Isnin, September 14, 2009

RAMADHAN BULAN MENGATUR SOF PERJUANGAN

Apakah Tuan Guru mampu menjamin, undi PAS memang dapat pahala? Bukankah tidak ada nas yang qoth`e tentang itu? Hukumnya wajib, sunat atau harus?

Bukankah terang-terang Yahudi ada kat belakang mereka? Pastikan tidak berlaku sebarang kerjasama politik dengan mereka. Atau ada agenda lain?


Boleh je tuan guru?

Zaman dulu ni semua tak pernah berlaku.....bukan budaya org melayu islam ni...

Asalkan sifatnya merosak alam sekitar, merosak perpaduan, dah tentu islam dulu yang menentangnya. Sampai bila pun syara` tak benarkan walaupun dgn niat baik.

Catatan: Taming Sari

Kita berada di penghujung Ramadhan. Sebenarnya, inilah bulan yang dinanti-nantikan oleh org2 yg beriman, yang sayangkan Allah dan RasulNya, yang takut kepada azab Allah dan merindui syurgaNya, bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan, bulan yang lebih baik dari seribu bulan. Allah Maha Penyayang akan melipatgandakan segala amal kebaikan yang dibuat dalam bulan ini sebagai tanda kasihNya kepada mereka yg ikhlas beribadah kepadaNya. Di bulan ini Allah membuka semua pintu syurga dan menutup semua pintu neraka serta membelenggu semua syaitan, kecuali `syaitan manusia`. Syaitan inilah yg akan merosakkan kesucian bulan Ramadhan dengan segala kemaksiatan yang dilakukannya. Syaitan inilah yg tidak pernah berhenti melakukan kerosakkan di muka bumi terutamanya segala bentuk kejahatan, kekejaman dan kezaliman ke atas mereka yg benar-benar ikhlas beriman dan berjuang untuk meninggikan kalimah Allah dengan menegakkan DeenNya di dunia ini.

Seperti biasa umat islam diseluruh dunia menyambut Ramadhan sama seperti Ramadhan yang lalu, penuh dengan kesah suka duka, sedih dan memilukan. Umat Islam masih berpecah sesama mereka, negara mereka masih dibatasi sempadan palsu ciptaan penjajah. Pada Ramadhan-ramadhan yang lalu, kita menyaksikan umat islam di Afghanistan, Iraq, Palestin menjalani ibadah puasa di dalam keadaan linangan air mata dan darah kesan dari kebiadaban kaum kuffar yang menjajah dan mengganas di bumi mereka, begitu juga kita menyaksikan pada bulan Ramadhan umat Islam di Labanon menerima nasib yang sama. Di bahagian lain dunia Islam, sebahagian umat islam berbangga dengan keamanan yang dikecapi oleh negara-negara mereka dengan hanya berpangku tubuh menyaksi dan membiarkan penderitaan yang dialami saudara seagama mereka. Hilang sudah keimanan, lenyap sudah persaudaraan, terhapus sudah kasih sayang sesama saudara islam. Dan untuk Ramadhan tahun-tahun hadapan, apakah kita akan terus menyaksikan nasib yang sama menimpa umat islam?

Kehebatan Umat Islam pada bulan Ramadhan
Kita sedia maklum bahawa Rasulullah saw menganjurkan agar kita memperbanyakkan pelbagai aktiviti ibadah di bulan yang penuh keberkatan ini. Setiap tahun kita mendengar nasihat dan seruan tentang keutamaan beribadah di dalam bulan ramadhan. Tetapi kita jarang dijelaskan dengan peristiwa-peristiwa penting yang berlaku di bulan Ramadhan yang menunjukkan bukti kualiti puasa Rasulullah dan para sahabat yang wajib di contohi. Rasulullah dan para sahabat menjalani ibadah puasa tidak sekadar menahan diri dari hal-hal yang membatalkannya sahaja, malah baginda dan para sahabat sering menjalani puasa serentak dengan aktiviti tertinggi dalam ibadah, yakni jihad fi sabilillah. Rasulullah saw mengkhabarkan bahawa org yg berpuasa dalam keadaan jihad fi sabilillah pasti dijauhkan dari api neraka sejauh-jauhnya. Baginda bersabda:

