Khamis, September 17, 2009

BICARA ISU POLITIK: MELAYU MASUK KEAHLIAAN DAP?




MELAYU MASUK KEAHLIAN DAP?

Teressa Kok ADUN Kinrara dalam blognya menyatakan dengan bangganya membuktikan sokongan PAS dan PKR membolehkan orang Melayu menyertai DAP.
Taming Sari ingin pertikaikan, Melayu jenis apakah akan mendaftar jadi ahli DAP tu? Tu Melayu pengkhianat bangsa dan agama namanya. Kalau melayu yang sayangkan bahtera yang selama ini menyelamatkannya, sepatutnya dia perbaiki bahtera tersebut, atau sekurang-kurannya melantik nakhoda yang baru yang lebih mahir mengendalikan bahtera tersebut. Bukannya turut sama membantu pengkhianat bangsa yang lain, menebuk dan meruntuhkan bahtera yang ada. Kalau melayu sayangkan bahteranya, tidak mungkin ia berpihak kepada lanun yang datang menceroboh bahteranya. Melayu yang sejati akan menentang penceroboh habis-habisan, walau dgn keris pendek sekali pun.

Melayu yang menjadi ahli DAP adalah melayu yang menghancurkan negaranya sendiri. Sejarah pernah menceritakan bagaimana orang melayu sendiri telah membantu Portugis menawan negeri Melaka pada tahun 1511. Walaupun sekadar tukang buka pintu gerbang kota sahaja. Begitu juga kajian sejarah menunjukkan kejatuhan negeri Melaka juga disebabkan peranan pengkhianatan yg dilakukan oleh pengkhianat tempatan. Memetik penulisan sejarah artikel yang agak menarik oleh SERATAH (seratah.blogspot.com) dalam blognya. Menurut beliau:

Melaka jatuh ke tangan Portugis dengan beberapa sebab seperti.

  1. Pemimpin Yang Leka dan Abaikan Negara dan Agama.
  2. Pentadbiran Kerjaan Kurang Bijaksana berbanding Tun Perak.
  3. Laksamana Laut Melaka Kurang Beri Tumpuan Kpd Tentera dan Stategi.
  4. Rasuah Berlaku Berleluasa.
  5. Perpecahan sesama Melayu, India Muslim, Puak Tua dan Puak Muda.
  6. Pengkhainatan Oleh Rakyat Tampatan dan dibantu oleh Orang Luar.

Bukan enam sebab sahaja yang menyebabkan Melaka jatuh tetapi banyak lagi sebab-sebab lain, tetapi ini dikira sebagai sebab yang besar yang menyebab kejatuhan Melaka, daripada enam punca kejatuhan Melaka itu tiga yang palin besar, seperti yang ke empat hingga ke enam.

Yang ke empat merupakan, rasuhan yang berlaku berleluasa di zaman itu, pemimpin dan ketua-ketua sudah tidak ada amanah menjaga Negara, mudah di beli akhirnya negara tergadai. Apabila perpecahan berlaku sesama Melayu berpuak-puak, dan gulungan tua dan muda sudah tidak sehaluan, sangat mudah bagi musuh untuk mencari kelemahan dan kekuatann kita.

Sebab yang terbesar sekali adanya pengkhianatan dari kalangan anak tempatan dan juga bersam-sama dengan orang luar untuk membantu musuh bagi menakluki negara sendiri.

Kita dilihat bagaimana peranan orang-orang cina yang memberi pertolongan kapada Portugis dengan cara membenarkan tongkang-tongkangnya digunakan oleh Portugis untu menyerang Melaka, orang cina sudah mula khianat kapada negara ini semenjak penaklukan awal lagi, malah sehingga ke hari ini, cuma berbeza caranya dan tindakannya sahaja.

Kalau pada 1511 orang cina dan rakyat tempatan seperti si kitur dan Raja Mandalia menjadi pengkhainat kapada negara dan bangsanya akhirnya Melaka jatuh ketangan musuh

Kalau kita meneliti faktar yang ada, dapat kita buat analisa, pada tahun 1511 jatuhnya Melayu disebabkan pengkhianatan oleh rakyat tempatan dan kerjasama orang luar (pendatang) ketangan Portugis, tak mustahil apa yang sedang berlaku sekarang Melayu dan Islam akan jatuh ketangan musuh, kerana adanya kerjasama diantara orang melayu sendiri dengan kaum pendatang yang lupa diri yang tidak berterima kasih diatas kebaikan orang melayu yang memberi mereka hidup di negara ini dan mendapat berbagai keistimewaaan

Orang melayu berpecah sesama sendiri yang akan mengundang ke jalan kehancuran, orang melayu berpecah kepada beberapa kelompok seperti; orang melayu dalam UMNO, PAS,DAP, PKR, GERAKAN, PPP, antara orang melayu dalam UMNO dan PAS serta PKR berpecah sahingga sudah tidak boleh duduk bersama, bagi mencari satu jalan penyatuan demi kepentingan Negara dan Ummah.

