Selasa, Mac 20, 2012

SIAPAKAH YANG BENAR......?




Oleh Taming Sari

Pemecatan Datuk Dr Hassan Ali telah menjadi isu yang besar dikalangan masyarakat awam. Sebahagian ahli PAS sendiri agak terkejut dengan pemecatan tersebut. Sebenarnya, apakah yang berlaku, hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Namun berbagai persepsi masyarakat terhadap isu ini. Jika  benar segala dakwaan terhadap Datuk Dr Hassan Ali, bahawa beliau dianggap penghalang PR menuju ke Putra Jaya, maka wajarlah beliau dipecat oleh parti beliau sendiri. Jika ditinjau dari undang-undang PAS dan perjanjian dengan DAP dan PKR, maka memang tepat masanya Datuk Dr Hasan Ali di singkirkan dari PAS.

Namun jika ditinjau dari segi Islam itu sendiri sebagai agama yang membawa rahmat kepada kehidupan insan, maka pemecatan itu bakal menimbulkan fitnah yang lebih besar kepada parti PAS dan kepada negara. Tidak mungkin dosa Datuk Dr.Hassan Ali tidak terampunkan jika nak dibandingkan dosa bersekongkol dengan khalwatnya beberapa kepimpinan pembangkang yang lalu. Tapi, itulah yang telah berlaku.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ADUKAN ISU DAN MASALAH ANDA