Sabtu, Ogos 29, 2009

KEMENANGAN YANG DIREDHOI....

KEMENANGAN YANG DIREDHOI

Oleh : Salafi Abu Amri Zulfiqar


Lama juga salafi tidak menjengok blog ini, maklum sibuk dengan menyusun atur beberapa program bersempena Ramadhan ini. Alhamdulillah, kita telah pun berada pada 10 hari pertama bulan Ramadhan Al Mubarak. Pertama sekali, kita mesti bersyukur kehadrat Allah swt kerana Allah telah memilih kita untuk meneruskan kehidupan melalui bulan yang penuh berkah ini.


Kalau tak salah, dalam sebulan dua ni ada saja berita pemergian sedara mara kita kehadrat Allah swt, hingga kadangkala membuatkan kita rasa tersentak dan sangat terkejut. Macam susah nak percaya. Mereka telah ditakdirkan untuk tidak sempat melalui bulan yang mulia ini, walaupun dulunya mereka sering berdoa supaya dipanjangkan usia. Allah lebih sayangkan mereka. Ramadhan tahun lepas adalah ramadhan yang terakhir untuknya. Tarawikh tahun lepas adalah tarawikh yang terakhir dalam hidup mereka. Sapa sangka......


Kita ni, alhamdulillah, masih sihat dan masih mampu melaksanakan ibadah puasa, mengisi bulan ini dengan sebanyak-banyaknya amal kebajikan dan mendekatkan diri kehadrat Allah sawt. Salafi nak ingatkan diri dan saudara seperjuangan semua....,janganlah kita sia-siakan peluang yang dianugerahkan Allah ini. Sapa tahu, mungkin ramadhan tahun ini, merupakan ramadhan yang terakhir dalam hidup kita. Sebab itu, rugilah kita kalau kita masih berdegil dengan malasnya kita untuk memperbanyakkan amal-amal soleh di bulan yang mulia ini.


Selepas 10 hari menjalankan ibadah puasa nanti, kita akan menyambut pula hari kemerdekaan yang 52 Tahun. Pasti ada hikmah yang besar, mengapa Allah swt mentakdirkan sambutan tersebut pada 10 malam pertama bulan Ramadhan. Rasulullah saw menyatakan bahawa:


“Awal Ramadhan itu adalah Rahmah, pertengahannya Magfirah (keampunan) dan diakhirnya nanti terlepas dari azab api neraka...”


Pertamanya, selain kita merayakan hari kemerdekaan, terlebih dahulu kita mesti merdekakan jiwa kita dari penjajahan hawa nafsu, kesyaitanan dan kehaiwanan serta kesenangan duniawi semata. Selama 11 bulan kita makan yang lazat, minum yang enak, tidur yang lena, adakalanya kita tidak hiraukan balu dan anak-anak yatim piatu. Sebab itu Ramadhan ini datang terlebih dahulu. Apaguna kita merdeka dari segi fizikal, tetapi dalam masa yang sama, jiwa kita dijajah oleh rasa tamak haloba, bersikap rakus. Suka menipu, merampas hak orang lain, membinasakan orang lain dan sebagainya.


Pada ambang Ramadhan yang lalu, dunia menyaksikan pilihanraya kecil Kampung Permatang Pasir. Semuanya sudah berakhir. Kita menerima kekalahan itu dengan redho atas takdir Allah. Mungkin ada hikmahnya, mereka yang kalah harus bersabar dan redho menerima ketentuan. Mereka telah berusaha, jentera UMNO juga telah bertungkus-lumus, cuba untuk menang dan merampas kerusi tersebut dari PAS. Bagi mereka yang menang, tahniahlah.......itu juga ujian buat mereka yang menang. Kotakanlah janji sepanjang kempen tersebut. Salafi rasa sangat kecewa terutama setelah mengenalpasti kekalahan UMNO dan kemenangan yang diperolehi oleh PAS dan kompenen Pakatan Pembangkang. Salafi beranggapan kemenangan PAS itu adalah kemenangan yang palsu. Kemenangan yang fatamorgana. Menang sorak, kampung tergadai.


Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir telah berakhir dan keputusannya jumlah undi PAS turun walaupun memenangi dengan majoriti 4,551 undi. PAS berjaya memperolehi 9,618 undi manakala BN pula meraih 5,067 undi.


Pada Pilihan Raya Umum Ke 12, PAS memperolehi 11,004 undi mengatasi BN yang mendapat 5,571 undi. Majoriti pada ketika itu ialah 5,433 undi.


Jika ditolak jumlah majoriti yang diperolehi PAS pada PRK Permatang Pasir iaitu 5,443 undi dengan majoriti yang diperolehi PAS semasa PRU 12 iaitu 4,551 undi, bermakna terdapat turun penurunan sebanyak 882 undi.


Manakala jumlah undi PAS terdapat penurunan sebanyak 1,386 undi jika dibandingkan keputusan PRU 12 mendapat 11,004 undi dan hanya 9,618 undi pada PRK Permatang Pasir.


BN pula mendapat 5,571 undi pada PRU 12 dan 5,067 undi pada PRK Permatang Pasir bermakna penurunan sebanyak 504 undi.