Hari ini penduduk Melayu di semenanjung bukan majoriti lagi, dan berlaku perpecahan yang sangat ketara, jadi tidak mustahil apa yang berlaku pada zaman Melaka 1511 akan berlaku pada orang Melayu kini. Sejarah akan berulang. Kita harap perkara sebegini tidak akan berlaku Dan kita harapkan agar Melayu dan Islam dapat dipertahankan....” (Sumber artikel Seratah.blogspot.com)

Begitu juga melayu islam yang sayangkan agamanya. Kalau dia sayangkan agamanya, buat apa dia berwala`kan orang kafir. Buat apa dia menjadikan kafir harbi sebagai nakhodanya? DAP terang-terang tidak setuju dengan perlaksanaan hukum hudud yang diperjuangkan PAS. Pemimpin DAP sangat terang menolak sebarang usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai negara Islam. Bahkan terang-terang menunjukkan penentangan terbuka. Kenapa pulak ada orang Melayu daftar jadi ahli DAP?.

Tidakkah PAS ingat, setiapkali pilihanraya mereka bacakan suroh Al Imron ayat 28 yang bermaksud:

“Tidak sayugia orang mukmin mengangkat orang kafir sebagai pemimpin dengan meninggalkan orang mukmin dan barangsiapa yang melakukan demikian (yakni mengangkat orang kafir sebagai pemimpin, maka ia bukanlah dari golongan Allah......”

Ayat tersebut meletakkan garis panduan kepada org Islam bagaimana untuk memilih pemimpin. Bagi pengundi Islam, PAS mengingatkan sekiranya ada calon pilihanraya yang bertanding terdiri daripada calon islam dan calon bukan islam, maka pilihan wajib diberikan kepada calon Islam. Dalam hal ini sememangnya diketahui umum bahawa calon yang bukan islam adalah dari parti komponen Barisan Nasional, sementara lawannya pula biasanya daripada PAS dan beragama Islam.

Syarah dari ayat tersebut, PAS menjatuhkan hukum haram bagi org islam yg mengundi calon bukan islam dalam pilihanraya. Malah hukum haramnya itu boleh menjurus kepada cacat akidah.

Dalam hal ini memang PAS memfokuskan kepada amalan politik pemimpin UMNO yang bukan sekadar melantik org yg bukan islam sebagai pemimpin, bahkan bersekongkol dengan mereka dalam menjatuhkan negara yang diperintah oleh orang Islam.

Bukan tujuan kita nak mempertikaikan ayat Allah swt yg dinyatakan tadi tetapi merujuk kepada amalan politik PAS sendiri. Pada satu sisi menjunjung ayat tadi, lebih menunding salah kepada orang lain sedang pada sisi yg lain sangat bertolak-belakang dengan ayat tersebut.

Dalam pilihanraya 1995 PAS telah bersekongkol dgn DAP walaupun tidak begitu rasmi. Tetapi dalam pilihanraya 1999, PAS telah membentuk kerjasama yg rasmi dan sangat akrab dengan DAP. Dalam pilihanraya 1999, PAS telah memberikan sokongan kepada calon bukan Islam dari DAP.

Contoh lebih jelas lagi, kemenangan calon DAP di DUN Triang, Pahang adalah sumbangan undi daripada ahli dan penyokong PAS. Ini telah diakui sendiri oleh Saudara Dr.Abd Wahab Hj Ismail selaku Setiausaha Perhubungan PAS Pahang, dalam Harakahdaily.com, lidah rasmi PAS bertarikh 23 Ogos 2001. Dan di Pahang, bukan sahaja Dr Abdul Wahab mengeluarkan kenyataan tentang keakraban itu, tetapi juga Tuan Guru Haji Mohd Baqi Othman, bekas Pesuruhjaya PAS Pahang turut merakamkan rasa sedih apabila DAP mengistiharkan keluar daripada pakatan pembangkang Barisan Alternatif.

Jadi, kemana perginya hujah ayat Quran yang diketengahkan sebelum ini dalam isu melantik dan bersekongkol dengan orang bukan Islam bagi memerintah negara.? Kalau beginilah teruknya DAP , PAS kenapa kita masih beri sokongan dan memberi harapan kepada mereka. Melayu mana yang sanggup tunjuk warna, duduk di barisan DAP, berkorban merealisasikan matlamat, missi dan visi orang-orang China yg fanatik mengambil alih tadbir negara ini, menolak ketuanan Melayu, menghapuskan keistimewaan Islam dan orang melayu. Kita tunggu dan lihat, siapakah melayu itu?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan