Disusun semula oleh Taming Sari
Berikutan penahanan ke atas pelakun terkenal Bob Lokman oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) disebabkan berceramah tanpa tauliah, terus mendapat perhatian dan liputan oleh banyak pihak. Sepatutnya setelah menyertai PAS, BOB Lokman berubah menjadi manusia yang baik, bijak bukan semakin teruk dek penangan politik yang sempit dan bersimpang siur....
Agak keterlaluan apabila setelah ditahan oleh JAIS, Bob Lokman menyalahkan UMNO pula, apa kaitannya?.
Tahukah Bob Lokman bahawa JAIS adalah satu jabatan kerajaan dibawah KERAJAAN CAMPURAN yang diketuai oleh MB PKR?
Tahukah Bob Lokman bahawa JAIS adalah dibawah seliaan Exco Hal Ehwal Islam dari PAS iaitu DR. Hasan Ali?
Tahukah Bob Lokman bahawa arahan tauliah tidak diberi kepada ahli politik adalah dari Sultan Selangor ?
Kenapa Bob Lokman memilih menyalahkan orang lain, pihak yang tiada kene mengena langsung dengan JAIS ?
Bob Lokman disarankan menggunakan OTAK dan akal fikiran waras jika mahu membuat sebarang kenyataan. Jangan malukan diri kamu dan keturunan kamu sebagai waris Tok Kenali.
Ketua Pesuruhjaya PAS selangor Dr. Abdul Rani Osman menggesa JAIS agar bersikap lebih terbuka dalam menjalankan tugas sebagai salah sebuah institusi yang m,emperkasakan Islam di negeri itu, dan beliau menjelaskan segala usaha-usaha JAIS itu nanti akan menghalang dan mengekang proses pembelajaran agama di negeri ini.Menurut Dr Rani lagi, JAIS sepatutnya mendengar terlebih dahulu ceramah yang disampaikan BOB Lokman, kemudian kalau tidak betul, JAIS hendaklah panggil untuk memberi nasihat.
Taming Sari merasakan bahawa sebahagian besar penceramah PAS ditanah air tahu undang-undang dan tak makan nasihat. Mengutuk dan mencaci kepimpinan yang ada hari ini, dah menjadi mainan di mulut mereka. Tak percaya pergilah dengar mana-mana ceramah mereka. Mula-mula memang syahdu dengan doa dan munajat....tapi dihujung-hujungnya mengutuk dan mencaci serta merendah-rendahkan orang yang tak sealiran dengan mereka. Sebenarnya berapa kerat dikalangan penceramah PAS yang mahu tunggu dan dengar dengan tekun ceramah yang disampaikan oleh orang lain.Khususnya ceramah UMNO, mereka tak akan tunggu nak dengar. Depa blah....sambil mengejek. Seolah-olahnya ceramah pembangkanglah yang paling hebat. Jadi, eloklah mereka juga dikenekan tindakan yang sama. Peraturan tidak mengenal sesiapa, atau dari parti mana. Bekas mufti Perlis pun ditahan kerana berceramah tanpa tauliah, Dr Asri parti mana? Padahal ceramah Dr Asri jauh lebih ilmiah dari ceramah Ustaz Bob Lokman.....
Sampailah masanya kita menyerang pulak, selama ni kita sekadar bertahan..