Khamis, Ogos 06, 2009

LET`S TALK ABOUT OUR REAL FUTURE......

video

Mati itu adalah benar, bukan cerita 1001 malam, liang lahad itu benar, soalan kubur, pertanyaan nunkar nakir itu benar bukan dusta, pukulan kubur, siksana kubur, ular Saujatul Akra itu benar,

Kesepan, kesunyian dalam kubur sampai kiamat itu benar, ulat-ulat, cacing, kala jengking, lipan-lipan yang akan merobek daging di dalam kubur adalah benar, dataran mahsyar, pertemuan di hari hisab, perhitungan itu semua adalah benar........Cuma manusia sahaja yang berat mahu membenarkannya.

Syurga neraka adalah milik Allah swt. Tidak pernah Allah `menswasta`kan syurga kepada mana-mana individu, atau kepada mana-mana pertubuhan disebabkan tidak mampu lagi menjaganya. Walaupun kita PAS sekali pun, UMNO sekali pun mahupun PKR sekali pun.......bukan parti yang menentukan ke syurga atau ke neraka. Parti hanya wasilah, bukan Ghoyah (matlamat), maka agama melarang taksub kepada parti atau mana-mana individu.

Lebih teruk lagi, PAS meletakkan logo bulan hijau purnama sebagai LOGO SYURGA. Bila di tanya ni logo apa.......mereka jawab ni la logo syurga. Sebab itu logo syurga di tampal di kopiah, di kereta bahkan di balai-balai mereka. Sapa yang isi borang berlogo ini, maka dia akan masuk syurga......Bukankah ini mengadakan benda-benda baru dalam agama?.Jangan kita adakan hal-hal baru dalam agama, kerana itulah kesesatan yang nyata.

Marilah kita bersatu di bawah satu wawasan bernegara. Buatlah kebaikan dan hubungan yang akrab bukan sahaja kepada Allah, malah sesama manusia. Apatahlagi sesama muslim. Ini tuntutan Islam. Inilah amal syurgawi.

Salafi Abu Amri Zulfiqar

FALSAFAH ISLAM DALAM MENGHADAPI PENYAKIT

Falsafah Islam Dalam Menghadapi Penyakit

Islam adalah agama yang diutuskan oleh Allah untuk kemaslahatan manusia. Ia adalah panduan dan ketetapan demi kebaikan manusia semata. Ia adalah ajaran Allah bagi menyelesaikan masalah dan cabaran yang dihadapi oleh manusia dalam berbagai sudut.

Ajarannya mengandungi kepercayaan lurus yang wajib dipasakkan dalam jiwa insan, juga mengandungi tindakan tepat dalam kehidupan. Dalam ertikata lain, Islam memandu jiwa insan, demikian ia juga memandu amalan dan tindakannya.

FAHAMI KONSEP

Kebahagiaan hidup insan itu bergantung kepada jiwa yang baik, juga kebendaan yang mencukupi. Maka Islam memerintah insan beriman bahawa rezeki adalah kurniaan Allah, di samping dia mesti berusaha mencapai kurniaan itu melalui peraturan yang Allah tetapkan untuk alam ini.

Bekerja, berusaha dan berpenat lelah untuk mendapatkan rezeki diperintah oleh Allah. Insan tidak dibenarkan duduk berdoa menunggu rezeki datang tanpa berusaha. Namun, jika dia sudah berusaha tetapi tidak berjaya disebabkan faktor-faktor yang berlaku di alam ini, maka kegagalan itu bukan lagi kesalahannya.

Dia diberikan pahala atas segala usaha dan kesungguhannya, sekalipun tidak berjaya. Bahkan dia diberikan ganjaran pahala yang lebih atas redha dan kesabarannya. Hendaklah dia beriman bahawa Allah boleh mendatangkan rezeki kepadanya dengan berbagai cara, sekalipun tanpa usaha daripadanya. Namun usaha adalah perintah Allah.

Walaupun usaha bukan faktor segalanya, namun ia adalah salah satu sebab yang Allah letakkan di alam ini untuk rezeki diberikan kepada seseorang hamba. Kegagalan usaha adalah ujian Allah yang biasanya berlaku disebabkan sistem atau perjalanan alam yang Allah tetapkan juga. Ini seperti kemarau, hujan, kezaliman, persaingan hamba-hamba Allah yang lain dan seumpamanya.

Allah tidak menzalimi hambanya, namun dunia ini bukan dihuni oleh dia seorang, tetapi berkongsi dengan makhluk-makhluk Allah yang lain. Juga dunia ini ada sistem yang berjalan seperti hujan, panas, kematian, kehidupan, malam, siang, tua, sakit dan seumpamanya yang tidak boleh diubah melainkan dengan kehendak Allah semata. Maka insan hendaklah sedar, ketika dia berusaha, dia sebenarnya menunaikan perintah Allah dan merupakan amal ibadah buatnya di akhirat. Jika dia gagal, bukan bererti Allah menzaliminya tetapi dia adalah makhluk yang terpaksa tunduk kepada perjalanan alam yang Allah ciptakan.