Tengok darisegi angka, nampaknya dah ada signal yang positif, ada angin perubahan yang sedang melanda pengundi-pengundi kita. Mereka dah mulai sedar Pakatan Rakyat berjuang untuk menang dan melengkapkan agenda segelintir pemimpin mereka. Kalau tidak, takkanlah sebanyak itu berlaku penurunan undi.


Sebelum menjelang pilihanraya kecil yang lalu, Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang dan Mursyidul `am PAS, Dato` Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat telah mengeluarkan kenyataan bahawa dalam pilihanraya kali ini, jangan hentam pribadi calon. Tapi, apa yang telah berlaku?


PAS dan Pakatan Rakyat telah melanggar arahan ini, mereka menghalalkan gerak kerja ala-Zionis, yakni matlamat menghalalkan cara, demi kemenangan Islam, perkara yang haram akan jadi halal. Mahfuz dan kuncu-kuncunya telah menyerang pribadi Rohaizat habis-habisan. Mereka membuka aib calon, hinggakan kisah rumahtangga, isteri kedua Rohaizat diseret ke atas pentas kempen politik supaya memenangkan satu-satunya HIZBULLAH atas muka bumi ini. Mengaibkan sesama muslim itu jelas hukumnya haram. Rasulullah saw menyatakan:


“Barangsiapa menutup aib seorang muslim lain, Allah swt akan menutup aibnya di akhirat nanti...”


Begitu juga Rasulullah saw pernah bersabda, yang bermaksud;


“Barangsiapa membuka aib saudaranya, sedangkan saudaranya itu telah bertaubat dari dosanya, Allah tidak akan matikannya kecuali dia mati dalam keadaan melakukan apa yang diaibkannya terhadap saudaranya itu...”


Salafi bukan nak sangat bercakap soal politik PAS yang semakin hari semakin mengelirukan masyarakat. Kenapa Haji Hadi dan Nik Aziz tunduk dengan cara gerakan Anwar Ibrahim ni...sedangkan ada Quran Hadis yang boleh jadi kayu ukur, betul atau tidak sesuatu tindakan yang dilaksanakan atas namakan ISLAM?. Kemenangan PAS tidak berkat, kerana apa? Kerana kemenangan yang dibina diatas serpihan membuka keaiban sesama muslim.


Jadi, Ramadhan merupakan bulan dimana umat Islam meniti dan mengharungi tangga-tangga menuju puncak kemerdekaan yang hakiki: Rahmah, Magfirah dan Itqub minan Nar (terlepas dari api neraka Allah).


Keduanya, bukan sekadar nak merdeka fizikal, tetapi merdeka dari belenggu prilaku, akhlaq mazmumah (tercela). Apaguna merdeka tanahair dari penjajah tetapi akhlaq dan perangai kita sombong, ego, irihati, dengki, mementingkan diri sendiri, bakhil, kedekut, berbalah, bermusuh, berpecah, sesama mereka saling mencela, mengumpat, mengadu domba dan lain sebagainya. Itukan akhlaq penjajah. Buat apa kita suburkan?.


Ketiganya, kita juga mesti merdekakan diri/bangsa dari budaya dan pandangan hidup HEDONISMA (serba seronok). Apaguna negara merdeka tetapi pemudanya bejat; suka bergaul bebas, merempit, gangster, membazir masa dan wang, semata memburu keseronokan dunia secara berlebih-lebihan. Apatahlagi, mereka membuang langsung budaya Melayu Islam dan menggantikannya dengan cara hidup dan budaya penjajah. Ini bermakna kita masih belum merdeka dalam ertikata yang sebenarnya.


Salafi akan memperkatakan terus mengenai agama dan politik, berbicara mengenai cara menyambut kemerdekaan yang dianjurkan Islam. Bertemu lagi di blog ini, pada kesempatan yang lain.

1 ulasan:

  1. Kalau nak tau cerita sebenar tentang pompuan yang mendakwa "isteri kedua" Rohaizat, di sini penerangannya...

    Erotomania: also known as De Clerambaults' syndrome is usually described as a rare delusional syndrome that characteristically involves a woman who believes that a man, typically of a higher social, economic or political status, is in love with her.

    that Rafizah is one crazy woman....apa orang Melayu cakap…'GILA BAYANG'…hakikatnya Rafizah itu pengacau rumah tangga orang dan mempergunakan gelanggang politik PAS untuk membalas dendam akibat godaannya ditolak lepas tu perasan pulak Rohaizat ada hati nak kawin dengan dia sebab dia terlalu tergila-gilakan Rohaizat... siap ajak mak bapak dia bersubahat sekali…saya kenal benar dengan mereka ni…mentah-mentah pemimpin PAS percaya tanpa usul-periksa, tanpa bukti yang sah... rumah tangga Rohaizat aman damai kerana kedua-dua suami-isteri telah masak benar dengan sikap pengacau yang bernama Rafizah ini yang telah bertahun-tahun mengganggu mereka berdua...happiness is the best revenge for the haters! yang saya tak faham kenapa orang pecaya cakap si rafizah tapi tak pecaya penafian rohaizat dan ibu-bapanya…Itu fitnah semata-mata!

    Abdullah Penegak Kebenaran

    BalasPadam

ADUKAN ISU DAN MASALAH ANDA