Rabu, Mei 20, 2009

LUAHAN HATI YANG PENUH DENDAM KESUMAT...


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Teringin juga Taming Sari menjawab ``luahan hati seorang penjawat awam` yang mengata Gomen dari Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), macam-macam dia kata..........kesian.
Rasanya, kata-kata luahan itu melampau dan tidak adil. Taming Sari ada juga kekawan yang keje di JASA.Dan bukan sehari dua Taming Sari duduk bergaul dengan mereka.....

Cuma, agak hairan juga kenapa luahan itu dipaparkan kepada umum sehingga `buat-buat lupa` risiko yang akan ditanggung oleh pegawai-pegawai (JASA)berkenaan, bahkan dia lupa risiko yang akan ditanggung penulis tersebut selepas ini. Kalau betul takpe...kalau tak betul? Bukankah itu fitnah namanya.

Sepatutnya rasa ketidak-puasan hati itu diluahkan melalui mekanisma yang betul. Kalau `peluah`rasa begitu keadaannya, kenapa tidak berdepan langsung dengan pimpinannya, ziarah ke...tanya kabo ke......Atas niat ikhlas, sayangkan jentera kerajaaan, atas dasar menambah suasana harmoni, atas dasar memupuk suasana kedamaian dan ketenteraman negara Malaysia tercinta...! 

Bukan dengan cara suruh semua orang baca artikel luahan itu, kemudian baru di nilai benar atau tidaknya.

Walaupun beliau mengatakan sejak keje di JASA dulu, dia makin tahu mengenai politik, tapi salafi berpendapat.....secara jujur, beliau masih belum faham politik. Orang yang tahu politik tidak akan bertindak seperti itu. Sebenarnya, peluah tidak lebih dari berniat buruk, balas dendam dan semakin menghuru-hara keadaan. Takkan `peluah` sanggup tutup periuk nasi mereka, mereka juga ada tanggungan......istri, anak-anak. Apatahlagi semua kenyataan `peluah` itu tidak benar......bukankah itu satu kezaliman namanya.

Setahu Taming Sari, JASA ada ramai pegawai-pegawai yang bertaraf professional, dan tugas-tugas khas mereka susah nak difahami oleh orang-orang awam, kecuali duduk lama, sembang dan ikut jejak-jejak tugas mereka yang jauh berbeza dari jabatan-jabatan lain.

Cuma, Taming Sari ambil tahu.......yang paling takut dengan cara gerak kerja JASA ni, parti-parti pembangkang. Tak tau la kenapa mereka takut sangat dengan JASA ni.

Teringat Taming Sari, semasa PAS memerintah Trengganu dulu, mereka pernah mengharamkan JASA, dan ulama mereka mengatakan pegawai-pegawai JASA tu sesat lagi menyesatkan....Ada la kekawan JASA yang sebutkan begitu....

Ok la.....sampai setakat ni dulu, sekadar celoteh mempertahankan isu-isu gomen ni. Esok, sambung lagi.

Taming Sari Morden
Wassalam, salam sejahtera

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ADUKAN ISU DAN MASALAH ANDA