Kekerdilan insan tidak mungkin membolehkan dia mengatasi segala cabaran alam dengan sekadar usaha semata, maka di situ dia disuruh bertawakkal dan berdoa. Hanya Allah yang Maha Berkuasa boleh mengubah perkara yang lazim bagi alam.

Namun, jika dia tetap diuji, bererti dia mesti terus berusaha sementara Allah tetap memberi pahala kepadanya. Dengan itu dia telah menggabungkan iktikad dan tindakan. Menyebabkan dia cuba mematuhi tuntutan alam yang Allah tetapkan, dalam masa yang sama jiwanya bergantung kepada Allah.

WABAK DAN PENYAKIT

Memahami konsep ini adalah penting dalam kehidupan muslim agar betul iman dan tindakan. Dalam menghadapi bahaya yang mengancam; Islam melarang manusia memusnahkan diri mereka secara sia-sia.

Diharamkan membunuh diri sendiri atau orang lain, mencederakan diri atau orang lain. Semua itu dilarang melainkan dengan sebab yang sah seperti perang, bunuh balas, hukuman dan seumpamanya.

Firman Allah:
“Jangan kamu campakkan diri kamu ke dalam kebinasaan” (Surah al-Baqarah, ayat 195).

FirmanNya juga:
“jangan kamu bunuh diri kamu, sesungguhnya Allah sangat kasih kepada kamu” (Surah al-Nisa, ayat 29).

Dalam ertikata lain, menyelamatkan diri dari kemusnahan adalah tuntutan Islam. Dilarang menghampiri sebab-sebab yang membawa kemusnahan diri.

Nabi s.a.w ketika berbicara tentang taun menyebut:

“Jika kamu mendengarnya (taun) di sesuatu tempat, jangan kamu pergi kepadanya. Jika berlaku di sesuatu tempat sedangkan kamu berada di situ, jangan kamu keluar lari daripadanya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hadis ini mengajar tentang tindakan ‘quarantine’ agar penyakit atau wabak tidak tersebar. Hadis ini pernah dibaca oleh ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf kepada Khalifah ‘Umar bin al-Khattab ketika beliau bercadang pergi ke Syam semasa wabak taun sedang merebak di sana pada zaman pemerintahnya. Mendengar hadis ini, Amirul Mukminin ‘Umar al-Khattab membatalkan hasratnya. (lihat: Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, 3/5, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).

Jika terkena juga penyakit, Islam menyuruh pula penganutnya untuk berubat. Sabda Nabi s.a.w:

“Bagi setiap penyakit ada ubatnya. Apabila betul ubatnya, maka sembuhlah dengan izin Allah.” (Riwayat Muslim).

Kata Al-Imam Nawawi (meninggal 676H): “Hadis ini memberi isyarat disunatkan mengubat penyakit. Inilah mazhab ashab kita (aliran mazhab al-Syafi`i), kebanyakan salaf dan keseluruhan khalaf.

Kata al-Qadi ‘Iyadh: Dalam hadis-hadis ini terkandung beberapa ilmu-ilmu agama dan dunia; benarnya ilmu perubatan, diharuskan berubat secara keseluruhannya…Hadis-hadis ini juga menolak golongan sufi yang melampau yang membantah berubat dan berkata: “Kesemuanya dengan qada dan qadar Allah, tidak memerlukan kita berubat”. Hadis-hadis ini adalah hujah para ulama dalam menolak mereka.” (Al-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 359/14, Beirut: Dar al-Khair).

Jika segala langkah telah diambil, namun penyakit atau wabak terkena juga sehingga mungkin membawa maut, maka ketika itu keadaan berada di luar dari penguasaan insan. Bukan semestinya tanda seseorang itu bersalah atau dibenci oleh Allah.

Ini sama seperti seseorang yang memandu kenderaan dengan cermat dan mematuhi undang-undang, namun tiba-tiba pihak lain melanggarnya, atau keretanya rosak dengan tiba-tiba, sudah pasti dia tidak dipersalahkan. Juga dia terpaksa menerima hakikat bahawa bukan dia seorang pengguna jalanraya.

Sikap cermat adalah satu faktor keselamatan, tetapi bukan segalanya. Namun apa yang dia mampu usaha hanyalah faktor tersebut, yang lain diluar bidang usahanya.

