Sabtu, Disember 08, 2012

SYAHSIAH NABI TAK PERNAH DOA KEHANCURAN SESAMA MANUSIA...

08.12.2012-

Melalui paparan Suroh Al Baqarah ayat 186, Allah swt telah menyatakan di dalam firmanNya: 

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepada engkau (Ya Muhammad) tentang AKU, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku juga memperkenan doa-doa orang yang bermohon, apabila dia berdoa kepadaKU, mudah-mudahan mereka berjalan lurus". 


ASBABUN NUZUL AYAT (SEBAB-SEBAB diturunkan ayat)

Menurut riwayat Ibnu Jarir dan Abu Hathim dan lain-lain diterangkan, bahawa seorang penduduk dusun telah datang kepada Rasulullah saw.1 lantas bertanya:

"Adakah Tuhan itu dekat supaya kami berbisik kepadanya.". Kemudian turunlah ayat tersebut yang merupakan jawapan atas pertenyaan sebelum ini., bahawa Tuhan itu dekat, Tuhan itu memperkenankan doa orang yang memintabahkan Allah swr

Ada pun riwayat lain yang menyatakan bahawa sebab-sebab turunnya ayat tersebut adalah ketika dalam peperangan Khaibar,  kaum muslimin berdoa dengan suara yang keras, laksana org yg berteriak-teriak, maka Nabi pun menegur.

"Kawallah dirimu, sebab kamu bukan berseru kepada orang yang tuli dan ghaib,"

Satu hal yang jelas, ialah doa itu adalah satu cara yang mengatur hubungan antara manusia dengan Tuhan.

Walaupun Rasulullah saw mampu mendoakan kehancuran terhadap musuh-musuhnya, namun tidak terdapat dalam riwayat hidup baginda mendoakan kehancuran ke atas mereka. Walhal demi untuk mencapai kemenangan Islam dengan cara yang lebih cepat, nabi boleh menggunakan kekuatan mukjizatnya untuk kepentingan Islam, tetapi semua itu tidak terdapat dalam khazanah sunnah perjuangan Nabi saw.

Komentar akan bersambung lagi....




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ADUKAN ISU DAN MASALAH ANDA