“Tidaklah seorang hamba berpuasa satu hari dalam jihd fi sabilillah melainkan pada hari itu Allah menjauhkan wajahnya dari neraka sejauh 70 tahun perjalanan”. (HR Bukahori, Muslim dan at Tirmidzi)

Sejarah telah mencatat bahawa pelbagai peperangan terjadi pada bulan Ramadhan.Perang Badar Kubro terjadi pada tanggal 17 Ramadhan tahun ke 2 Hijrah. Rasulullah dan para sahabat memahami bahawa tidak ada bezanya kewajipan berpuasa dengan kewajipan jihad. Malah puasa yg sdg mereka lakukan benar-benar menjadi penguat ruhiyyah yang jauh melebihi kekuatan fizikal. Dengan pertolongan Allah kaum muslimin berhasil mengalahkan pasukan kafir Quraish meskipun secara fizikal dan material memihak kepada Quraish.

Pada bulan Ramadhan juga tahun 5H pula, Rasulullah dan para sahabat melakukan persiapan untuk Perang Khandak. Persiapan dilakukan dengan menggali parit (khandak) di sekeliling Kota Madinah. Taktik yang diusulkan oleh Salman al Farisi ini tidak pernah digunakan oleh bangsa Arab sebelum ini. Peperangan Khandak akhirnya berlaku pada bulan Syawal dan berakhir pada bulan Zulkaedah dengan kemenangan berpihak kepada kaum muslimin setelah Allah menurunkan bantuanNya.

Satu lagi peristiwa penting berlaku pada 21 Ramadhan 8H yakni Fathul Makkah (pembukaan Makkah). Rasulullah saw keluar dari Madinah pada 10 Ramadhan dan berpuasa, lalu diikuti oleh para sahabat. Mereka berbuka di suatu tempat dipanggil Mukaddid (antara Asfan dan Amjad). Makkah jatuh ke tangan kaum muslimin tanpa pertumpahan darah. Menurut Ibnu Ishaq, penaklukan itu berlaku pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan. Peristiwa ini telah menyaksikan berapa ramai dari para sahabat khasnya golongan Muhajirin menitiskan airmata gembira kerana kejayaan mereka menawan kembali kota yang dulunya menjadi tempat mereka dihina dan diseksa di dalam perjuangan menegakkan agama Allah.

Pada bulan Ramadhan tahun 91H pasukan tentera Islam mendarat di Pantai Andalusia (Sepanyol) dan terus berjihad. Kemudian ramadhan tahun berikutnya Panglima Thariq bin Ziyad berjaya mengalahkan Raja Roderick. Ramadhan 584H pula menyaksikan panglima Islam yang terkenal, Solahuddin Al Ayyubi mendapat kemenangan besar keatas tentera Solibiyyah. Oleh kerana berpuasa, di bulan Ramadhan penasihat-penasihat Solahuddin menyarankan agar ia berehat kerana risau ajalnya tiba, tetapi Solahuddin menjawab: “umur itu pendek, dan ajal itu sentiasa mengancam”. Kemudian tentera Islam yg dipimpinnya terus berperang dan berjaya merampas benteng Shafad yang kuat. Seterusnya dalam bulan Ramadhan 658H, tentera Monggol berjaya dikkalahkan di `Ain Jalut dan Palestin kembali ke tangan kaum muslimin.

Banyak lagi peperangan lain yg berlaku di masa Rasulullah saw dan juga para Khulafaur Rasyidin semasa bulan Ramadhan yang tidak dapat diungkapkan disini. Catatan sejarah membuktikan kepada kita bahawa bulan Ramadhan bukan sahaja dipenuhi dengan ibadah khusus tetapi juga penuh dengan perjuangan untuk menyebarkan agama Allah dan meninggikan syiar Islam. Beberapa peristiwa yang tercatit juga menunjukkan betapa Rasulullah saw dan para kahlifah sentiasa berusaha menyebarkan rahmat Allah di muka bumi dengan jalan dakwah dan jihad, meskipun mereka dalam keadaan lapar dan dahaga. Mereka tidak rela melihat dan membiarkan umat islam terus berada dibawah kekuasaan musuh mereka. Mereka sentiasa memerangi kaum kuffar demi menjaga nasib umat islam dari ditindas dan diancam oleh musuh Allah.