Demikian insan dan penyakit. Justeru itu, jika segala usaha telah dibuat untuk mengelakkannya, namun wabak dan penyakit menimpa juga, maka Nabi s.a.w pernah bersabda: “Siapakah yang kamu hitung sebagai syahid dalam kalangan kamu?”. Jawab para sahabat: “Wahai Rasulullah! Sesiapa yang mati pada jalan Allah maka dia syahid”. Jawab baginda: “Kalau begitu, para syuhada umatku sedikit”. Tanya mereka: “Siapakah mereka (syuhada) wahai Rasulullah?”. Jawab baginda: “Sesiapa yang mati pada jalan Allah maka dia syahid, sesiapa yang mati disebabkan taun maka dia syahid, sesiapa yang mati disebabkan sakit perut maka dia syahid” (Riwayat Muslim).

Dengan itu Islam cuba mengatasi bahaya kehidupan di dunia, dan dalam masa yang sama memberikan jaminan kehidupan di akhirat. Di sudut lain, Islam memberikan keselamatan kepada jasad, dan kerehatan kepada jiwa jika jasad gagal diselamatkan.

Justeru insan muslim akan berusaha menyelamatkan diri dari bahaya penyakit, dan akan redha kepada Allah jika gagal.
Artikel link Dr.MAZA.com

Ulasan Salafi:

Di negara kita sehingga hari ini dah 13 orang rakyat Malaysia terkorban disebabkan penyakit Influenza A (H1N1) ini. Kita peru berikthiar mencari penawarnya. Kita tidak boleh berpeluk tubuh. Dikalangan orang kita, ada yang bila disebut saja H1N1, terutama berkaitan dengan kematian disebabkan kes tersebut, ada dikalangan mereka yang mengeletar ketakutan macam nak demam. Pantang bersin, hidung berair, badan demam, dah tergambar dengan penyakit yang membawa maut ini, padahal hidung berair disebabkan tak tahan sejuk duduk dalam pejabat berhawa dingin.

Tapi ada baiknya juga dengan bersikap paranoid, diharapkan masyarakat yang sebegitu segera melakukan langkah-langkah pencegahan. Jangan pula Cuma kena `sawan` bila sebut kematian, tetapi lepas itu, makan pun tak basuh tangan! Alasannya orang gila makan sampah pun tak kena sakit perut.

Tapi ada juga dikalangan kita dari jenis sangat `pasrah`. Mereka tak kesah bila kita sebut, semalam ada dua kanak-kanak meninggal sebab H1N1 walaupun tidak ada menunjukkan apa-apa simpton seperti demam dan batuk. Orang begitu sangat pasrah kerana dia hanya memberikan respon semua itu sudah suratan takdir dalam kehidupan mangsa.

Alhamdulillah, rupanya dalam kemelut orang kita yang kerap dikatakan emosional dan alat politik, rupanya masih ada yang berpendirian begitu sabar dengan ketentuan takdir. Kalau begitulah orang kita senanglah doktor nak merawat. Tak perlu bagi ubat, sekadar suruh pulang dan tunggulah kalau dipanjangkan umur, kita jumpa lagi tahun depan. Sabarnya orang kita hingga kita lupa bahawa soal kematian itu memang pasti, tetapi Allah suruh kita berusaha, berikhtiar bukannya suruh bunuh diri, bukankah ada pepatah yang menyebut: mencegah lebih baik dari berubat?

Dalam soal ini, baik juga jika ada sikap panik dalam hati orang kita. Bila mereka panik, mereka akan segera berjuang untuk hidup. Mereka tidak sekadar tunggu dan lihat seperti kebanyakan orang kita yang kerap memberikan alasan ulat dalam batu pun boleh hidup.

(sila rujuk ruangan 7 minit bersama Islawati Azahari, Penolong Editor Sinar “H1N1 dan kesabaran orang kita” N6 bertarikh Khamis 06 Ogos 2009)

Jadi, Islam telah lama menganjurkan langkah-langkah pencegahan. Rasulullah saw pernah bersabda yang ertinya:

“Apabila anjing meminum dari bekas bejana seseorang daripada kamu, maka hendaklah kamu membasuhnya sebanyak 7 kali”

Kuman atau virus penyakit yang dibawa oleh binatang ternakan peliharaan atau binatang penjagaan seperti anjing perlu dikawal daripada menjangkiti manusia. Rasulullah saw menyuruh mana-mana bekas yang dijilat olehnya wajiblah dibasuh sebanyak 7 kali termasuk basuhan dengan air yang bercampur dengan tanah. Air yang bercampur dengan tanah ini mampu membunuh kuman yang terdapat dalam air liur anjing tersebut. Ini menunjukkan bahawa Islam bukan sahaja menganjurkan pengawalan dan pengubatan penyakit, bahkan pencegahan sebelum dari munculnya penyakit-penyakit tersebut.

Wallahu`alam

Salafi Abu Amri Zulfiqar