan boleh diikuti. Tetapi jika beliau adresskan hanya kepada UMNO-BN, maka beliau mengecualikan orang-orang Islam dalam PKR dan orang-orang Islam dalam DAP. Bukankah mereka bersubahat dalam mengukuhkan sebuah agenda men-Republikkan Malaysia ini?. Kalau PKR itu benar berada di atas landasan-landasan Islam, sama-sama memperjuangkan Islam dan syariatNya, mengapa tidak terus berada dalam PAS saja? Apakah pembangkang PAS berbeza dengan pembangkang PKR? Muslim PAS berbeza dengan muslim PKR? 

Tidak semestinya berada dalam UMNO-BN maka jadi munafiq dan dikira semuanya menolak Islam. Contoh; Indonesia sebuah negara sekuler....apakah semua rakyatnya dikira berfahaman sekulerizm dan memperjuangkan fahaman itu?. Sudah tentu bukan organisasi yang menentukan samada seseorang itu munafiq atau tidak. Duduk dalam PAS pun ada munafik. Duduk dalam PKR pun ada jugak munafik. UMNO-BN sejak dulu akui kelemahan diri, cuma PAS bersama PR sentiasa merendah-rendahkan sesama muslim dan menganggap diri mereka sahaja calon syurga, orang soleh, atau pejuang sebenar. 

"Janganlah disebabkan kamu benci dengan sesetengah pihak menyebabkan kamu tidak berlaku adil..." Maksud firman Allah SWT, sama-sama kita amalkan demi mewujudkan kesejahteraan di dunia dan diakhirat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan