Jumaat, Julai 03, 2009

SEMASA: MIKAEEL JACKSON, SEMOGA ISLAMMU DITERIMA....

Pagi Jumaat 26 Jun 2009, Salafi agak terkejut dengan berita kematian Raja Pop dunia Michael Jackson. Dunia hiburan jadi gempar dengan pemergiannya. Berita dari Gary Indiana, ribuan peminat berdoa dalam satu bulatan di depan rumah Michael Jackson dan ratusan lagi membanjiri di bahu-bahu jalan sebaik saja mendengar berita kematiannya.

Ada yang meletakkan patung beruang dan jambangan bunga ros di serambi rumah tempat Jackson membesar yang kini tidak didiami. Jiran-jiran datang berkumpul menyalakan lilin dan merakamkan mesej takziah kepada Jackson.

“Saya perlu datang ke sini kerana saya akan menangis sekiranya duduk di rumah saya”, kata Wyatt Puryear, seorang pemandu trak dari Gary. “Saya membesar bersama dengan Michael Jackson” Kata Puryear, 38, “Sejak kanak-kanak saya menari dan menyanyi sepertinya”.

Jacson dilahirkan di Gary pada 19 Ogos 1958 dan merupakan anak ke tujuh daripada sembilan anak. Dia berumur 11 tahun ketika keluarganya berpindah dari bandar itu selepas The Jacson Five merekodkan album pertama pada tahun 1969.

Menurut satu sumber, Jackson meninggal dunia di hospital Los Angeles, punca kematian Jackson dilaporkan sebagai serangan sakit jantung. Jacson yang tidak bernafas apabila pasukan paramedik Jabatan Bomba Los Angeles menjawab panggilan telefon dari rumahnya di Los Angeles kira-kira 12:30 tengahari waktu tempatan (1930 GMT), beritahu Kapten Steve Ruda kepada Los Angeles Times.

Ratusan orang ramai berkumpul di luar hospital setelah mengetahui penyebaran berita kematiannya. Pintu masuk kecemasan di pusat perubatan UCLA yang berdekatan dengan rumah sewa Jacson telah di tutup dengan tali oleh pihak polis menggunakan pita polis.

Di New York Times Square, keadaan yang lenggang menjadi kecoh dengan kehadiran orang ramai apabila berita kematian Michael Jackson dipancarkan di skrin, dan orang ramai mula menyampaikan berita kematian penyanyi kesukaan mereka itu kepada rakan-rakan melalui telefon bimbit.

Beliau adalah Raja Pop yang lincah beraksi menghiburkan penonton. Albumnya pada tahun 1982 yang turut menampilkan lagu-lagu hit seperti Beat it, Billie Jean, The way You Make Me Feel dan lagu-lagu yang lain telah kekal sebagai album yang paling laris sepanjang masa dengan lebih 26 juta salinan terjual. Dan penyanyi ini dikenali apabila lagu `black and white` yang telah memecahkan halangan dalam perkauman di MTV, mengungguli carta-carta dan menyerlah di persembahan pentas.

Walaupun hidupnya bergelumang dengan kemewahan dan kemilau hidup serba Lux, namun, masalah tetap mengejar dan menjerat penyanyi pop ini. Bermula pada tahun 2003, dia telah dikenakan tindakan atas mencabul seorang pesakit kanser yang berumur 13 tahun di Neverland. Dia juga telah dituduh mencabul seorang budak lelaki dan kes itu menjadi punca kejatuhan pada kerjaya dan imejnya, malah diakhir hidupnya, dia telah menghadapi masalah keewangan yang sangat serius.

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan satu kaum hingga ia mengubah keadaannya sendiri. Itulah yang dilalui oleh penyanyi lagendaris US Michael Jackson atau dipanggil Jacko. Setelah 3 tahun lamanya mencari jati diri sebelum memutuskan memeluk Islam dengan menempuh berbagai macam perjalanan hati dan didera berbagai masalah.

Menurut Akhbar The Sun, Jacko mengucapkan dua kalimah syahadat di sebuah rumah karibnya di Los Angeles dalam sebuah acara kecil yang dihadiri seorang imam, dengan nama Islamnya, Mikaeel. Ia duduk dilantai dengan menggunakan topi kecil berwarna hitam dengan dipandu imam tersebut untuk masuk islam.

Bilakah sebenarnya Jacko memeluk Islam tak ramai yang tahu, namun sudah sejak 2003 Jacko telah digabungkan dengan Nation Islam, sebuah pergerakan muslim kulit hitam di AS yang dibesarkan Malcom x.

Beralihnya Michael Jackson memeluk islam tidak terjadi dengan tiba-tiba. Sepanjang yang Salafi ikuti perkembangannya, ia bermula dengan pertemuannya dengan penulis lagu asal Kanada, David Wharnsby dan produser, Philip Bubal, menjadi sejarah perjalanan hati Raja Pop dunia ini. Mereka mendekati penyanyi pop tersebut ketika ia terjerat dengan masalah hukum dan ketika goyahnya ketahanan diri.

