Jumaat, September 04, 2009

SEANDAINYA.......


SEANDAINYA.......

Jika Allah taala mahu menjadikan semua manusia beriman kepadaNya, cukup dengan Allah perintahkan Kun Fayakun, pastinya manusia semuanya jadi beriman. Semua manusia akan jadi bertaqwa. semua manusia jadi baik, takda kejahatan. Allah Maha berkuasa untuk berbuat begitu.

Semua penjara ditutup kerana dah takda manusia bejat. Setiap saat masjid penuh melimpah, orang berebut solat berjemaah di masjid, tong masjid pun sentiasa penuh, orang berlumba bersedekah, berzakat dan berinfaq. Kilang kunci pun tutup belaka, kerana dah takda pencuri. Balai polis pun terpaksa ditutup kerana dah takda manusia jahat. Mat Rempit pun dah takda di jalan raya. Semua pengguna jalanraya berhemat, bertatasusila, beradab sopan dijalan raya. Tiada lagi perbalahan, perpecahan dan peperangan sesama manusia. Tiada saling bermusuhan, saling memulaukan, saling membenci antara satu sama lain. Tiada buruk sangka sesama manusia, hidup aman sejahtera, saling menolong, saling mengambil berat, dan saling berkorban untuk kebahagiaan orang lain. Tiada pengkhianatan dan pecah amanah. Semua berlumba menjadi manusia yang paling jujur dan amanah. Semua jadi baik belaka......Semua manusia berlumba-lumba mengerjakan kebaikan. Dan akhirnya, neraka pun tak perlu lagi, kerana semua manusia menjurus kerja amalnya nak masuk syurga.


Alangkah indahnya hidup yang begitu. Walaupun itu hanya fantasi, mungkin itulah ciri-ciri hidup di dalam syurga. Selagi hidup di atas dunia ni, selagi itu kebenaran dan kebatilan itu akan terus berkonflik diantara satu sama lain.

Maka piawaian benar atau salah itu, adalah seperti yang telah Allah gariskan di dalam kitabNya, yang Allah turunkan pada bulan Ramadhan Al Mubarak, Firman Allah swt dalam suroh Al Baqorah ayat 185 yg bermaksud:


Bulan Ramadhan diturunkan padanya al Quran yg menjadi Hudan (pertunjuk) bagi semua manusia, dan penjelasan-penjelasan dari pertunjuk dan juga furqon (membezakan antara yg haq dgn yg batil).

Inilah bulannya manusia perlu bermuhasabah, apakah lorong hidup yang sedang dilaluinya itu membawa ke syurga atau sebaliknya. Kebatilan wajib ditinggalkan. Bahkan, pada bulan Ramadhan, rasulullah saw mengatur barisan ketenteraan, mengarahkan seluruh para sahabat berangkat ke medan Badar untuk memerangi kebatilan yang diperjuangkan oleh Musyrikin Makkah ketika itu. Akhirnya kemenangan berpihak kepada pejuang-pejuang kebenaran. Manakala pejuang kebatilan tersungkur jatuh sehingga berlakunya Fathul Makkah, Rasulullah saw menawan dan mengambil alih Makkah dari golongan Kuffar. Mudah-mudahan masih ada ruang waktu untuk kita bermuhasabah dan kita berada dalam sof pejuang-pejuang kebenaran, insyaAllah.

Salafi Abu Amri Zulfiqar

1 ulasan:

  1. cantik kata-kata diatas tu...dengan gambarnya sekali

    adakah tuan membuatnya sendiri? kalau ya..bleh tk tuan buatkan satu untuk saya..dengan kata2TAMMADDUN MANUSIA HARI INI..

    saya tk berharap..tapi kalau sudi boleh hantar kepada saya ke email berikut..

    cupingmerah@yahoo.com.sg

    BalasPadam