Jumaat, Mei 22, 2009

APAKAH SYARAT AMALAN KITA DITERIMA ALLAH SWT?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saudara saudari sekelian

Apa saja amalan yang kita lakukan dalam hidup ini biarlah tidak sia-sia, dan diterima disisi Allah swt sebagai ibadah. Dan setiap ibadah yang dilakukan itu biarlah sesuai dengan pertunjuk yg telah diajarkan oleh rasulullah saw. Itulah yang akan dinilai oleh Allah swt, dan dapat menolong kita diakhirat kelak. Janganlah "padi yang kita tanam di dunia, lalang yang tumbuh diakhirat" kelak.
Rasulullah saw. sering mengingatkan kita, banyak orang solat hanya dapat penat, banyak orang yang berpuasa hanya menahan lapar dan dahaga, dan banyak orang baca Quran tetapi dilaknat oleh AlQuran, dan banyak orang yang berhaji hanya melancong sahaja.........
Maka perlu kita menoleh ke dalam diri kita, melihat kembali apakah sesuatu amal yang kita lakukan itu ada `value` disisi Allah Robbul Jalil.
Allah berfirman di dalam suroh Al Mulk: ayat 7:
"(Allah) lah, yang menjadikan kematian dan kehidupan itu bagi menguji siapakah yang lebih baik amalan mereka, dan Dialah yang Maha Berkuasa dan Maha Pengampun".
Diantara syarat-syarat penerimaan amal itu diantaranya ialah:
Syarat pertama:
Amal/ibadah itu hendaklah dibina diatas akidah yang sahih
Syarat kedua:
Amal/ibadah itu hendaklah ikhlas kerana Allah sahaja.
Syarat Ketiga:
Amal/ibadah itu hendaklah `muafiq` (bersesuaian) dengan apa yang pernah dibawa,diajar oleh Nabi kita Muhammad saw.
Ketiga-tiga syarat ini akan kita bahaskan pada siri yg akan datang, jumpa dilain bicara....
Wassalam
Salafi Abu Amri Zulfiqar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ADUKAN ISU DAN MASALAH ANDA