Sabtu, September 19, 2009

BANGKITLAH WAHAI UMAT MUHAMMAD...SIRI 01

Sejak Rasulullah saw turun Isro dan Mikraj, baginda lebih banyak menangis dari ketawa. Sehingga baginda menyatakan kepada sekelompok umat islam yg sedang ketawa bergembira: Jika kamu tahu apa yg aku tahu, kamu akan banyak menangis daripada ketawa.

Kenapa? Kerana Rasulullah telah melihat keadaan umatnya yang akan datang. Rasulullah sedih mengenangkan keadaan umat nya diakhir zaman. Sehinggalah sejurus Rasulullah wafat, mulutnya yang mulia masih menyebutkan ummati, ummati……Baginda sangat sayangkan umatnya. Jika kita sayangkan nabi saw banyakkan selawat ke atasnya, dan hidupkan sunnahnya serta perangilah lawan dari sunnah itu: BID`AH!.

Hari ini, apa yang telah menimpa umat Muhammad saw? Umat Muhammad menjadi umat yang hina dan mundur, berpecah belah dan saling menginjak satu sama lain.

Taming Sari mengetengahkan 3 siri ceramah pilihan yang disampaikan oleh seorang rakan penceramah kontemporari. Bahan-bahan ceramahnya boleh kita renung dan jadikan bahan muhasabah untuk membangkitkan iman dan taqwa kepada Allah swt.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ADUKAN ISU DAN MASALAH ANDA