Selain itu Salafi melihat adanya laporan-laporan lain yang menyebutkan keinginan Jacko memeluk islam sejak 2005 lagi melalui kenyataannya dalam akhbat The Sun sendiri. Jacko mendengar kisah-kisah keimanan mereka dan menunjuk cara bagaimana mereka menjadi orang yang lebih baik setelah memeluk Islam. Jacko pun menyambut hangat peluang hidayah tersebut.
Salafi juga berpendapat, pengaruh untuk memeluk Islam datangnya dari kakak Jacko yang bernama Jermaine Jackson yang telah lama menjadi muslim sejak 1989, Jermaine mengatakan kepadanya, prediket superstar yang disandang oleh Jacko membuatkan dirinya banyak terbentur masalah dan melakukan kesalahan.

“Saya rasa Michael perlu menjadi seorang muslim, kerana saya fikir Islam adalah perlindungan yang paling sempurna baginya dari segala kesalahan yang menyerangnya”.ungkap bekas anggota Jackson Five yang kini tinggal di Bahrain.

Sebenarnya Jermaine banyak menyumbangkan buku-buku tentang islam dan Jacko pun banyak bertanya tentang islam.

“Saya katakan, inilah agama paling damai dan indah”, kata Jermaine pada BBC Asian Network seperti yang dikutip Reuters. Bahkan Jermaine mengatakan bahawa perpindahan Jacko ke Bahrain dengan tujuan meninggalkan AS dan menetap di daerah yang damai dan tenang untuk menunaikan kewajiban solat lima waktu.

Jacko juga dikatakan telah banyak melakukan sumbangan, sebelum ia memeluk islam lagi. Tidak sedikit ia telah memberikan sumbangan untuk membangunkan sebuah masjid di Manama, Bahrain. Masjid tersebut dibangun dengan keindahan seni yang luar biasa.

Masjid yang terletak dekat kediaman Jacko di Bahrain tersebut di disain sekaligus sebagai tempat belajar Islam dan bahasa Inggeris, bahkan guru-guru yang didatangkan dari Amerika untuk mengajar anak-anak Bahrain, belajar bahasa Inggeris di bawah seliaan Jacko sendiri.

Setelah melepaskan status sebagai pemeluk Mazhab kristianJehovah, Michael Jackson berganti nama menjadi Mikaeel Jackson, mengilhamkan salah satu nama malaikat Allah swt. Iaitu malaikat Mikail. Setelah memeluk islam beliau dikabarkan terbang ke Mekkah.

Beliau dibawa kembali ke sidang mahkamah setelah Sheikh Abdullah bin Hamad al Khalifa, anak kedua raja Bahrain, mengajukan tuntutan terhadap Jackson kerana telah mengingkari perjanjian untuk merakam album baru dan meminjam wang sejumlah ASS$7 Juta (RM25.3 juta).

Keadaan jiwa yang tertekan ini menyeret Jacko untuk mencari pegangan dan agama yang memberi kedamaian yang hakiki, iaitu Islam. Bukan saja Jacko saja yang akhirnya nampak.......dan masuk Islam, malah yang lainnya,

Dikalangan ahli muzik ternama seperti John Coltrane (pencipta lagu dan seksoponis jazz), Art Blakey (ahli muzik jazz),dan tentu saja Cat Steven (penyanyi rock Inggeris) menukar nama islamnya kepada Yusof Islam.

Dikalangan olahraga pula seperti Muhammad Ali, bekas juara tinju dunia yang dulu bernama Cassius Clay. Setelah itu ada Matthew Saad Muhammad, Dwught Muhammad Qowi, Eddei Mustafa Muhammad, Chris Eubank dan Mike Tyson. Tyson berganti nama Malik Abdul Aziz setelah masuk Nation Of Islam. Dia menjadi muslim saat berada dalam penjara kerana terlibat dalam kes pemerkosaan. Islam juga telah menyelamatkan Tyson dari sebuah rencana pembunuhan pada tahun 2000. Ketika itu nama Tyson sudah beredar di antara orang yang akan jadi sasaran pembunuhan kelompok Cash Money Brother.

Andainya benar segala berita mengenai Mikaeel. Mudah-mudahan Allah swt menerima segala amal bakti yang pernah dilakukannya. Bertuahnya beliau walaupun hidup dalam kelompok kristian, tapi siapa sangka, dipenghujung hidupnya, Allah membuka pintu hidayah dia kembali kepada fitrah asalnya, kembali menjadi hamba Allah yang sebenar. Sekiranya benar, moga Allah swt cucuri rahmatnya. Beliau mungkin dah selamat dunia dan akhirat, bagaimana pula dengan kita? Apakah mampu kita menjadi sehebat beliau? Allah swt memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendakinya. Semoga Allah swt mengekalkan hidayah yang telah dianugerahkannya kepada kita, agar jangan disentap akibat kekufuran dan maksiat yang dilakukan insan....Aminn

1 ulasan:

  1. Mudah-mudahan, selagi dia tidak mensyirikkan Allah........... Al Fatihah......

    BalasPadam

ADUKAN ISU DAN MASALAH ANDA