Ahad, Mac 14, 2010

SOLAT IKUT NABI, ATAU SOLAT IKUT SELERA..?


SIRI PERTAMA

Oleh Taming Sari

“Saya dah expert bab solat ni…….” Kitaorang dah mahir sangat bab solat ini. Dah bertahun-tahun sembahyang, takkan tak betul lagi…….” “Asalkan dah solat cukup lah.....yang penting solat.
“Perlukah solat semata-mata ikut nabi?” Inilah kata-kata yang selalu kita dengar apabila mana-mana ustaz  menyebut tentang solat. Bahkan bab solat ni dah tak perlu dikaji-kaji lagi. Sebahagian orang-orang Islam tidak merasakan penting melaksanakan amalan solat sesuai dengan pertunjuk nabi saw. Kadang-kadang kita sangat berpuas hati dengan tahap amali solat kita, sehingga kita rasa yakin benar, Allah pasti akan menerima solat kita.

Terdapat hadis Hasan riwayat Asbahani di dalam At Targhib. Rasulullah saw pernah berpesan:

اِنَّ الرَّجُلَ لَيصلى ستين سنة وما تُقُبَّلَ له صلاةٌ ولعله يُتِمُّ الركوع ولا يتم السجود ويتم السجود ولايتم الركوع

Sesungguhnya ada seorang lelaki yang telah solat selama 60 tahun, Allah tidak menerima solatnya, barangkali sempurna rukuknya tidak sempurna sujudnya, sempurna sujudnya tidak sempurna rukuknya..”

Berdasarkan hadis di atas jelas menunjukkan bahawa bagi seorang mukmin, dia perlu berwaspada tentang amalan solatnya. Dia mesti merasa-rasakan bahawa apakah Allah terima solatnya selama ini. Kalau terima takpa, macamana kalau Allah tidak menerima lantaran sujud atau rukuknya tidak menepati pertunjuk nabi saw. Sedangkan Rasulullah saw telah bersabda: “Solatlah sebagaimana kamu tengok aku solat...”

Pada hari ini kita tidak boleh melihat nabi saw solat, kerana baginda telah wafat. Justru itu kita mesti melihat sunnahnya. Kita mesti melihat hadis-hadis baginda yang saheh berkaitan dgn sifat solatnya yang telah ditunjuk ajarkan kepada seluruh para sahabat ra. Tidak ada satu ruang pun dalam praktik solat samada aqwal atau af`al yang boleh kita reka-reka atau ruang yang boleh kita buat-buat ikut selera manusia.Kalau solat tak ikut nabi saw, maka kita solat ikut siapa?

Salafi melihat sebahagian umat islam yang kononnya melaksanakan sunnah nabi saw. Walaupun lengkap dengan serban, jubah, bercelak, berkayu sugi dan bertasbih ke sana-ke mari beranggapan mereka paling bersunnah nabi, malangnya bila masuk sof solat, takbirnya, takbiratulihramnya, bacaan fatihahnya, ruku dan sujudnya tidak lagi mengikut sunnah nabi saw. Malah sebahagian dari kalangan umat islam yang menunai kan solat, tidak tahu apakah  selama ini, rukuknya atau sujudnya menepati ajaran nabi saw. Atau sekadar prasangka, rasa-rasa atau mengikut selera masing-masing. 

Macamana jika Allah menolak solat kita selama ini?  Pernahkah kita ambil tahu, bagaimana sebenarnya rupabentuk rukuk dan sujudnya Rasulullah saw? Ayo, ikuti siri berikutnya tentang pengajian sifat solat nabi saw.

Taming Sari

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ADUKAN ISU DAN MASALAH ANDA