Justru, apakah umat islam saat ini terfikir akan nasib yang dilalui oleh mereka dan apakah yg perlu mereka lakukan bagi mengangkat dan merungkai penderitaan yang tak kunjung hentinya, sejak jatuhnya Daulah Khilafah pada 3 Mac 1924 hinggalah kini. Negara-negara Islam dan umat islam terpecah berkeping-keping. Masing-masing mempertahankan idealogi lebih daripada mencintai kesatuan dan perpaduan.

Taming Sari mengimbau kepada umat islam seluruhnya, kepada tawaran yang pernah di buat oleh Abu Jahal dan seluruh tokoh kepimpinan Makkah ketika itu kepada Rasulullah saw. Pertama rasulullah ditawarkan wanita bangsawan, ditawarkan hartabenda yang banyak, ditawarkan pangkat dan jawatan, syaratnya, asalkan beliau tinggalkan usaha dakwah dan perjuangan Islam. Nabi pernah ditawarkan jawatan. Nabi pernah ditawarkan KERUSI kepimpinan. Sekurang-kurangnya jawatan Gabenor Makkah. Dan KERUSI yang ditawarkan oleh Abu Jahal itu, menang tanpa bertanding. Kenapa nabi tak ambil saja KERUSI tersebut dan gunakan KERUSI tersebut untuk memudahkan jalan perjuangan Islam?. Ini menunjukkan bahawa dalam menegakkan Islam tidak boleh menjadikan KERUSI POLITIK sebagai jenjang menjulang Islam itu sendiri. Nabi saw tidak meletakkan kerusi sebagai NOKTAH BIDAYAH (titik tolak) menzohirkan kemenangan Islam.

Dan kita perhatikan sebahagiannya, masing-masing mempertahankan negara masing-masing, walhal yang sepatutnya mereka pertahankan adalah Islam dan umatnya. Mereka takutkan musuh Allah, Amerika dan sekutu-sekutunya walhal apa yg sepatutnya mereka takutkan ialah Allah dan azabnya. Mereka mencari perlindungan, kemuliaan dan kekuatan dari org-org Kafir yg jelas-jelas merupakan musuh-musuh Allah dan musuh mereka sendiri, walhal sepatutnya mereka mencari kemuliaan dan kekuatan dari Allah. Mereka menjadi lemah dan pengecut dan tunduk kepada kuffar, walhal Allah swt telah berfirman:

“Padahal kekuatan itu hanyalah bagi Allah, Rasulnya dan bagi orang-orang mukmin, tetapi org2 munafik itu tidak mengetahui” (Suroh al Munafiqun (63):8).

Sebahagiannya sanggup berganding bahu dengan musuh-musuh Allah untuk menjayakan cita-citanya. Kadang-kadang Salafi hairan kenapa PAS sanggup bersatu dengan DAP yang jelas akan menjadi penentang pertama tertegaknya Hudud dan negara Islam tulen (versi PAS). Kenapa Dato Seri Anwar Ibrahim mengadakan pakatan internasional, memburuk-burukkan negara sendiri, melaga-lagakan dan mengapi-apikan sentimen perkauman dan agama sehingga negara menjadi kucar-kacir begini?

Perlu kita insafi bahawa sesungguhnya puasa pada bulan Ramadhan merupakan salah satu syiar yg mampu menyatukan kaum muslimin tanpa mengira kulit, bangsa, bahasa dan perbezaan fahaman serta idealogi. Ia juga mengingatkan kita bahawa agama kita adalah satu, yakni Islam, tuhan kita satu yakni Allah swt, kitab kita satu yakni AlQuran, kiblat kita satu yakni ka`bah, pemimpin tertinggi kita adalah khalifah Islam dan menerima sistem kekhalifahan tersebut, kita umat yang satu yakni umat Nabi Muhammad saw. Maka haram hukumnya kita bersikap `suka` memecah-belahkan akan kesatuan yang telah terbina ini selamanya. Marilah kita memuhasabah diri melihat jauh ke depan. Apakah tidak ada cara selain dari aksi menghancur dan meranapkan kesatuan yang ada, demi melahirkan sebuah kehidupan yang sejahtera, aman dan damai....tenang dan tenteram selama? Demi memenuhi kehendak, nafsu dan cita-cita yang baik, apakah tidak ada cara lain selain terpaksa mengorban dan memperjudikan nasib dan masa depan generasi dan anak-anak kita yang tidak berdosa?.

Taming Sari Morden

1 ulasan:

ADUKAN ISU DAN MASALAH ANDA